Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
gaya hidup sihat

Panduan Gaya Hidup Sihat Ibu Mengandung

Posted on 10/13/201610/14/2016 by 123mamanet
gaya hidup sihat
kredit foto-3-bp

Setiap ibu mengandung pasti mahukan bayi yang dilahirkan sihat dan sempurna. Jadi, amalan gaya hidup sihat tentu sahaja menjadi perkara penting dan harus diberikan perhatian ekstra kerana ia akan mempengaruhi kandungan janin di dalam kandungan.

Gaya hidup sihat ibu mengandung dimulai dengan pengambilan nutrisi tepat sepanjang kehamilan. Menjaga pengambilan makanan dengan zat seimbang, serta menjalani gaya hidup sihat akan membuatkan momen kehamilan tersebut menjadi lebih indah, selamat dan juga selesa.

5 gaya hidup sihat untuk kesihatan janin

  1. gaya hidup sihat
    kredit foto-theworldbeast

    Makanan Sihat

Ibu mengandung sebaiknya menerapkan gaya pemakanan yang lebih sihat, bukannya lebih banyak. Variasikan menu sihat agar boleh mendapatkan semua khasiat baik dari kandungan nutrisi makanan. Ibu mengandung memerlukan lebih banyak pengambilan protein, vitamin serta mineral seperti asid folik dan zat besi.

Gaya hidup sihat ibu mengandung juga perlu diimbangi dengan pemakanan yang seimbang agar tidak terjadi penambahan berat badan yang berlebihan. Hindari pengambilan makanan segera yang biasanya mengandungi kandungan zat yang tidak seimbang.

Perbanyakkan pengambilan makanan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, telur, ikan, kacang dan bijirin. Elakkan pengambilan lemak yang berlebihan dan sempurnakan dengan fikiran dan hati yang sihat.

 

gaya hidup sihat
kredit foto-agysik-ru

2.Lakukan Pemeriksaan Kandungan

Ibu mengandung wajar membuat pemeriksaan kandungan secara rutin di hospital atau klinik ibu mengandung bagi memastikan kesihatan janin terjaga.

Dengan mengetahui keadaan janin dalam kandungan, para ibu boleh menerapkan langkah-langkah yang sepatutnya untuk menjaga kesihatan sepanjang tempoh kehamilan.

 

3. Jauhi Kafein Dan Alkohol

Sepanjang kehamilan, cuba jauhi sebarang efek negatif dari minuman yang mengandungi kafien dan alkohol. Pengambilan kafein yang berlebihan akan menganggu perkembangan janin di dalam kandungan.

Manakala pengambilan alkohol pula boleh meningatkan risiko kecacatan fizikal, mental serta masalah emosi pada bayi. Malahan alkohol juga boleh meningkatkan risiko keguguran.

 

4. Jangan Merokok/ jauhi asap rokok/ ubat bahaya

Ramai wanita yang memilih kebiasaan yang tidak baik walaupun mereka tahu merokok sememangnya tidak elok buat wanita mengandung. Kebiasaan merokok tetap juga mereka pertahankannya.

Merokok boleh mengundang banyak masalah kesihatan kepada ibu mengandung seperti keguguran, bayi mati dan kompilasi kehamilan akibat merokok secara berlebihan.

Zat kimia berbahaya seperti karbon monoksida dan nikotin yang terkandung dalam rokok akan mengurangkan pengaliran oksigen ke bayi, sehingga mempengaruhi kemasukkan nutrisi.

Begitu juga dengan penggunaan atau terdedah pada ubat-ubatan  dan toksik yang membahayakan kesihatan janin. Elakkan ia sebelum terlambat. Jika anda sedang menerima rawatan, sebaiknya tangguhkan kehamilan jika boleh.

 

gaya hidup sihat
kredit foto-hbmag

5. Tanamkan Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat buat ibu mengandung juga termasuk diet yang tepat dan senaman teratur. Sungguhpun begitu, elakkan membuat senaman berat yang boleh membuatkan ibu mengandung terjatuh, cedera dan sebagainya.

Masa depan bayi bergantung pada seberapa baik janin berkembang di dalam rahim anda. Jadi, sebab itulah dengan menanam gaya hidup sihat dan menghindari kebiasaan-kebiasaan yang tidak baik akan membuatkan ibu dan bayi sentiasa dalam keadaan yang selamat dan sihat.

 

 

 

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu

Recent Posts

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme