Khasiat Air Garam. Nak kulit cantik, bersih, berseri, sihat dan cerah? Mandilah dengan air garam tapi tak perlu ke laut. Guna sahaja garam dan anda boleh buat mandian sendiri serta mandi sepuas-puasnya di rumah dengan khasiat air garam.
Kecantikan Wanita
Mamanet percaya, kecantikan wajah kita sebagai wanita tidak semestinya bergantung kepada produk-produk kecantikan yang mahal serta mengandungi bahan kimia. Bahan semulajadi seperti air garam jenis pink ini juga mampu berfungsi untuk mengelupaskan sel kulit yang mati.
Khasiat Air Garam
Bagaimana kita dapat manfaat daripada khasiat air garam?
-
Facial Steamer
Facial dengan air garam, tak kisahlah garam bukit atau garam pink boleh membuka pori-pori di wajah anda. Caranya mudah sahaja, panaskan air garam air garam pink di dalam periuk, kemudian hadapkan muka anda sambil tunduk ke arah periuk tersebut sehingga wap air garam dapat melekat di wajah anda.
Selain itu, jika air garam pink sudah suam, celupkan tuala bersih ke dalam air tersebut kemudian tutuplah wajah anda dengan tuala tersebut. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilaslah dengan air sejuk.
Baca Juga: Krim Muka Untuk Jeragat
-
Hilangkan Kedutan Di Muka
Urutlah muka anda dengan air garam pink dan minyak zaitun. Proses ini boleh membuatkan kulit muka anda menjadi lebih lembut, cerah, anjal dan bersinar secara semulajadi. Bukan itu sahaja, jika dilakukan secara rutin, kedua bahan ini boleh menghilangkan segala kedutan ataupu garis-garis halus di wajah anda.
-
Pembersih Muka
Air garam pink juga boleh menanggalkan kekotoran di wajah anda. Basuh muka anda dengan air garam pink, kemudian biarkan beberapa minit. Air garam pink tersebut bermanfaat untuk menghilangkan segala racun atau kekotoran di muka anda, menghilangkan sel-sel kulit mati serta membuatkan kulit muka anda menjadi lebih segar.
Anda yang perlu membasuh dan membersihkan muka anda dengan menggunakan air garam secara rutin dan teratur.
-
Merelakskan Muka
Air garam pink juga bermanfaat untuk meredakan rasa stress di dalam diri anda. Sebelum tidur, sapukan muka anda dengan air garam pink tersebut. Kemudian bilaslah dengan air sejuk. Air garam pink ini dapat memberikan energi pada kulit sehingga kulit wajah menjadi lebih segar dan rasa stress pun hilang.Sental kulit dengan air garam bukit dapat hilangkan sel kulit mati.
Baca Juga: Cara Putihkan Muka
-
Mengatasi Masalah Kulit Kering
Cuba garu lengan atau betis anda. Ada kesan ‘putih-putih’ tak? Jika ada, itu tandanya kulit anda kering dan bersisik. Sudah pasti ada di antara anda yang telah melakukan pelbagai cara untuk mengatasi masalah kulit kering dan bersisik ini.
Ramai yang mengatakan bahawa khasiat air garam pink ini sangat bagus untuk menjaga kelembapan kulit anda, sehingga masalah kulit kering dan bersisik terus lenyap. Cara semulajadi yang boleh anda lakukan ialah mandi dengan menggunakan air garam pink .