Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
makanan

6 Makanan Buat Kulit Awet Muda

Posted on 10/12/202310/12/2023 by 123mamanet

Rata-rata wanita di dunia ini mahu kelihatan awet muda. Namun, ramai yang tidak tahu ada beberapa jenis makanan yang boleh dimanfaatkan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Isi Kandungan hide
1 Pengambilan Makanan Berkhasiat
2 Jenis Makanan Terbaik Kulit Awet Muda
2.1 Buah Delima
2.2 Keluarga Beri
2.3 Buah Tembikai
2.4 Avokado
2.5 Lobster
2.6 Ikan Salmon

makanan

Pengambilan Makanan Berkhasiat

Tidak dinafikan untuk nampak lebih awet muda, kebanyakan wanita cenderung menggunakan pelbagai produk kecantikan, khususnya yang mengandungi UV protection dan retinol.

Sungguhpun begitu, kita tetap perlu menitikberatkan soal pengambilan makanan diet yang berkhasiat. Terdapat banyak makanan  yang boleh membuatkan kulit kita menjadi lebih awet muda.

Jenis Makanan Terbaik Kulit Awet Muda

Berikut beberapa jenis makanan  terbaik bagi mendapatkan kulit yang lebih awet muda:

  1. Buah Delima

Buah ini sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin B5, kalium, riboflavin, polifenol dan antioksida yang dapat meningkatkan keindahan dan umur kulit.

Jus delima adalah ubat yang paling bagus untuk kulit yang rosak disebabkan sinaran cahaya matahari atau penuaan semulajadi.

Buah ini juga dikatakan dapat memperbaiki kerosakan kulit sehingga kita mampu memiliki kulit halus dan awet muda.

Buah delima berupaya memperpanjangkan umur fibroblast, sel-sel yang bertanggungjawab untuk penghasilan kolagen dan elastin.

 

  1. Keluarga Beri

Makanan sedap seperti buah strawberry, blueberry, raspberry dan blackberry ini berupaya membantu mencegah atau memperlambatkan beberapa jenis kerosakan sel. Di samping itu, buah-buahan daripada keluarga berry ini juga bersifat antioksidan.

Baca Juga:

Cara Menurunkan Kolesterol Tanpa Ubat

Cara Putihkan Muka Dengan Cepat

makanan

  1. Buah Tembikai

Buah tembikai mengandungi phytochemical yang tinggi  menjadikan buah ini sebagai pelindung sinaran matahari bagi menangkis radiasi sinaran UV.

Buah tembikai bukan sahaja mengandungi banyak air. Bahkan memiliki kandungan lycopene yang berfungsi sebagai antioksidan.

  1. Avokado

Buah ini kaya dengan vitamin E , potassium, antioksidan dan asid folik. Ia mampu membantu menjaga kulit dan rambut supaya tetap bersinar.

Walaupun tinggi kandungan lemaknya, namun lemak ini cukup bermanfaat untuk menjaga kelembapan kulit. Kandungan vitamin E ini berguna untuk merangsang pengeluaran kolagen yang dapat membuatkan kulit lebih anjal, cerah dan bebas daripada berkedut.

Cubalah buat jus avokado. Kisar buah ini sehingga lumat bersama dengan  susu, ais dan sedikit gula.

  1. Lobster

Kesan penuaan pada kulit pasti terjadi, namun zink yang terkandung dalam lobster ini mampu membantu mempercepatkan pembaharuan kulit. Di samping itu, ia juga bersifat anti-inflamasi yang dapat membantu mengubati jerawat.

makanan

  1. Ikan Salmon

Ikan ini mengandungi protein dan nutrisi yang tinggi dan sangat bagus untuk badan kita. Astaxanthin, pigmen yang membuatkan isi ikan salmon berwarna kemerahan mampu melawan radikan bebas yang menyebabkan kerosakan pada membran sel kulit dan DNA sehingga menyebabkan penuaan.

Pengambilan ikan salmon seminggu sekali dikatakan dapat mencegah terjadinya actinic keratosis iaitu keadaan yang menyebabkan kulit menjadi kasar, kering dan bersisik disebabkan terdedah kepada sinaran cahaya matahari dalam tempoh yang panjang.

Itulah antara makanan yang cukup efektif agar lebih awet muda.

 

2 thoughts on “6 Makanan Buat Kulit Awet Muda”

  1. Pingback: Bedak Sejuk, Cara Mudah Cantikkan Kulit Muka - 123mamanet
  2. Pingback: Cara Cuci Karang Gigi Dengan Cepat - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme