Cara Putihkan Muka Dengan Cepat Dan Berkesan

Cara Putihkan Muka. Nak tahu rahsia putihkan muka tanpa menggunakan sebarang produk pemutih muka yang berlambak-lambak di pasaran? Biar Mamanet kongsi rahsia kecantikan asli yang dimiliki.

Semua wanita dalam dunia ni nak nampak cantik. Salah satu faktor kecantikan wanita terletak pada kulit wajahnya. Jika kulit muka nampak putih berseri tanpa jerawat serta bintik-bintik hitam, dah tentulah akan membuatkannya nampak lebih cantik dan mempesonakan.

Mamanet memang suka tengok wanita cantik dan Mamanet sanggup mencari rahsianya dan syorkan kepada anda semua cara putihkan muka yang selamat. Bagi Mamanet untuk kelihatan cantik, kita tidak perlu menggunakan produk pemutih muka seperti yang dilakukan oleh ramai wanita lain.

Untuk tampil cantik, anda hanya perlu beberapa cara dan trik semula jadi yang boleh dilakukan tanpa perlu menggunakan produk pemutih muka yang boleh merosakkan kulit wajah atau bermekap tebal.

Jadi, Mamanet lebih senang dan percaya cara putihkan muka paling elok, tanpa bahan kimia adalah dengan menggunakan ramuan semulajadi. Silalah pilih salah satu daripada 5 cara putihkan wajah secara semula jadi di bawah.

Ingat ya, sebelum itu pastikan anda melakukannya secara rutin kerana cara ini tidak akan memberikan hasil jika hanya dilakukan sekali sahaja.

cara putihkan muka

Follow Jika Nak Putih Gebu!

CARA PUTIHKAN MUKA DENGAN 5 RAMUAN SEMULA JADI

  1. Tomato

Vitamin C yang ada dalam buah tomato mampu memutihkan kulit. Ekstrak tomato banyak dipakai sebagai bahan aktif kosmetik pemutih kulit.

Untuk membuatnya, parut halus atau blender tomato. Kemudian, tambahkan sedikit air perahan lemon atau limau nipis. Gaul sehingga rata, sapukan pada leher serta muka.

Biarkan selama setengah jam. Bilas wajah anda dengan air sampai bersih. Lakukan cara ini pada setiap malam sebelum tidur secara rutin.Menu Diet Cepat Kurus

  1. Yogurt

Yogurt menurut Wikipedia berasal daripada perkataan Turki yang bermaksud makanan yang terhasil daripada penapaian susu oleh bakteria. Masker yang diperbuat daripada yoghurt mampu melembabkan dan menghaluskan kulit mula. Cara membuatnya pun sangat senang, mudah, campurkan yoghurt (plain) dengan madu.

Kemudian sapukan di wajah anda. Setelah itu biarkan selama 15 minit. Kemudian bilaslah wajah anda dengan air bersih.

Cara Memutihkan Leher Yang Hitam

  1. Putih Telur Dan Limau Nipis

Putih telur memang cukup bagus untuk menegangkan kulit wajah. Manakala limau nipis pula dikatakan mampu membuatkan warna kulit menjadi cantik.

Kedua bahan ini boleh dijadikan sebagai masker muka bagi mendapatkan kulit muka yang putih berseri. Sapukan masker putih telur dan limau nipis ini  ke wajah anda selama 15 minit, kemudian barulah bilas air bersih.

kek marble

  1. Kentang

Ambil sebiji kentang kemudian parut! Tambahkan satu sudu makan madu kemudian gaul rata dengan kentang yang sudah diparut tadi.

Sapukan pada wajah anda selama 20 minit, kemudian bilas hingga bersih menggunakan air bersih. Bahan–bahan tersebut sangat bagus untuk memutihkan kulit anda dan sesuai untuk segala jenis kulit.

ubi kentang
Kredit: greenhealthy
  1. Betik

Cara putihkan muka dengan menggunakan buah betik tidak kurang hebat keberkesannnya.Vitamin yang terdapat dalam buah betik dikatakan cukup efektif untuk membuatkan kulit wajah anda nampak putih berseri.

Untuk membuatnya, parut atau haluskan dua potong betik muda, kemudian campur dengan sepotong  betik masak.

Setelah itu, sapukan pada wajah selama selama 15 minit. Kemudian, bilaslah dengan air hingga bersih.

Lakukan pada setiap hari sebagai cara putihkan kulit yang berkesan.

(Visited 119 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Back to top