Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Polperro

‘Polperro Prihatin’ Ke Rumah Anak Yatim Sungai Pinang, Klang

Posted on 09/24/202309/25/2023 by 123mamanet

Sentuhan Kasih Gotong-Royong ‘Polperro Prihatin’ di Rumah Anak Yatim Sungai Pinang, Klang.Baru-baru ini pada 23 September 2023. Polperro Group Sdn Bhd telah menyantuni Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Miskin Sungai Pinang, Klang. Ia menjadi tempat yang penuh dengan cahaya kasih sayang .

Isi Kandungan hide
1 Program Amal “POLPERRO PRIHATIN”
2 Semangat Kebersamaan
3 Cenderahati Istimewa dan Makan Tengahari
4 Nilai Kasih Sayang dan Tanggungjawab
5 Sinari Kehidupan Dengan Kebaikan

Polperro

Program Amal “POLPERRO PRIHATIN”

Program Amal yang dikenali sebagai “POLPERRO PRIHATIN,” misi kali ini amat istimewa kerana belum pernah terjadi.  Aktiviti gotong-royong!

Aktiviti gotong-royong dilakukan dengan penuh semangat untuk membersihkan kawasan Pertubuhan Kebajikan ini. Ia adalah langkah pertama dalam usaha olperro Group Sdn Bhd untuk memberikan bantuan yang lebih bermakna.

Bukan sekadar aktiviti biasa, pagi itu menyaksikan penyertaan 25 kakitangan Polperro Group Sdn Bhd yang dipimpin oleh Ketua Pengarah, En El-Aziizie Bin Maskam. Turut bersama beliau adalah isterinya, Puan Nadirah Binti Nasir.

Mereka tidak berdiri sendiri, sebaliknya bersama mereka adalah 45 anak yatim yang penuh semangat untuk menyelesaikan misi tersebut.

Polperro

Semangat Kebersamaan

Misi gotong-royong dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan berterusan hingga pukul 1.00 petang. Dalam semangat kebersamaan, mereka membersihkan asrama perempuan dan lelaki.

Meresapi keindahan taman permainan, menjadikan tandas berseri, surau dan dewan menjadi tempat yang bersih cemerlang.

Di samping itu,  menghidupkan semula taman dari rumpai liar dan rumput yang menjulang tinggi.

Hujungnya, hasil usaha mereka adalah senyuman dan riang gembira di wajah-wajah anak-anak yatim, yang menghargai keindahan yang dihasilkan daripada aktiviti itu.

Baca Juga: 

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Kelebihan Membaca Surah Al-Fatihah

 

Polperro

Cenderahati Istimewa dan Makan Tengahari

Menutup tirai program dengan cemerlang, mereka tidak lupa memberikan cenderahati istimewa kepada anak-anak yatim.

Tambahan pula, hidangan tengahari yang disediakan oleh Chef terkemuka dari Centre Kitchen Polperro Group Sdn Bhd telah mengisi perut semua hadirin, dari anak-anak yatim hingga cikgu-cikgu yang sentiasa mendampingi mereka.

Polperro

Nilai Kasih Sayang dan Tanggungjawab

En El-Aziizie Bin Maskam, Ketua Pengarah Polperro Group Sdn Bhd, berkata, “Terima kasih kepada Tuan Haji Bani Bin Saemin, Pengetua yang baik hati, kerana menyambut kami dalam Program Amal Gotong Royong kali ini.”

“Pengalaman ini telah mengajar kami nilai kasih sayang dan tanggungjawab yang mendalam serta telah memperkukuhkan hubungan di antara kita semua. Semoga Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Miskin Sungai Pinang, Klang, akan sentiasa dicucuri rezeki dan berkembang pesat. Insyaallah,” jelas beliau lagi.

Begitu indahnya kebaikan yang dilakukan oleh Polperro Group Sdn Bhd dalam membantu anak-anak yatim, semoga usaha mereka terus memberi sinar harapan dalam kehidupan anak-anak ini.

Polperro

Sinari Kehidupan Dengan Kebaikan

Sejak penubuhan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin, Sungai Pinang, Klang pada tahun 1949 oleh Tuan Haji Sirat Bin Haji Ismail, telah berjaya menyinari kehidupan anak-anak yang kurang bernasib baik hingga hari ini.

Semangat kebaikan tidak berhenti di situ; tanah tapak bangunan anak-anak yatim ini telah diwakafkan seluas satu ekar oleh Puan Hajah Sofiah Binti Haji Sulaiman, isteri kepada Tuan Haji Sirat Bin Haji Ismail.

Pertubuhan ini adalah sebuah usaha persendirian yang telah berdiri dengan kuat tanpa bergantung kepada bantuan Kerajaan. Dengan hati yang ikhlas, mereka menyediakan tempat perlindungan dan pendidikan kepada 21 pelajar lelaki dan 22 pelajar perempuan, yang berusia antara 7 hingga 17 tahun.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin memberi sumbangan, sila hubungi Pengetua, Tuan Haji Bani bin Saemin.

Nombor telefon (Pejabat) 03-3341 0362 atau nombor telefon bimbit 012-660 2274.

Setiap sumbangan, sama ada dalam bentuk kewangan, hartanah, peralatan atau yang lain akan membantu menyinari masa depan anak-anak ini.

1 thought on “‘Polperro Prihatin’ Ke Rumah Anak Yatim Sungai Pinang, Klang”

  1. Pingback: Rotary Club of HartaMas Umum Inisiatif Amal - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur

Recent Posts

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme