Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Pelitup Muka Perubatan

Pelitup Muka Perubatan Medicos XÙ Ecofiber Semulajadi

Posted on 02/21/202302/27/2023 by 123mamanet
Pelitup Muka Perubatan

MEDICOS memperkenalkan XÙ, pelitup muka perubatan pertama di Malaysia yang diperbuat daripada ecofiber mesra alam.

Isi Kandungan hide
1 XÙ HydroChargeTM, Pelitup Muka Pertama Di Malaysia

Tidak dinafikan bahawa COVID-19 ternyata mengubah dunia. Ini jelas terbukti daripada kemajuan inovasi yang pesat dalam menyesuaikan cara hidup baharu terutamanya dalam bidang peralatan perubatan dan perlindungan diri.

Sehingga kini, rakyat Malaysia secara amnya masih mengamalkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat yang sesak sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi kesihatan, walaupun kita kini dalam fasa  endemik.

Walaupun langkah berjaga-jaga kendiri sedang diamalkan, terdapat permintaan yang konsisten daripada orang ramai untuk pelitup muka pakai buang yang mesra alam.

Artikel Lain: Ketahui Khasiat Daun Kari

Ini selaras dengan kebimbangan global terhadap kelestarian alam sekitar, bagi mengurangkan jejak karbon di bumi.’

Pelitup Muka Perubatan

XÙ HydroChargeTM, Pelitup Muka Pertama Di Malaysia

Ini mencetuskan inspirasi kepada MEDICOS, sebagai pengeluar dan perintis bagi pelitup muka terkemuka Malaysia.

Disokong dengan lebih 30 tahun kepakaran dalam membantu berjuta- pengguna dalam menyediakan persekitaran kerja yang lebih selamat, MEDICOS berusaha  meningkatkan kualiti dalam kawalan jangkitan.

MEDICOS memperkenalkan pelitup muka perubatan XÙ HydroChargeTM, diperbuat daripada ecofiber semulajadi.

XÙ HydroChargeTM merupakan pelitup muka yang pertama di Malaysia diperbuat daripada bahan mesra alam yang boleh terbiodegradasi!

Nama MEDICOS XÙ (disebut “she”) berasal daripada aksara Cina: 续, membawa maksud “kelestarian”.

Direka bentuk dengan mengutamakan kelestarian, perlindungan dan keselesaan, MEDICOS XÙ diperbuat daripada EcoFiber semula jadi yang boleh diperbaharui.

Isi padu gentian pulpa kayu diadun bersama dengan agen pengikat dalam kuantiti besar, menghasilkan bahan yang kukuh serta lebih kuat daripada kertas. EcoFiber semula jadi juga bersifat hipoalergenik, menjadikannya lembut terhadap kulit sensitif.

MEDICOS XÙ ialah pelitup muka perubatan paling ringan keluaran jenama ini, memberikan 55%, kebolehnafasan yang lebih baik tanpa menjejaskan keselamatan dan prestasinya.

Dengan 3 lapisan perlindungan, keunikkan penapis HydroChargeTM, memberikan 99% kecekapan penapisan  terhadap virus dan bakteria sekecil PM0.1 bagi mencapai standard tertinggi industri.

Untuk lebih yakin lagi, MEDICOS XÙ juga telah melepasi  Ujian EN 14683 Tahap II oleh Nelson Labs, Amerika Syarikat.

Menurut William Wong, Ketua Pegawai Eksekutif MEDICOS Malaysia, beliau amat menekankan kepentingan kelestarian

“Di MEDICOS, kami benar-benar prihatin, bukan hanya sekadar menyediakan perlindungan untuk seisi keluarga. Kami juga ingin bertanggungjawab dan melakukan yang lebih baik untuk alam semula jadi – dengan mengambil kira aspek ini, Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami untuk mendapatkan bahan yang lebih mesra alam iaitu EcoFiber yang semulajadi.

Diperbuat daripada campuran gentian pulpa kayu, EcoFiber semulajadi ini boleh terbiodegradasi dari semasa ke semasa dalam persekitaran tapak pelupusan, sekali gus mengurangkan kesan karbon terhadap alam sekitar.

Dengan menghasilkan pilihan yang boleh diperbaharui untuk pengguna kami, ia dapat menyokong visi kami untuk memacu kelestarian dalam ekosistem kami. Dengan cara itu, kesinambungan boleh dikekalkan bukan sahaja untuk generasi kita, tetapi untuk kemudian hari.”

Ayuh, Sertai  MEDICOS XÙ

Bersempena dengan pelancaran MEDICOS XÙ, MEDICOS menjemput pengguna untuk mengambil langkah kolektif ke arah kelestarian!

Bekerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), MEDICOS akan menyokong Projek Bank Biji Benih NGO, yang memupuk amalan melindungi alam sekitar semula jadi.

Untuk setiap kotak Pelitup Muka Perubatan XÙ HydroChargeTM yang dijual mulai Januari hingga April 2023, RM1 akan disalurkan kepada MNS  dalam menyokong usaha ekologinya.

“Terdapat banyak kebaikan kepada alam sekitar apabila kita menanam pokok, diantaranya adalah pengurangan gas rumah hijau dan pelepasan karbon dioksida, yang menjadi salah satu punca kepada pemanasan global dan perubahan iklim.

Selaras dengan visi MEDICOS XÙ untuk mengurangkan jejak karbon, MEDICOS komited untuk menyemai 1,500 biji benih pokok hutan pada tahun ini,” jelas Wong. 

Sertai MEDICOS XÙ dalam perjalanan kesinambungannya – jadilah sebahagian daripada usaha global dalam mengamalkan pilihan ekologi yang lebih baik!

Bersama-sama, kita boleh melakukan lebih banyak lagi untuk masa depan yang lebih mesra alam .

Pelitup Muka Perubatan MEDICOS XÙ EcoFiber Semulajadi (RM21 untuk 30 keping) kini boleh didapati di laman web rasmi MEDICOS (https://shop.medicos.com.my/), Shopee, Lazada, dan kedai dalam talian Watsons (https://bit). .ly/3BMrbHa).

*40% mengikut berat diperbuat daripada fiber mesra alam.

**Berbanding dengan pelitup muka pembedahan standard.

Rujukan: https://www.dailysabah.com/life/environment/disposable-masks-the-dark-side-of-covid-19-pandemic

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha

Recent Posts

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme