Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Peria

Peria Katak Memang Banyak Khasiat!

Posted on 08/20/202308/24/2023 by 123mamanet

Peria. Tak kiralah sayur peria biasa mahupun peria katak, kedua-duanya boleh meninggalkan rasa pahit pada lidah!

Isi Kandungan hide
1 Rasa Pahit Peria
2 Kebaikan Luar Biasa Peria Katak
3 Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
3.1 Mengatasi Diabetis
3.2 Membantu Menurunkan Berat Badan
3.3 Menjaga Kesihatan Mata
3.4 Memperlambatkan Pertumbuhan Sel Kanser
3.5 Kulit Lebih Cantik dan Awet Muda

peria katak

Rasa Pahit Peria

Disebabkan rasa pahit itulah tidak ramai yang menyukainya. Sungguhpun begitu, sayur ini terutama peria katak mempunyai sejuta kebaikan untuk kesihatan.

Sebenarnya bagi anda yang biasa meminumnya, ia bukanlah terlalu pahit seperti buah tunjuk langit. Sepahit-pahit peria, ia masih boleh ditelan oleh mereka yang sayangkan kesihatan.

peria katak

Kebaikan Luar Biasa Peria Katak

Berikut beberapa kebaikan atau khasiat peria katak yang wajar diketahui:

Meningkatkan Daya Ketahanan Badan

Meskipun rasanya pahit, ia merupakan salah satu sayur yang tinggi kandungan nutrisinya seperti vitamin C.

Vitamin C sendiri mempunyai fungsi luar biasa untuk meningkatkan daya ketahanan badan. Ia dikatakan mengandungi anti virus yang boleh memperkuatkan sistem imun dan metabolisme.

Jadi, sebab itulah ia dikatakan sebagai sayur yang boleh membantu melindungi badan dari pelbagai ancaman virus yang menyebabkan penyakit.

Baca Juga: 7 Khasiat Timun Untuk Sihat & Cantik

Mengatasi Diabetis

Nutrisi yang terdapat padanya dikatakan sangat bagus untuk mengatasi dan mencegah diabetis.

Sayur pahit ini mempunyai kandungan dengan sifat hypoglycemic atau berperanan sebagai penurun kadar gula di dalam darah.

peria katak

Membantu Menurunkan Berat Badan

Ia termasuk dalam kategori sayur yang sangat rendah kalori dan juga kolesterol.

Jadi, tidak hairanlah jika sayur ini dipercayai boleh membantu seseorang itu mendapatkan bentuk badan yang langsing serta berat badan ideal.

Menjaga Kesihatan Mata

Jika kita mengalami masalah kesihatan mata seperti katarak dan sebagainya, elok sangat jika kita menikmati peria.

Sayur ini mengandungi vitamin A  dan beta karoten yang bagus untuk kesihatan mata.

 Memperlambatkan Pertumbuhan Sel Kanser

Khasiat yang terkandung pada sayur pahit ini juga mampu memperlambatkan pertumbuhan sel-sel kanser yang terjadi pada organ pancreas.

Ini adalah kerana pengambilannya sebagai jus boleh mempengaruhi metabolisme glukos yang ada pada kanser, sekaligus memperlambatkan pertumbuhannya.

Baca Juga: Makan Daun Kari Banyak Kebaikannya

Kulit Lebih Cantik dan Awet Muda

Nak kulit sihat dan selalu cantik serta awet muda? Lepas ni kenalah belajar menyukai serta memakannya.

Vitamin C yang terkandung dalamnya merupakan antioksidan semulajadi. Antioksidan tersebut akan mencegah dan menghilangkan radikal bebas berbahaya serta  membantu mencegah kedutan dengan memperlambatkan proses penuaan.

Di samping itu, ia turut melindungi kulit daripada kerosakan oleh sinar UV matahari.

123mamanet

Itulah beberapa kebaikan peria katak untuk kesihatan dan juga kecantikan. Jadi, mula hari belajarlah menjadi pencintanya!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha

Recent Posts

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme