Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
bedak sejuk

Bedak Sejuk, Cara Mudah Cantikkan Kulit Muka

Posted on 11/17/202311/17/2023 by 123mamanet

Bedak sejuk mempunyai manfaat semulajadi yang melimpah ruah. Walaupun merupakan bedak kecantikan, namun ia tidak menggunakan bahan kimia berbahaya.Penggunaannya  sangat selamat walaupun dipakai dalam jangka masa yang panjang. Lagipun khasiatnya untuk mencantikkan kulit muka sudah terbukti sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi.

Isi Kandungan hide
1 Rawat Kesihatan Muka
2 Kebaikan Menggunakan Bedak Sejuk
2.1 Melembabkan Kulit Muka
2.2 Melicinkan Kulit Muka
2.3 Menghilangkan Jerawat
2.4 Muka Lebih Awet Muda
2.5 Mencerahkan Kulit Muka

 

bedak sejuk

Rawat Kesihatan Muka

Bedak sejuk diperbuat daripada beras. Biasanya beras ( campuran beras biasa dan beras pulut) tersebut direndam selama beberapa hari sebelum dijadikan bedak sejuk.

Boleh diaplikasi setiap hari pada kulit sebagai rawatan semulajadi yang akan membantu merawat kesihatan kulit muka daripada radikal bebas.

Kebaikan Menggunakan Bedak Sejuk

Berikut beberapa kebaikan jika menggunakannya:

  1. Melembabkan Kulit Muka

Kulit muka jauh lebih sensitif dari kulit badan. Jadi, sebab itulah produk penjagaan kulit muka yang diperlukan harus berkualiti baik dan sememangnya khas dibuat untuk merawat kulit muka.

Salah satu manfaat semulajadi yang boleh diperoleh dari bedak sejuk adalah mampu memberikan kelembapan pada kulit muka.

Ramai di antara kita yang sanggup berhabis duit semata-mata untuk membeli pelembab muka, sedangkan bedak ini mempunyai formula semulajadi yang mampu memberikan kelembapan intensif pada kulit muka terutama apabila dipakai secara rutin.

  1. Melicinkan Kulit Muka

Muka yang kurang kelembapan akan menjadi kering dan kasar. Apatah lagi, jika kulit muka menjadi kasar disebabkan oleh bekas jerawat yang sukar hilang.

Cubalah atasi masalah tersebut dengan menggunakan bedak sejuk. Kulit muka anda dijamin akan kembali menjadi cantik, lembab dan lebih licin jika dipakai secara teratur.

  1. Menghilangkan Jerawat

Pemakaian bedak ini secara teratur sama ada sebagai bedak atau masker muka pada setiap malam dapat membantu menghilangkan apa jua jenis jerawat, termasuklah jerawat sedang ‘mengamuk’.

Salah satu penyebab munculnya jerawat di muka adalah kerana minyak yang berlebihan telah terperangkap pada pori-pori muka yang besar. Jadi,cubalah atasinya dengan mengecilkan pori-pori kulit anda dengan menggunakan khasiat bedak sejuk.

  1. Muka Lebih Awet Muda

Produk ini cukup efektif untuk mencegah penuaan semulajadi. Pakai sahaja bedak sejuk dan muka anda akan terhindar dari kedutan, munculnya garis-garis halus dan kulit kering sebagai tanda penuaan semulajadi.

Selain itu, ia juga sangat berkesan untuk menghilangkan sel kulit mati di muka sehingga kulit muka sentiasa nampak segar, lembab dan bersih walaupun anda tidak memakai mekap.

  1. Mencerahkan Kulit Muka

Selain membuatkan kulit muka menjadi lebih bersih dan licin, cara tradisional semulajadi ini juga dapat mencerahkan kulit muka anda.

Kandungan beras biasa dan juga beras pulut berupaya menghaluskan kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam, bekas jerawat serta tompok hitam kerana terdedah pada kepanasan sinar matahari muka secara perlahan-lahan serta mengembalikan kecerahan semulajadi kulit muka anda.

Jadi, mulai sekarang janganlah ragu-ragu untuk menggunakan bedak sejuk yang banyak manfaatnya untuk kecantikan kulit wajah.

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme