Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Rotary Club

Rotary Club of HartaMas Umum Inisiatif Amal

Posted on 10/10/2023 by 123mamanet

Rotary Club of HartaMas mengumumkan inisiatif amal untuk kanak-kanak kurang bernasib baik pada Majlis Pelantikan Rasmi Tahunan.

Isi Kandungan hide
1 Rotary Club of HartaMas
2 Galeri KL Wellness City
3 Majlis Pelantikan Rasmi
4 Taja 100 Orang Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik
5 Komitmen Global Rotary International
6 Meraikan Pertautan Hati

Kelab ini menaja 100 orang kanak-kanak kurang bernasib baik daripada dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dua pertubuhan yang terpilih adalah Yayasan Sunbeams Homes dan Pertubuhan Kebajikan Lindungan Ikhlas KL.

Rotary Club

Rotary Club of HartaMas

Merupakan salah sebuah kelab yang bernaung di bawah organisasi global Rotary International. Mengambil kesempatan untuk mengumumkan  inisiatif amal bagi mengubah kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik . Ia berlangsung pada Majlis Pelantikan Rasmi dan ulangtahun kali ketiga kelab itu.

Galeri KL Wellness City

Majlis penting ini berlangsung di Galeri KL Wellness City dan dirasmikan oleh Y.M Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj.

Y.M Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi merupakan  seorang tokoh dari kerabat Diraja Selangor. Sebagai simbolik kepada dedikasi kelab tersebut terhadap kerja-kerja khidmat kemasyarakatan dan komitmen tidak berbelah bahagi dalam memartabatkan nasib golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Majlis Pelantikan Rasmi

Majlis Pelantikan Rasmi yang merupakan sebuah acara tahunan bagi meraikan pelantikan lembaga pengarah baharu Rotary Club of HartaMas. Mengangkat tema unik bagi menjadikannya sebuah acara yang diingati dan bermakna. Ia bertujuan untuk meraikan visi Rotary dalam mewujudkan sebuah dunia berteraskan perpaduan dan tindakan menerusi perubahan yang berkekalan.

Taja 100 Orang Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Pada tahun ini, Rotary Club of HartaMas memulakan misi untuk menaja 100 orang kanak-kanak kurang bernasib baik daripada dua NGO. Yayasan Sunbeams Homes dan Pertubuhan Kebajikan Lindungan Ikhlas KL.

Kanak-kanak tersebut dijemput untuk mengambil bahagian dalam aktiviti keraian istimewa. Ia telah  dirancang khusus untuk membawa kegembiraan dan keseronokan dalam hidup mereka.

Semua jualan tiket daripada acara ini (yang berharga RM130 bagi seorang dewasa dan RM65 bagi kanak-kanak) akan disalurkan kepada golongan belia yang kurang bernasib baik. Semua ini bertujuan untuk menyokong aspek pendidikan dan kesejahteraan mereka.

Inisiatif tersebut turut menzahirkan komitmen kelab dalam memupuk masa depan yang lebih cerah buat kanak-kanak ini. Ia bertujuan memastikan mereka mempunyai akses kepada bahan pembelajaran dan persekolahan, menawarkan kelas tuisyen, mengadakan bengkel pendidikan, serta mewujudkan kerjasama dengan rumah anak yatim untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang keperluan mereka.

Komitmen Global Rotary International

Pengarah Vokasional & Khidmat Masyarakat Rotary Club of HartaMas merangkap pengasas VV Consulting Group (VVCG), Vaishana Vasuthavan berkata, “Majlis perlantikan rasmi ini menandakan permulaan misi penting untuk menyediakan bantuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Selaras dengan komitmen global Rotary International bagi memajukan aspek pendidikan menerusi biasiswa, derma dan projek khidmat masyarakat.

Baca Juga: 

Polperro Prihatin

Pasir Penambang Kuala Selangor

 

 

Rotary Club
Vaishana Vasuthavan, Pengarah Vokasional & Khidmat Masyarakat Rotary Club of HartaMas merangkap pengasas VV Consulting Group (VVCG)

Kami menyedari bahawa tanggungjawab bersama kita sebagai sebuah komuniti turut merangkumi usaha untuk menaikkan semangat mereka yang mungkin telah lama ketinggalan. Komitmen kami untuk menaja 100 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik pada Majlis Pelantikan Rasmi tahunan ini ialah bukti dedikasi kami dalam mencetuskan perubahan yang positif.”

“Selain itu, sebagai penaja dan rakan kongsi strategik acara ini, kami ingin menunjukkan kesungguhan VVCG dalam membawa perubahan positif dalam masyarakat yang selari dengan komitmen jangka panjang VVCG untuk kembali berbakti kepada masyarakat. Kami percaya bahawa kita boleh membuat perubahan yang nyata dalam kehidupan kanak-kanak yang memerlukan ini,” kata Vaishana.

Rotary Club
Kanak-kanak dari Yayasan Sunbeams Homes

 Meraikan Pertautan Hati

Majlis perlantikan rasmi itu juga merupakan sebuah acara yang menggembirakan dan meraikan pertautan hati antara semua hadirin.

Tetamu majlis berpeluang menjamu selera dengan hidangan bufet lazat daripada barisan trak makanan, menikmati persembahan hiburan kugiran secara langsung. Mereka juga berpeluang untuk turut serta dalam permainan kanak-kanak, dan beramah mesra dengan maskot yang membuat kemunculan.

Ahli lembaga pengarah turut menjadikan majlis lebih signifikan menerusi penyampaian hidangan tajaan kepada kanak-kanak, sekali gus mengukuhkan hubungan yang terjalin dan mencipta memori yang bermakna.

1 thought on “Rotary Club of HartaMas Umum Inisiatif Amal”

  1. Pingback: Meet the Garlic Mayo Burger at Burger King - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme