Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
OXY

OXY Sokong Pendidikan Sokong 600 Murid Orang Asli

Posted on 08/25/2024 by 123mamanet

OXY, jenama penjagaan kulit anti-jerawat terkemuka di Malaysia, terus menunjukkan komitmennya terhadap pendidikan melalui kempen “Sending Love & Care to Children.

Isi Kandungan hide
1 Kerjasama OXY dengan Yayasan MyKasih dan Watsons Malaysia
2 RM50,000 Berjaya Dikumpul

Kempen ini telah memasuki tahun ketiga. Ia bertujuan memberikan sokongan kepada pelajar dari komuniti yang terpinggir, termasuk lebih 600 murid Orang Asli dari empat sekolah di Selangor.

OXY Sending Love & Care

Kerjasama OXY dengan Yayasan MyKasih dan Watsons Malaysia

Dalam usaha memperkukuh pendidikan murid-murid Orang Asli, OXY bekerjasama dengan Yayasan MyKasih dan Watsons Malaysia. Tahun lalu, Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A), Pulau Carey, menjadi penerima manfaat utama.

Di mana di mana sumbangan peralatan pembelajaran seperti audio visual berjaya meningkatkan kehadiran murid dari 69% kepada 80%, melebihi sasaran yang ditetapkan.

Tahun ini, tiga sekolah lain turut menerima manfaat: Sekolah Kebangsaan Bukit Kemandol (A), Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A), dan Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan (A).

Program ini merangkumi kelas tambahan bagi 178 murid darjah 4 hingga 6 untuk meningkatkan kemahiran asas seperti membaca dan menulis, di samping menyokong tahap Bahasa Malaysia.

Selain itu, kempen ini juga menyediakan sudut membaca mini di bilik darjah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Tidak hanya berfokus pada pendidikan akademik, OXY turut menganjurkan sukaneka antara sekolah bagi menggalakkan aktiviti fizikal dan semangat berpasukan.

Acara ini merangkumi permainan tradisional seperti Lumba Tarik Guni dan Lumba Bola Ping Pong, yang memeriahkan suasana.

Baca Juga:

Menangi Kereta Mewah Bersama AEON 

10 Cara Motivated Diri Sendiri

 

OXY

RM50,000 Berjaya Dikumpul

Dengan kerjasama Watsons Malaysia, kempen ini berjaya mengumpul dana sebanyak RM50,000 untuk pembiayaan pendidikan murid Orang Asli. Usaha ini mendapat pujian daripada pihak sekolah, yang menyanjung komitmen OXY dalam membantu komuniti yang kurang bernasib baik.

Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M), Lim Mei Yuen, menyatakan kepentingan menyediakan peluang pendidikan yang setara kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang.

Menurutnya, dengan sokongan pendidikan dan bahan pembelajaran yang disediakan, murid-murid ini akan lebih bersedia untuk mencapai kecemerlangan.

OXY, yang terkenal dengan rangkaian produk penjagaan kulit remaja, terus berpegang teguh pada misi sosialnya. Selain membantu remaja mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan kulit berminyak, OXY komited menyokong pendidikan pelajar yang terpinggir.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen “Sending Love & Care to Children” ini, layari laman web rasmi OXY atau Facebook OXY Malaysia.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme