Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
MAIS

MAIS Edar 3,010 Bendera Jalur Gemilang Sempena Program Ziarah Merdeka 2023

Posted on 08/30/202309/11/2023 by 123mamanet

Menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-66 dengan penuh semangat, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan acara hebat. Pelancaran program Edaran Bendera Jalur Gemilang dan  Ziarah Merdeka ini telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof.

Isi Kandungan hide
1 MAIS Edar Jalur Gemilang: Semai Semangat Bangsa Merdeka
2 Program Ziarah Merdeka
3 Merdeka Dalam Setiap Langkah
4 Serahan Jalur Gemilang Di 3 Lokasi
5 Semangat Merdeka Berkobar

MAIS

MAIS Edar Jalur Gemilang: Semai Semangat Bangsa Merdeka

Dalam acara ini, sebanyak 3,000 bendera kecil untuk dilekatkan pada kenderaan dan 10 bendera besar Jalur Gemilang telah diserahkan kepada Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor (JHEIS), agensi kerajaan dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya.

Antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS).

Jalur Gemilang turut diberikan kepada warga kerjanya, agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) dan Bakti Suci Holdings Sdn Bhd.

Baca Juga: Selawat Ke Atas Nabi

 

MAIS

Program Ziarah Merdeka

Dalam menghadapi pelbagai cabaran, MAIS telah memikul tanggungjawab untuk memperkayakan perasaan bangsa dan semangat cinta tanah air dalam diri setiap warganya.

Melalui program “Ziarah Merdeka”, sebuah konvoi telah menyemarakkan tiga lokasi terpilih, MAIS telah memberikan bukti komitmennya terhadap nilai-nilai patriotik yang sentiasa membara. Setiap   pusat berkenaan telah menerima 100 Jalur Gemilang sebagai tanda penghargaan sempena Hari Kebangsaan yang akan datang pada 31 Ogos,2023.

Dalam ucapan ringkas semasa majlis tersebut, Pengerusi MAIS turut mengajak semua pihak agar menghidupkan semula semangat cinta tanah air.

Disamping turut mengingatkan, bahawa kita semua perlu menghargai betapa pentingnya kemerdekaan dan bersyukur kerana negara kita sekarang aman dan sejahtera.

Pusat Dialisis MAIS, Seksyen 3

Merdeka Dalam Setiap Langkah

Program Ziarah Merdeka ini diketuai oleh Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar, melibatkan 50 orang peserta dari pelbagai jabatan dan agensi.

Ia termasuk syarikat-syarikat yang bernaung di bawah MAIS, serta media, blogger dan pertubuhan Islam bukan kerajaan.Ini menunjukkan sokongan meluas terhadap usaha membentuk semangat patriotik yang kuat di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

MAIS telah mengagihkan Jalur Gemilang di tiga tempat yang berlainan iaitu Pusat Dialisis MAIS, Seksyen 3, Shah Alam, Rumah Puteri Arafiah, Seksyen 7  Shah Alam dan Rumah Perlindungan Mualaf Baitul Salam, Jalan Kebun.

Pusat Dialisis MAIS, Seksyen 3

Serahan Jalur Gemilang Di 3 Lokasi

Tempat pertama untuk serahan Jalur Gemilang adalah Pusat Dialisis MAIS di Seksyen 3. Di sini, bendera dan cenderahati telah diberikan kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis. Selain itu, delegasi MAIS turut melawat fasiliti pusat dialisis ini.

Baca Juga: Punca Gastrik

 

Rumah Puteri Arafiah, Seksyen 7

Kemudian, konvoi merentasi ke Rumah Puteri Arafiah di Seksyen 7. Dibawa melihat kawasan di mana penghuni wanita mendapat latihan dan kemahiran seperti menjahit membuat kraf tangan dan sebagainya.

Pusat Perlindungan Mualaf Baitul Salam

Destina terakhir ialah di Pusat Perlindungan Mualaf Baitul Salam, Jalan Kebun. Pusat ini menjadi tempat tinggal sementara untuk 64 orang saudara baru yang  memeluk agama Islam.

MAIS telah memberi panduan agama dan fardhu Ain serta latihan kemahiran kepada mereka. Mereka juga diberi peluang untuk tinggal di sini selama setahun sebelum beralih ke kehidupan di luar.

Baca Juga: Petua Mujarab Merawat Sakit Tekak

Semangat Merdeka Berkobar

Acara yang diadakan pada setiap tahun ini tidak hanya merayakan semangat patriotik, tetapi juga menghargai usaha pemimpin-pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.Pengedaran  3,010 Bendera Jalur Gemilang memberikan warna istimewa kepada Program Ziarah Merdeka 2023 anjuran MAIS ini.

2 thoughts on “MAIS Edar 3,010 Bendera Jalur Gemilang Sempena Program Ziarah Merdeka 2023”

  1. Pingback: 'Polperro Prihatin' Di Rumah Anak Yatim Sungai Pinang, Klang - 123mamanet
  2. Pingback: 'Polperro Prihatin' Ke Rumah Anak Yatim Sungai Pinang, Klang - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme