Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
penjagaan kanta lekap

Elak Buta! Pastikan Penjagaan Kanta Lekap Betul

Posted on 09/12/201609/11/2016 by 123mamanet
penjagaan kanta lekap
kredit foto: allaboutvision

Penjagaan Kanta Lekap. Ramai yang suka pakai kanta lekap atau contact lens. Lebih-lebih lagi sekarang ni pelbagai warna dan corak yang menarik membuatkan ramai yang tergerak hati untuk mengikuti tren memakainya, walaupun mata mereka OK, tak ada sebarang masalah pun!

Isi Kandungan hide
1 Di bawah ini Mamanet kongsikan cara memakai, menanggalkan serta penjagaan kanta lekap yang betul:

 

 

 

Tentu ada di antara kita yang tidak melakukan penjagaan kanta lekap yang betul, sedangkan sikap ini boleh

menyebabkan infeksi kepada mata kesayangan. Janganlah macam tu ya sebab penjagaan kanta lekap ini tidaklah sesukar mana. Bahkan kurang dari seminit diperlukan untuk menggosok dan membilas kanta lekap setiap hari. Takkan itu pun tak boleh kan…

 

Teknik pembersihan yang betul menghalang bakteria daripada menjangkiti kanta lekap dan meminimumkan kemungkinan infeksi mata.

 

 

Di bawah ini Mamanet kongsikan cara memakai, menanggalkan serta  penjagaan kanta lekap yang betul:

 

penjagaan kanta lekap
kredit foto: thedollyeye

Cara Memakai Kanta Lekap

  • Cuci tangan bersih-bersih dan pastikan telah bersih dan kering.

 

  • Gunakan tangan yang digunakan untuk menulis, kemudian letakkan kanta lekap di jari telunjuk.

 

  • Pakai jari tengah yang sama, kemudian tarik kelopak mata bawah ke arah bawah. Pada masa yang sama juga gunakan jari telunjuk dari tangan yang satu lagi untuk menarik kelopak mata atas ke arah atas.

 

  • Pandang ke atas.

 

  • Kemudian letakkan kanta lekap tadi di bahagian bawah mata putih.

 

  • Lepaskan dan lepaskan juga kelopak mata keduanya.

 

  • Setelah itu, tutup atau pejamkan mata beberapa saat dan kanta lekap tadi secara automatik akan berada di tengah mata.

 

  • Ulangi langkah ini untuk pemakaian kanta lekap yang sebelah lagi.

 

 

Cara Menanggalkan Kanta Lekap

  • Cuci tangan dengan bersih dan keringkan.

 

  • Pandang ke atas dan tarik kelopak mata bawah ke arah bawah dengan jari tengah.

 

  • Letakkan jari telunjuk pada bahagian bawah kanta lekap.

 

  • Tarik kanta lekap ke bawah ke bahagian mata putih.

 

  • Kepit perlahan kanta lekap dengan jari telunjuk dan ibu jari dan lepaskan dari mata.

 

  • Ulangi langkah tersebut untuk membuka kanta lekap dari mata yang sebelah lagi.

 

 

Cara Penjagaan Kanta Lekap

  1. penjagaan kanta lekap
    kredit foto: gouldvision

    Bersihkan – Gosok dan bilas kanta lekap selepas setiap kali memakainya.

 

  1. Jangan Simpan Lebih Dari Seminggu – Cara penjagaan kanta lekap yang betul, jika sudah menyimpan kanta lekap lebih daripada tujuh hari, rendam dahulu dengan solution contact lens sebelum memakainya semula.

 

  1. Jangan Guna Air Paip – Jangan gunakan air paip untuk menyimpan kanta lekap. Ia boleh merosakkan kanta lekap dan mengundang infeksi kepada mata. Gunakan solution contact lens.

 

  1. Jangan Letak Berdekatan Tandas Dan Bilik Air – Udara di sekitar tandas dan bilik air boleh menyebabkan kontaminasi kepada kanta lekap. Sebaiknya letakkan di dalam bilik tidur atau tempat lain yang selamat.

 

  1. Jangan Pakai Ketika Berenang – Air di kolam renang juga berisiko memberi kontaminasi kepada kanta lekap. Seeloknya, gunalah goggle sekali jika betul-betul tak nampak atau tidak mahu tanggalkannya.

 

  1. Sebelum Pakai Mekap – Penjagaan kanta lekap yang seterusnya juga perlu diberikan perhatian.Selain memastikan kanta lekap yang dipakai tidak tertukar(selalu mulakan pemakaian kanta lekap yang sebelah kanan),pakailah kanta lekap sebelum memakai mekap. Kemudian, tanggalkan kanta lekap tersebut sebelum kita menghapuskan mekap.

 

  1. Jaga Kebersihan – Setelah menggunakan kanta lekap, bersihkan dan cuci kanta lekap dengan menggunakan solution contact lens. Bersihkan tempat menyimpan kanta lekap setiap kali selepas memakainya dan tukar setiap tiga bulan sekali.

 

penjagaan kanta lekap
kredit foto: wikimedia

JANGAN BUAT!

  • Jangan pakai kanta lekap jika mata sakit, merah, gatal dan sebagainya.
  • Jangan pakai kanta lekap yang sudah sampai tarik luputnya.
  • Jangan gunakan air liur atau air paip pada kanta lekap.
  • Jangan menggosok mata bila pakai kanta lekap.
  • Jangan pakai kanta lekap milik orang lain.
  • Jangan tidur dengan memakai kanta lekap.
  • Jangan memakai kanta lekap yang sudah rosak/terkoyak.
  • Jangan letak kanta lekap di atas televisyen atau tempat-tempat panas.

 

Itulah beberapa tip penjagaan kanta lekap, senang sahaja kan…. Jangan malas untuk menjaganya supaya mata kita sentiasa sihat dan terawat!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur

Recent Posts

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme