Tahniah anda hamil! So, what next? Ya yang pasti anda akan mula menjalani pemeriksaan demi pemeriksaan kesihatan. Anda dan klinik tidak dapat dipisahkan selama 9 bulan 10 hari. Bahkan, anda perlu mengambil berat tentang pemakanan ibu hamil.
Bagi memastikan janin anda dapat membesar sihat, anda perlu tahu tentang cara pemakanan ibu hamil. Pada peringkat awal, anda perlu mendapat cukup vitamin khususnya asid folik.
Asid folik termasuk dalam salah satu kumpulan vitamin B dan sangat penting untuk anda. Ia merupakan salah satu daripada beberapa nutrien yang boleh mengelakkan kecacatan pada saraf tunjang bayi seperti spina bifida.
Asid folik adalah sumber penting dalam pemakanan ibu hamil untuk menghasilkan sel-sel darah merah dan norepinefrin serta serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf anda). Ia membantu menghasilkan DNA (bahan genetik badan) untuk memastikan fungsi-fungsi otak dan merupakan satu komponan penting dalam cecair saraf tunjang.
Bahkan pakar mengesyorkan setiap wanita yang merancang untuk hamil atau dalam 12 minggu pertama kehamilan supaya mengambil 400 mikrogram asid folik sebagai makanan tambahan.
Selain daripada mengambil makanan tambahan, pakar juga mengesyorkan supaya diet anda mengandungi makanan yang kaya dengan asid folik.
Makanan berkhasiat untuk pemakanan ibu hamil
Buah
Buah-buahan segar dan bebas kimia merupakan antara keperluan pemakanan ibu hamil trimester pertama. Nutrisi-nutrisi yang terkandung dalam buah sangat bermanfaat untuk meningkatkan stamina ibu hamil dan untuk pertumbuhan janin terutama dalam trimester pertama.
Jenis buah yang baik untuk ibu hamil trimester pertama antara lain adalah limau, pisang dan epal. Kandungan asid folik yang ada pada pisang boleh membantu perkembangan sel-sel otak bayi, dan pengambilan zat ini perlu cukup untuk setiap hari.
Sayuran
Sayur-sayuran termasuk salah satu yang dianjurkan untuk ibu hamil. Mungkin selama ini anda kurang suka sayur atau benci sayuran. Bagaimanapun, pada saat anda sedang hamil, cubalah makan sayur demi perkembangan janin anda dan untuk menambah stamina anda sendiri setiap harinya. Jenis sayuran yang disarankan untuk ibu hamil adalah seperti bayam yang mengandung banyak zat besi. Zat besi akan membantu produksi hemoglobin dalam tubuh dan bisa mengurangi rasa mual.
Kekacang dan Bijirin
Kebiasaan ibu hamil akan suka mengunyah. Jadi, buang segala jajan yang berbahaya dan menjalani proses kimia. Pilihlah kekacang dan bijirin sebagai snek lazat anda seharian. Contohnya oat, kacang tanah, kacang soya, kacang hijau atau kacang merah kerana kandungan karbohidrat, vitamin B (asid folik), kalsium yang ada pada makanan tersebut boleh meningkatkan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Pemakanan ibu hamil sewajar bermula daripada sumber yang paling natural. Elakkan mengambil makanan proses. Ingat, kesihatan bayi dan anda paling utama.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]