Membersihkan atau cuci karang gigi memang susah kalau sudah dibiarkan begitu lama. Namun, tetap ada cara untuk membersihkannya dan perlu dilakukan dengan kerap sehingga gigi anda benar-benar bersih.
Bila Gusi Berdarah dan Mulut Berbau
Tahukah anda bahawa masalah gusi berdarah dan bau mulut adalah berpunca daripada karang gigi? Biasanya ia berwarna kekuningan dan jika tidak segera dibersihkan. Lama-kelamaan warnanya boleh berubah menjadi coklat kehitaman.
Disebabkan masalah ini boleh menjadi semakin serius, ada baiknya anda mencuba cara membersihkan karang gigi secara semulajadi ini.
Terus-terang, Mamanet memang cerewet sikit tentang soal penjagaan gigi. Mamanet akan rasa macam tak confident nak senyum lebar jika gigi Mamanet nampak kuning atau kurang bersih.
Jadi, sebab itulah kalau anda tengok gigi Mamanet, anda pasti akan kagum. Sentiasa putih, bersih dan sihat!
Cara Cuci Karang Gigi
Cara membersihkan karang gigi yang boleh anda cuba:
1. Rutin Menggosok Gigi
Gosok gigi secara ruti, sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Gosok gigi dengan teknik yang betul iaitu secara merata dengan mengarahkan berus gigi pada arah yang tepat.
Gosokkannya ke bawah dan ke atas dan gosok bahagian dalam gigi, permukaan gigi yang digunakan untuk
mengunyah dan bahagian dalam lainnya secara merata.
2. Berkumur Selepas Makan
Berkumur merupakan cara yang paling berkesan untuk membersihkan karang gigi Ia dapat mengikis karang gigi serta menghapuskan sisa makanan yang menyebabkan karang gigi.
Lebih bagus lagi jika anda turut mengunakan ubat kumur, yang mana sudah terdapat zat aktif penanggal karang gigi sehingga membuatkan karang gigi menjadi lebih cepat hilang.
Baca Juga:
Timun Kaya Dengan 1001 Kebaikan
6 Makanan Buat Kulit Awet Muda
-
Makan Buah-Buahan Bervitamin C
Pengambilan buah epal memang baik untuk kesihatan gigi. Gigi anda bukan sahaja putih, tetapi juga bersih
daripada karang gigi.
Makan buah-buahan bervitamin C ini seperti epal, jambu batu, oren, strawberi dn lain-lain lagi secara teratur.
-
Campuran Baking Soda Dan Garam
Baking soda boleh dimanfaatkan untuk membersihkan karang gigi dengan semulajadi.
Campurkan satu sudu makan baking soda dengan sedikit garam. Kemudian ambil berus gigi dan basahkan sedikit, celupkan ke dalam campuran baking soda tadi. Gosok gigi dengan campuran tersebut, kemudian kumur-kumur lah.
-
Kulit Oren
Selain rasa buah oren yang segar dan manis, ternyata kulitnya juga mempunyai banyak khasiat. Salah satunya boleh membersihkan karang gigi secara efektif.
Anda hanya perlu menggosok kulit oreng bahagian dalam pada gigi secara merata. Lakukan secara rutin, sebaiknya selepas anda makan kerana ia juga efektif untuk menghilangkan bau mulut.
Tip Mencegah Karang Gigi
- Berkumur selepas makan dengan air.Selain dapat membersihkan karang gigi, ia dapat juga membantu menghilangkan bau mulut.
- Kurangkan pengambilan makanan bergula tinggi dan bertepung.
- Minum air masak secukupnya. Ia akan membantu membuatkan sisa-sia makanan tidak melekat pada gigi serta menyebabkan karang gigi.
- Lakukan pemeriksaan gigi secara rutin, 6 bulan sekali. Jika karang gigi sudah mula melekat, doktor gigi akan membersihkannya.
- Rajin menggosok gigi sebelum dan selepas bangun tidur supaya sisa-sisa makanan tidak terkumpul dan melekat sehingga menyebabkan terjadinya karang gigi.
- Elakkan merokok. Jika anda perokok tegar, sudah pasti gigi anda penuh dengan karang gigi. Tembakau dan asap rokok boleh menyebabkan karang gigi dan gigi kekuningan.
Sebenarnya kunci utama untuk mencegah masalah plak dan karang gigi adalah dengan menjaga pola makan dan gaya hidup.
Apabila pola pemakanan dan gaya hidup anda berjalan seiringan sudah tentu anda dapat meminimumkan masalah tersebut.
Semoga info membersihkan karang gigi ini bermanafaat dan selamat mencubanya di rumah.
3 thoughts on “Cara Cuci Karang Gigi Dengan Cepat”