Kebelakangan ini asyik sakit tekak. Tetiba rasa sukar untuk menelan makanan. Nak teguk segelas airpun terasa sakit. Jika anda pun mengalami perkara yang sama, bermakna andapun sedang sakit tekak.
Infeksi Sakit Tekak
Infeksi virus yang menyebabkan sakit ini menjadi bertambah parah.Mungkin juga ada alasan lain yang menjadi penyebabnya. Sakit ini boleh dikurangkan dengan mencuba beberapa petua untuk menyembuhkannya secara semulajadi tanpa perlu memakan ubat.
Baca Juga: Ubat Buasir
Petua Lama Mujarab Hilangkan Sakit Tekak
Berikut beberapa petua untuk menghilangkan sakit tekak yang boleh dicuba:
1. Berkumur Air Suam Dengan Garam
Petua berkumur dengan air suam sangat disarankan jika anda berdepan dengan masalah sakit tekak.
Ambil sedikit segelas air panas dan tambahkan dengan satu sudu besar garam. Kacau sehingga larut, biarkan sehingga menjadi suam-suam kuku.
Setelah itu barulah dikumur selama 15 minit dan anda akan merasakan perbezaannya setelah dilakukan secara berulangkali.
Baca Juga: Peria Katak Memang Banyak Manfaat!
2. Air Perahan Lemon Suam Dengan Madu
Ambil segelas air panas dan tambahkan sedikit jus perahan lemon dan satu sudu besar madu. Kacaulah sehingga sebati dan minumlah.
Perahan air lemon dapat membantu meredakan inflamasi dan membunuh kuman-kuman di tekak. Selain itu, apa juga berkesan untuk menghilangkan lendir pada tekak.
3. Pati Halia Dengan Madu
Ambil satu sudu besar madu dan tambahkan sedikit pati halia. Campurkan kedua bahan ini sehingga sebati.
Setelah campuran siap, minumlah secara perlahan-lahan untuk meredakan rasa sakit itu.
Baca Juga: Khasiat Tomato Memang Luar Biasa
4. Urut Leher Dengan Minyak Peppermint
Mungkin juga sakit tekak yang dialami disebabkan anda terkena penyakit tonsil. Minyak peppermint bertindak untuk menghangatkan leher.
Ambil minyak peppermint secukupnya, sapu dan urutkan perlahan-lahan di leher. Rasa panas dan berangin minyak tersebut akan membebaskan anda dari rasa sakit tengok dan juga bengkak tonsil.
5. Bunga Cengkih
Bunga cengih banyak khasiat, salah satunya boleh mengubati sakitnya. Ambil satu atau dua sudu kecil serbuk cengih dan kacau bersama segelas air pans suam. Gunakannya untuk berkumur.
Sekiranya tiada serbuk cengkih, boleh sahaja gunakan beberapa tangkai bunga cengkih, namun perlu ditumbuk terlebih dahulu supaya khasiatnya dapat larut ke dalam air. Bunga cengkih bersifat anti bakteria dan anti radang yang mampu meredakannya.
Itulah beberapa petua untuk mengatasi atau merawat masalah sakit tekak yang boleh anda cuba.Mana tahu petua ini serasi dengan anda. Insya-Allah dan selamat mencuba.
3 thoughts on “Petua Mujarab Merawat Sakit Tekak”
Comments are closed.