PIZZA HUT BAWAKAN MENU KHAS TAHUN BARU CINA

Pizza  Hut perkenalkan kelainan  yang menarik  bagi tradisi pemberian buah  tangan  semasa perayaan Tahun Baru Cina dengan Oooooooong Party Box dan Oooooooong Treasure Box!

PIZZA HUT PERKENALKAN DUA PIZZA

Pizza Hut telah memperkenalkan dua pizza sempena perayaan Tahun Baru Cina –The Ooooooooong Party Boxdan OoooooooogT reasure Box yang menampilkan pizza Cheesy  Poppers – kedua-duanya menarik  untuk dijadikan  buah tangan dan sesuai dinikmati bersama keluarga danorang-orang tersayang apabila berkumpul beramai-ramai.

“Pada perayaan Tahun Baharu Cina 2023 ini, kami ingin mencadangkan satu kelainan yang menyeronokkan kepada tradisi pemberian buah  tangan,di mana  selain  dari  kebiasaan membawa buah oren mandarin sebagai hadiah, apa kata ianya digantikan dengan Ooooooooong Party Box yang  lazat? Bayangkan  keseronokan setiap  ahli  keluarga apabila anda membawa pizza ini sewaktu makan besar Tahun Baru Cina,” kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.

Pizza Hut

“OooooooongParty  Box  merupakan olahan bertema Tahun  Baru  Cina  dari pizza The Loooooooooong Party  Box  yang telah dilancarkan tahun  lepas. Keunikan  pizza  ini  terletak pada ukurannya sepanjang 1 meter dan sesuai untuk dikongsi bersama 10 orang atau lebih, menjadikannya sesuai untuk majlis  atau keraian, terutama  sewaktu makan malam besar sebelum perayaan Tahun Baru Cina” tambahnya.

Artikel Lain: 5 Cara Bersihkan Karang Gigi Dengan Cepat

Sebagai  sebahagian daripada strategi  promosinya,Pizza Hut akan membuka sebuah trak pizza pada 19-20 Januari bertempat di Lot 10, Bukit Bintang pada jam 11 pagi hingga 8 malam. Anggaran sebanyak 3000  keping  pizza  akan  diagihkan secara  percuma untuk  dicuba  oleh orang ramai, di samping beberapa permainan dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi!

Pizza Hut

The Oooooooong Party  Box boleh  didapati secara makan di  restoran  atau bawa  pulang; berharga RM99.00 ala carte, dengan promosi isian semula minuman secara percuma apabila anda menikmatinya secara dine-in di restoran. Manakala Ooooooooog Treasure Box (Cheesy Poppers Pizza)berharga RM 41.90 ala carte dan juga boleh di dapati dalam pelbagai kombo nilai yang berbaloi.

Pizza ini juga tersedia dengan promosi menarik di mana mulai sekarang hingga 23 Januari 2023, anda boleh membeli Ooooooooog Treasure Box (Cheesy Poppers Pizza) dengan harga RM22sahaja!

Pesan sekarang melalui Aplikasi Pizza Hut atau kunjungi restoran  Pizza  Hut yang berdekatan  untuk menjamu  selera  atau  bawa  pulang.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my

Back to top