Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
petua banyakkan susu badan

5 Petua Banyakkan Susu Badan Agar Bayi Kenyang!

Posted on 09/11/201609/11/2016 by 123mamanet
petua banyakkan susu badan
kredit foto: fitpregnancy

PETUA banyakkan susu badan wajar diamalkan demi kebahagian ibu dan bayi. Hal ini kerana mampu menyusukan bayi dengan sempurna merupakan kepuasan batin bagi seorang ibu. Namun, tidak semua  kaum ibu yang dapat menyusui bayinya dengan sempurna. Masih ramai yang mengalami masalah ketika menyusui, ada yang air susunya tidak keluar dan keluarnya terlalu sedikit.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa petua banyakkan susu badan yang boleh dicuba:

 

Jadi, dikongsikan beberapa petua banyakkan susu badan untuk anda yang mengalami masalah tersebut.Pemberian air susu ibu atau susu badan merupakan cara terbaik untuk memenuhi keperluan nutrisi bagai pertumbuhan dan perkembangan bayi.

Selain membawa sejuta kebaikan kepada bayi, ia juga membawa efek posifti bagi kesihatan ibu itu sendiri.

Ada beberapa jenis makanan dijadikan petua banyakkan susu badan.Cubalah dan buktikan khasiatnya kerana ramai kaum ibu yang sudah membuktikan keberkesanannya.

 

Berikut beberapa petua banyakkan susu badan yang boleh dicuba:

 

  1. petua banyakkan susu badan
    kredit foto: emedyspot

    Jantung Pisang

Siapa sangka, jantung ini mempunyai banyak kandungan nutrisi yang boleh diperoleh dalam tubuh. Sayur ini boleh dicelur dibuat ulam, kerabu ataupun dibuat gulai putih.  Selain enak dimakan, jantung pisang juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan.

 

 

  1.  Kurma
petua banyakkan susu badan
kredit foto-pegipegi

Kandungan hormone oksitosin  yang terdapat pada kurma sangat bermanfaat untuk ibu yang menyusui bayi kerana ia akan melancarkan lagi pengeluaran air susu.

Di samping itu juga, pengambilan buah kurma yang kaya dengan votokimia dan tinggi antioksidan ini juga mampu mencegah anemia atau kekurangan darah yang sering dihadapi oleh para ibu yang menyusui bayi.

 

 

  1. petua banyakkan susu badan
    kredit foto: bp blogspot

    Betik

Betik, tak kira buah, daun ataupun bunganya mengandungi vitamin A dan vitamin C, serta beberapa mineral penting seperti kalium, asid folik dan enzim papain yang mampu membantu penghadaman protein. Ibu yang menyusui bayi memerlukan banyak protein untuk pengeluaran air susu ibu.

 

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda dan minumlah dua hingga tiga kali sehari.

 

Pucuk betik atau betik muda ini juga boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman ataupun dibuat sup.

 

 

petua banyakkan susu badan
kredit foto: naturenetworkshoppe

4. Habbatus Sauda

Habbatus Sauda adalah salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah. Ramai yang tidak tahu ia adalah salah satu petua banyakkan susu badan. Selain dapat meningkatkan pengeluaran air susu, ia juga banyak mengandungi kalsium.

 

 

 

  1. petua banyakkan susu badan
    kredit foto: quanfablog

    Bayam

Sayur bayam bagus untuk menambah zat besi yang berfungsi untuk pembentukan sel darah merah. Selain itu, kandungan vitamin B6 pada bayam juga boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh bayi. Di samping itu, bayam juga mengandungi enzim phytoestrogens yang mampu memperbanyakkan air susu ibu.

 

 

INFO PENTING!

petua banyakkan susu badan
kredit foto: bacfo

Minum Air Masak Secukupnya

Makanlah apa sahaja, ianya tidak akan banyak membantu jika tubuh kita kekurangan air. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang atau kering. Minumlah 10-12 gelas air masak sehari untuk melancarkan pengeluaran susu badan.

 

Itulah beberapa petua banyakkan susu badan dengan pengambilan beberapa makanan. Anda boleh memilih salah satu petua tersebut ataupun semua sekali kerana makanan tersebut bukan sahaja membantu pengeluaran air susu badan, malah turut memenuhi nutrisi anda yang menyusui bayi.

 

Di samping itu, jangan lupa mengimbanginya dengan pengambilan buah-buahan dan sayuran hijau yang menyihatkan.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat

Recent Posts

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme