Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
petua halau lipas

Petua Halau Lipas Di Rumah Dan Kereta

Posted on 08/14/202304/21/2024 by 123mamanet

Lipas | Bagaimana cara menghalau lipas dengan berkesan dan cukup mudah? 123Mamanet kongsikan 6 Petua Halau Lipas yang cukup menjijikkan ini!

Isi Kandungan hide
1 Lipas Menjijikan!
2 Dalam Perut Lipas Ada Cacing Halus
3 Trik Berkesan!
3.1 Petua Halau Lipas di Rumah
3.1.1 Menjaga Kebersihan
3.1.2 Keringkan Kelembapan
3.1.3 Penyimpanan Makanan
3.1.4 Tutup Pintu dan Tingkap
3.1.5 Gunakan Pekakas Bunuh Lipas
3.2 Petua Halau Lipas Dalam Kereta
3.2.1 Bersihkan Kenderaan
3.2.2 Gunakan Aromaterapi
3.2.3 Sekat Lubang Masuk
3.2.4 Jauhkan Makanan
3.2.5 Vakum dan Bersihkan
3.3 Petua Halau Lipas Secara Semulajadi
3.3.1 Ubat Gegat
3.3.2 Garam Dapur
3.3.3 Daun Salam
3.3.4 Daun Lada Hitam
3.3.5 Air Sabun

Lipas Menjijikan!

Lipas merupakan salah satu binatang yang kotor dan kerap menyelinap masuk ke dalam rumah, bilik tidur atau kereta. Selain menganggu, lipas juga sumber penyebaran penyakit kerana binatang ini lebih suka hidup di tempat yang berselerak, kotor serta selalu mengeluarkan cecair berbau.

Apabila anda melihat lipas di dalam rumah, sebaiknya janganlah memukulnya sampai mati sehingga penyek atau isi perutnya terkeluar.

 

 lipas

Dalam Perut Lipas Ada Cacing Halus

Ini adalah kerana di dalam perut lipas terdapat cacing halus yang masih boleh hidup meskipun di luar badan lipas. Apabila cacing ini berada di luar perut atau badan lipas, dia akan bergerak dan mencari tempat berlindung yang baru.

Sangat berbahaya apabila cacing ini menyentuh kulit badan kita terutama kaki kerana ia boleh masuk melalui pori-pori kulit atau apabila ada luka yang terbuka pada kulit luar.

Adalah lebih baik jika kita menggunakan semburan anti serangga atau petua halau lipas secara semulajadi tanpa perlu memukulnya sehingga terkeluar isi perut lipas.

Sungguhpun begitu, anda jangan risau di sini ada beberapa petua halau lipas yang boleh dicuba.

Cara ini cukup efektif untuk membunuh lipas, namun memerlukan kerja ekstra memandangkan data ketahanan badan lipas memang luar biasa.

Binatang kotor ini boleh hidup tanpa makanan sampai sebulan. Bahkan juga boleh hidup tanpa air, selama dua minggu dan boleh hidup tanpa kepala selama beberapa hari.

Trik Berkesan!

Petua Halau Lipas di Rumah

Menjaga Kebersihan

Pastikan rumah sentiasa bersih dan bebas dari sisa makanan. Bersihkan meja makan, dapur, dan tempat-tempat lain yang mungkin menarik lipas untuk mencari makanan.

Keringkan Kelembapan

Lipas suka tempat yang lembap. Pastikan tiada kelembapan berlebihan dalam rumah. Baiki bocor air dan pastikan kawasan basah kering dengan baik.

Penyimpanan Makanan

Simpan makanan dalam bekas kedap udara atau bekas yang rapat supaya tidak mudah diakses oleh lipas.

Tutup Pintu dan Tingkap

Pastikan pintu dan tingkap tertutup dengan baik, dan pasang palam jika perlu untuk menghalang lipas masuk ke dalam rumah.

Gunakan Pekakas Bunuh Lipas

Ada banyak pekakas komersial seperti semburan dan pekakas tapak yang boleh membantu menghalau atau membunuh lipas. Pastikan anda menggunakannya dengan berhati-hati dan mengikut arahan.

Baca Juga: Bahaya Jika Terlebih Garam Dalam Badan

Petua Halau Lipas Dalam Kereta

Bersihkan Kenderaan

Pastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan bersih. Bersihkan kotoran dan sisa makanan dari dalam kereta secara rutin.

Gunakan Aromaterapi

Beberapa bauan seperti minyak kayu putih, peppermint atau limau nipis dapat menghalau lipas. Letakkan bola kapas yang direndam dalam minyak esensial di dalam kenderaan.

Sekat Lubang Masuk

Periksa dan sekat lubang atau celah yang mungkin menjadi pintu masuk bagi lipas ke dalam kenderaan.

Jauhkan Makanan

Elakkan meninggalkan makanan atau bungkusan makanan dalam kenderaan, kerana ini dapat menarik lipas.

Vakum dan Bersihkan

Sedut debu dan kotoran secara rutin dengan penyedut vakum. Pastikan tempat-tempat yang sukar dicapai seperti celah di bawah tempat duduk turut dibersihkan.

 

 

petua halau lipas

 

Petua Halau Lipas Secara Semulajadi

Berikut beberapa petua menghalau lipas secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia yang berisiko untuk kesihatan keluarga anda.

Ubat Gegat

Lipas tidak suka dengan bau wangi atau bau segar. UbatĀ  gegat mempunyai bau yang sangat menyengat.

Jadi, letakkanlah ubat gegat di tempat-tempat di mana lipas bersarang.

lipas

Garam Dapur

Petua halau lipas menggunakan daram dapur ini cukup berkesan. Caranya pun cukup mudah, anda hanya perlu taburkan garam dapur di kawasan-kawasan yang sering dilalui oleh lipas.

Jika lipas memakan garam tersebut, ia akan mati keracunan.

 

 

lipas

Daun Salam

Hiris halus-halus daun salam segar. Kemudian letakkan hirisan daun tersebut di tempat-tempat yang lipas suka muncul. Aroma yang dihasilkan dari daun salam akan menyebabkan lipas berasa tidak selesa untuk datang menghampiri lagi.

Artikel Lain: Kebaikan Daun Pudina

lada hitam

Daun Lada Hitam

Sama seperti daun salam juga, daun lada lada hitamjuga tidak disukai oleh lipas. Hiris daun lada lada hitam ini halus-halus, kemudian letakkan di kawasan-kawasan yang biasanya ada lipas.

Bau yang dihasilkan oleh daun lada hitam akan membuatkan lipas berasa tidak selesa dan akan meninggalkan kediaman atau kereta anda.

petua halau lipas

Air Sabun

Menggunakan air sabun sebagai petua halau lipas juga cukup efektif sekaligus mudah dipraktikan di rumah.

Larutkan sabun ke dalam sebuah mangkuk, kemuadian renjis-renjislah ke lipas yang sedang berkeliaran itu.

Tidak lama kemudian lipas-lipas tersebut akan mati dan kawan-kawannya juga tidak akan berani untuk mendekati lagi kawasan tersebut.

Nota: Selain melakukan petua halau lipas seperti yang dinyatakan di atas, anda juga wajib memastikan kebersihan. Ini adalah kerana lipasĀ suka berkeliaran di tempat-tempat yang lembap dan ada sumber makanan, seperti sisa makanan atau kelembapan yang tinggi.

Semoga artikel petua halau lipas ini bermanfaat dan efektif untuk diterapkan.Memerangi lipas memerlukan kesabaran dan usaha berterusan. Mengamalkan kebersihan yang baik dan mengikuti petua-petua di atas dapat membantu menghalau dan mengurangkan kehadiran lipas di rumah dan dalam kenderaan anda.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen ā€œAir Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat

Recent Posts

  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme