Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
Menu
ubi kentang

Khasiat Ubi Kentang Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Posted on 08/28/202309/11/2023 by 123mamanet

Ubi kentang  memang kesukaan ramai. Ia adalah salah satu jenis sayur yang dilengkapi dengan pelbagai vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Di samping itu, ubi kentang bukan hanya sebagai salah satu sumber karbohidrat, malahan kandungan lain yang terdapat di dalamnya juga berguna untuk kecantikan terutama untuk merawat muka secara semulajadi. Antaranya, vitamin A, vitamin B, vitamin C, kalsium, fostor, potassium, protein, serat dan juga zat besi.

Isi Kandungan hide
1 Khasiat Ubi Kentang Untuk Kesihatan dan Kecantikan
1.1 Anti Kedutan & Menyamarkan Bintik-Bintik Hitam
1.2 Masker Kentang!
1.3 Mata Sembab
1.4 Menurunkan Berat Badan
1.5 Meredakan Stress
2 Jenis-Jenis Ubi Kentang Yang Biasa Dijumpai Di Pasaran Malaysia
2.1 Baby Potatoes (Ubi Kentang Kecil)
2.2 Ubi Kentang Holland
2.3 Ubi Kentang Russet
2.4 Ubi Kentang Merah

ubi kentang

Khasiat Ubi Kentang Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Berikut beberapa khasiatnya untuk kesihatan dan juga kecantikan kulit serta muka:

  1. Anti Kedutan & Menyamarkan Bintik-Bintik Hitam

Ubi kentang boleh digunakan sebagai bahan semulajadi yang mampu mencegah penuaan semulajadi.Kandungan vitamin C, selain berguna sebagai antioksidan ia juga boleh membantu mencerahkan kulit serta menghilangkan kedutan-kedutan ataupun garis-garis halus pada muka.

Masker Kentang!

Selain itu, ia juga mampu menyamarkan bintik-bintik hitam pada muka. Lakukan secara rutin dengan menggunakan alat pengisar, haluskannya untuk dijadikan masker muka.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, campurkan dengan beberapa bahan lain seperti putih telur, madu, lemon ataupun minyak zaitun. Campuran tersebut akan memberikan khasiat yang berbeza-beza terhadap kulit muka. Urut perlahan-lahan, kemudian biarkan selama lebih kurang setengah jam. Apa yang pasti, kulit muka kita akan jadi lebih sihat dan cantik!

Baca Juga: Petua Mujarab Merawat Sakit Tekak

  1. Mata Sembab

Kentang mempunyai khasiat yang mampu membuatkan mata yang penat dan sembab atau bengkak kembali bersinar. Parut, kemudian masukkan ke dalam kain nipis yang bersih, kemudian tuamkan ke kelopak mata.

Selain itu, boleh juga menggunakan potongan yang sudah dikupas untuk menghilangkan lingkaran hitam di sekitar kawasan mata. Potong nipis-nipis, kemudian tekapkan di atas mata. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Mata akan terasa lebih segar dan lingkaran hitam dapat disamarkan dengan mudah.

menu sihat

  1. Menurunkan Berat Badan

Kentang bakar dikatakan dapat mengurangkan jumlah lemak.Kita boleh ganti menu makan malam dengan menikmatinya bersama segelas air.

Untuk rasa yang lebih sedap, tambahkan minyak zaitun dan sedikit garam. Selain dibakar atau dipanggang, kita boleh juga rebuskannya, kemudian hancurkan sehingga lumat. Setelah itu, tambahkan dengan halia serta garam, kemudian bakar lagi.

Sebenarnya cara menurunkan berat badan ini menjadi lebih efektif jika kita boleh menghindari sebarang masakan bergoreng kerana kandungan lemak dan kolesterol akan jadi lebih tinggi.

 

Baca Juga: Biji Ketumbar 

 

  1. Meredakan Stress

Ia mengandungi vitamin B6 yang sangat berguna untuk menghilangkan stress yang bermula dari fikiran.

Pengambilannya membuatkan hormon adrenalin dapat bertindakbalas pada stress. Di mana pada akhirnya akan membuatkan tubuh kita menjadi lebih relaks dan perasaan kita juga akan jadi lebih tenang.

ubi kentang

Jenis-Jenis Ubi Kentang Yang Biasa Dijumpai Di Pasaran Malaysia

Beberapa variati yang sering dijumpai di pasaran Malaysia termasuklah ubi kentang Holland, ubi kentang Russet, ubi kentang merah dan pelbagai lagi. Setiap variatinya menampilkan ciri-ciri yang unik.Termasuklah  warna kulit yang berbeza, tekstur yang khas dan rasa yang variatif. Perbezaan-perbezaan ini memberikan pelbagai variasi kepada hidangan yang dihasilkan

  • Baby Potatoes (Ubi Kentang Kecil)

Baby potatoes merujuk kepada ubi kentang yang masih muda dan kecil saiznya. Ia seringkali digunakan dalam hidangan bakar/panggang atau dihidangkan sebagai hidangan sampingan.

  • Ubi Kentang Holland

Jenis Holland biasa dikenali kerana teksturnya yang lembut dan licin. Ia sesuai untuk dijadikan kentang goreng dan juga digunakan dalam hidangan seperti kentang tumbuk.

Baca Juga: Cara Menghilangkan Parut Jerawat

  • Ubi Kentang Russet

Manakala jenis  Russet pula dikenali dengan kulitnya yang coklat dan isinya yang kering dan berbutir. Ia sangat popular di Amerika Utara dan sering digunakan untuk membuat kentang goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam.

  • Ubi Kentang Merah

Jenis  merah ini  memiliki kulit berwarna merah dan isi berwarna cerah. Ia sering digunakan dalam hidangan untuk memberikan warna yang menarik dan mempunyai rasa yang sedikit manis.

Ketiga-tiga variati yang disebutkan di atas – Holland, Russet, dan Merah – adalah jenis yang popular dalam dunia kulinari. Ia boleh ditemui di pasaran-pasaran yang menawarkan pelbagai pilihan. Setiap variati mempunyai ciri-ciri yang unik, memberikan variasi rasa, tekstur dan penampilan kepada hidangan yang dimasak.

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Advertisement

Artikel Popular

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….
  • Pepsodent Lancar Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut
  • Little Caliphs Karnival Mega Ulang Tahun ke 20
  • Kiddocare dan FWD Takaful Lancar “MindCare”
  • Malaysia Hobby Expo 2023 & Passion of Sound Concert 2023
  • Mata Letih : Cuba 8 Cara Segarkannya

Recent Posts

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

© 2023 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme