Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

PELITUP MUKA PEMBEDAHAN HYDROCHARGE™ BAHARU DIREKA KHAS UNTUK FASA ENDEMIK COVID-19

Posted on 05/18/202205/19/2022 by 123mamanet

Inovasi MEDICOS membantu berjuta insan hidup dan bekerja dengan lebih selamat dalam endemik. Pelitup muka pembedahan HydroCharge™ baharu berikan tahap kebolehnafasan tanpa menjejaskan ciri keselamatan.

Selepas mengharungi lebih daripada dua tahun sekatan COVID-19, Malaysia kini telah memasuki fasa endemik. 

Lantaran itu kerajaan telah melonggarkan banyak peraturan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, yang memberikan kelegaan kepada banyak pihak. Terutamanya bagi mereka yang akhirnya dapat berhubung semula dengan ahli keluarga, atau menikmati percutian yang dinanti-nantikan bersama orang tersayang selama ini.

Namun, satu persoalan yang sentiasa berlegar di fikiran semua orang adalah – berapa lama lagi kita perlu memakai pelitup muka? Menurut pakar kesihatan, walaupun pelitup muka tidak lagi diwajibkan pada peringkat akhir endemic. Namun, memakai pelitup muka dalam persekitaran sosial adalah cara yang paling selamat untuk melindungi diri kita dan orang lain daripada COVID-19, disebabkan oleh kes baharu masih direkodkan pada setiap hari.

Inovasi Teknologi Termaju MEDICOS

Selaras dengan pengumumunan terkini tentang pemakaian pelitup muka di dalam bangunan, MEDICOS telah melabur dalam inovasi teknologi termaju yang meningkatkan tahap kebolehnafasan dan keselesaan pelitup muka selama berjam-jam memakai di dalam bangunan.

MEDICOS merupakan pengilang pelitup muka terkemuka dan terulung di Malaysia, menyedari keperluan untuk menawarkan penyelesaian yang selamat dan selesa bagi memastikan pengguna dilindungi semasa mereka menjalani rutin harian mereka. Sebagai salah satu pengilang perintis pelitup muka pembedahan di Malaysia dengan kemudahan pembuatannya sendiri, MEDICOS telah membekalkan pelitup muka kepada hospital dan pakar penjagaan kesihatan selama lebih 30 tahun, jauh sebelum serangan COVID-19.

Menurut Encik William Wong, Ketua Pegawai Eksekutif MEDICOS Malaysia, SOP terkini mengukuhkan kepentingan untuk terus memakai pelitup muka, terutamanya di dalam bangunan, kerana pelitup muka ini merupakan pertahanan terakhir bertindak seakan-akan perisai kita terhadap COVID-19. 

Pengilang Tempatan Pertama

MEDICOS merupakan pengilang tempatan pertama yang menyediakan pelitup muka pembedahan di Malaysia sejak tiga dekad yang lalu dan kami terus berinovasi untuk menyokong rakyat Malaysia dengan menyampaikan “pertahanan terakhir” yang paling selamat, paling selesa, bergaya, berprestasi tinggi untuk warga Malaysia kita hari ini.

Direka Khas Untuk Fasa Endemik COVID-19

Pelitup Muka Pembedahan HydroCharge™ baharu ini direka untuk fasa endemik COVID-19, dengan material 4 lapis yang sehingga 50% lebih telap udara berbanding pelitup muka biasa. 

HydroCharge™, teknologi tercanggih MEDICOS setakat ini, membenamkan cas elektrostatik pada Penapis Sub Micron jenama melalui kaedah cas air yang unik, memberikan keupayaan sehingga 3X lebih tinggi untuk memerangkap zarah berbahaya berbanding pelitup muka biasa. 

Pelitup Muka Pembedahan HydroCharge™ juga bertaraf ASTM Tahap 2 (diuji oleh Nelson Lab, Amerika Syarikat), memberikan >98% kecekapan penapisan terhadap bakteria dan virus. ASTM (American Society for Testing and Materials) dikenali sebagai penarafan piawai emas untuk pelitup muka pembedahan.

Pada masa ini, Pelitup Muka Pembedahan HydroCharge™ juga merupakan yang pertama dalam kategorinya yang menawarkan pilihan saiz untuk kesesuaian secara paling optimum:

Slim Fit (Saiz S/M) – Gelung keselesaan 

Regular Fit (Saiz M/L)– Gelung keselesaan

HydroCharge™ Junior – untuk kanak-kanak (4-12 tahun)

HydroCharge™  Hijab – Gelung kepala

Pelitup Muka Pembedahan HydroCharge™ (RM30 untuk 50 keping) boleh didapati dalam 4 pilihan warna: Hitam Onyx, Biru Oxford, Hijau Coral dan Merah Jambu Cotton. Beli atas talian dengan penghantaran di hadapan pintu melalui kedai rasmi MEDICOS di Shopee dan Lazada!

Ada soalan tentang pelitup muka? Tanyalah MEDICOS di Facebook! 

Bersempena dengan pelancaran Pelitup Muka Pembedahan HydroCharge™, MEDICOS dengan berbesar hati memperkenalkan segmen khas dipanggil “Ask MEDICOS” di halaman Facebook rasminya. Menerusi “Ask MEDICOS”, pengguna boleh bertanya apa-apa soalan tentang pelitup muka, dan menerima jawapan daripada pakar pelitup muka!

Mari mulakan dengan melihat infografik menarik ini di bawah:

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha

Recent Posts

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme