Papa Kongsi Rezeki – begitulah cara usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri meraikan penat lelah pekerjanya. Dalam suasana penuh gelak tawa, majlis makan besar ini bukan sekadar menjamu selera, tetapi menjadi simbol kasih sayang, penghargaan dan nilai kekeluargaan yang dibawa beliau dalam dunia perniagaan.

Papa Kongsi Rezeki – Majlis Makan Besar Staff
Dalam video berdurasi dua minit yang tular, Dato’ Aliff dilihat bersama semua kakitangannya menikmati steamboat di sebuah restoran terkenal di Kota Damansara.
Tengok video -> di sini
Hidangan yang terhidang cukup meriah. Daripada makanan laut segar, daging, ayam, sayur-sayuran hingga pencuci mulut. Gelak tawa serta perbualan mesra memenuhi ruang menjadikan majlis itu lebih istimewa.

Usaha Menghargai Pekerja
Bagi Dato’ Aliff, majlis sebegini adalah cara menghargai setiap titik peluh dan sokongan kakitangan.
“Memang seronok bila tengok mereka semua gembira. Terima kasih juga untuk semua yang sentiasa sokong perniagaan Papa sehingga Papa dapat berkongsi dengan semua staff tercinta,” ujar beliau.
Beliau turut menambah, aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim. Malah, memberi ruang untuk berkongsi kegembiraan dalam suasana kekeluargaan.
Reaksi Netizen – Inspirasi Majikan Prihatin
Tindakan ini mencetuskan pelbagai reaksi positif di media sosial. Ramai netizen meluahkan rasa syukur dan kagum apabila melihat seorang majikan yang prihatin dengan kebajikan pekerja:
-
“Alhamdulillah Dato’ memang baik dengan pekerja. Beruntunglah siapa yang dapat bekerja dengan Dato’. Semoga sihat selalu.”
-
“Moga dimurahkan rezeki Dato’ dan keluarga.”
-
“Teruslah menjadi orang baik. Semoga berjaya dunia akhirat.”
Ucapan-ucapan ini menjadi bukti bahawa sikap pemurah dan keikhlasan mudah menyentuh hati ramai.
Dari Kisah Hidup Susah ke Empayar Perniagaan
Dato’ Aliff yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang, bukanlah lahir dalam keluarga berada. Beliau pernah berkongsi perjalanan hidup yang bermula dari bawah. Berniaga kecil-kecilan sebelum berjaya membina empayar perniagaan terkenal di Malaysia.
Latar belakang keluarga sederhana menjadikan beliau lebih menghargai rezeki dan sentiasa mahu berkongsi dengan orang sekeliling.

Rezeki Bertambah Bila Dikongsi
Majlis makan besar “Papa Kongsi Rezeki” ini bukan sekadar makan bersama. Ia adalah simbol bahawa dalam dunia kerja, hubungan kekeluargaan, rasa syukur dan penghargaan adalah resepi utama kejayaan.
Sebagai emak atau ayah, kita juga boleh ambil inspirasi. Walau sibuk mencari rezeki, jangan lupa untuk meraikan orang yang sentiasa ada di sisi, sama ada keluarga atau rakan sekerja!

1 thought on “Papa Kongsi Rezeki – Dato’ Aliff Syukri Hargai Staff”