Skintific Skincare merupakan jenama produk penjagaan kulit yang semakin popular dalam pasaran kecantikan Malaysia. Dicipta dengan berlandaskan penemuan sains terkini, Skintific Skincare sudah ada di pasaran Malaysia dan menawarkan pelbagai produk penjagaan kulit yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan kecantikan kulit anda.
Skintific Skincare
Dengan formulasi yang unik dan ramuan semulajadi, jenama ini telah memenangi hati ramai pengguna yang mencari penyelesaian penjagaan kulit yang berkesan.Antara produk yang kini menjadi kegemaran ramai dari Skintific Skincare iaitu Skintific 5x Ceramide Series.
Rangkaian penjagaan kulit ini mengandungi ceramide sebagai bahan utama. Apa yang istimewanya? Produk ini dirumuskan untuk melembapkan dan mengukuhkan rintangan kulit anda.
Solusi Masalah Jerawat dan Kulit Berminyak
Kini, mengatasi masalah jerawat menjadi lebih mudah. Terdapat banyak pilihan produk penjagaan kulit yang diformulasikan khusus untuk permasalahan kulit ini. Salah satunya adalah Skintific 5x Ceramide Series.
Skintific 5x Ceramide Tingkatkan Prestasi Ceramide di Kulit
Untuk meningkatkan prestasi ceramide di kulit, anda boleh cuba empat produk dalam Rangkaian Skintific 5x Ceramide, termasuk toner, pencuci muka, gel pelembap dan juga serum.
-
Skintific 5x Ceramide Soothing Toner
Toner yang menghidupkan kulit dengan pantas, membantu membaiki penghalang kulit yang rosak dan meneutralkan kemerahan. Kaya dengan 5 jenis Ceramide berbeza, ia menjaga kulit dan menggalakkan mikrobioma yang sihat.
Formula unik ini turut mengandungi probiotik kompleks dan Calendula yang melawan keradangan dan bakteria menjadikan kulit lebih anjal dan sihat.
Cara Penggunaan:
Ambil kapas dan tuangkan beberapa titis yone ke tangan atau kapas. Tetapi manfaatnya akan lebih terasa jika menggunakan tangan. Tepuk-tepuk lembut pada muka. Toner ini adalah langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit. Gunakan dua kali sehari, pagi dan malam.
Di waktu siang, lengkapkan dengan perlindungan matahari (Skintific Sunscreen) supaya kulit dapat dilindungi dengan sempurna.
-
Skintific 5X Ceramide Low Ph 5.5 Cleanser
Pertimbangan utama ketika memilih pencuci muka adalah kesan akhirnya. Kulit yang terasa kering dan kaku boleh menjadi masalah. Untuk mengatasi ini, kenali Skintific 5X Ceramide Low Ph 5.5 Cleanser.
Ia adalah pencuci muka yang membersihkan kulit dengan lembut, meninggalkan rasa segar dan bersih. Diperkaya dengan 5X Ceramide, Amino Acid, Niacinamide, dan Hyaluronic Acid, ia tidak hanya mengekalkan pH wajah anda pada tahap seimbang pH 5.5, tetapi juga memberikan kelembutan yang dinantikan.
Cara Penggunaan:
Tuangkan pembersih secukupnya. Gunakan pada wajah yang basah, urut kulit dengan lembut dalam gerakan membulat sehingga menghasilkan buih yang lembut. Elakkan daripada masuk ke dalam mata. Bilaslah sehingga bersih dan keringkan dengan lembut. Boleh digunakan pada waktu pagi dan malam.
Baca Juga: Sunscreen Terbaik
-
Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Serum
Skintific serum ini sangat istimewa. Diformulasikan dengan 5 jenis Ceramide yang berbeza untuk memulihkan penghalang kulit yang rosak (skin barrier). Gabungan unik ini menjaga dan mengembalikan kesihatan penghalang kulit anda.
Ia juga mengandungi BFL probiotik yang tidak hanya mencegah keradangan serta masalah kulit seperti kemerahan dan jerawat, tetapi juga merawatnya.
Untuk kulit yang mengalami masalah skin barrier, Centella Asiatica dalam serum ini memberikan kesan menenangkan dan mempercepat proses penyembuhan kulit anda.
Cara Penggunaan:
Gunakan pada wajah yang bersih. Titiskan beberapa titik serum ke tangan. Sapukan serum secara merata pada wajah dan leher.Biarkan ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit.Untuk hasil yang lebih baik, gunakan serum ini pada pagi dan malam.Pada waktu pagi, pastikan untuk melengkapkan rutin dengan penggunaan pelindung matahari (sunscreen) sebagai perlindungan tambahan.
-
Skintific 5x Ceramide Barrier Moisture Gel
Pelembab ini menjadi kegemaran ramai dalam rangkaian Skintific. Dengan gabungan 5x ceramide, kolagen laut, asid hyaluronik, dan Centella asiatica, ia bukan sahaja melembabkan kulit. Bahkan juga memperkasa penghalang kulit, mengurangkan kemerahan serta meningkatkan kehalusan kulit.
Tekstur seperti gelnya membuatkan Skintific 5x Ceramide Barrier Moisture Gel terasa ringan di kulit. Jadi, ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit berminyak dan sensitif.
Cara Penggunaan:
Sapukan pelembap ini pada pipi, dahi, hidung dan dagu.
1 thought on “Kulit Sihat Mengagumkan Dengan Skintific Skincare”