Philips PerfectCare Steam Generator mencipta sejarah apabila berjaya menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori “Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh Sejam 2026.”
Kejayaan ini membuktikan bagaimana teknologi moden mampu membantu memudahkan rutin harian keluarga Malaysia terutama ibu bapa yang sering berdepan dengan cabaran menguruskan pakaian sekolah anak-anak.
Bagi kebanyakan keluarga, menyediakan pakaian sekolah yang kemas setiap hari memerlukan masa dan tenaga. Daripada memastikan baju bersih sehinggalah menggosok supaya sentiasa rapi. Semuanya memerlukan perhatian.
Kini dengan kehadiran teknologi penjana wap berkuasa tinggi daripada Philips, tugasan menggosok pakaian boleh dilakukan dengan lebih pantas, mudah dan efisien.
Pada 28 Julai 2026, Philips Domestic Appliances Malaysia mencipta detik bersejarah di Harvey Norman Mid Valley KL Flagship Store apabila berjaya menggosok sebanyak 49 helai kemeja sekolah dalam tempoh 60 minitmenggunakan Philips PerfectCare Steam Generator (PSG) yang telah dinaik taraf.
Pencapaian ini sekaligus melayakkan Philips menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi kategori “Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh Sejam 2026.”
Lebih menarik, teknologi penjana wap Philips ini membantu mengurangkan beban menggosok sehingga hampir separuh daripada masa biasa. Ia sekaligus memberikan lebih banyak masa kepada pengguna untuk melakukan aktiviti lain.

Menurut Patt Sue-Ann, Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia, inovasi yang dibangunkan Philips sentiasa memberi fokus kepada keperluan sebenar pengguna.
“Di Philips, kami percaya inovasi yang bermakna sebenarnya membantu menyelesaikan cabaran sebenar dalam kehidupan seharian.
Bagi kebanyakan keluarga di Malaysia, tugas menggosok pakaian seragam sekolah memakan masa yang banyak. Dengan model seterika Philips PerfectCare Steam Generator yang telah dinaik taraf ini, kami mahu menawarkan penyelesaian praktikal supaya rakyat Malaysia dapat menjalankan hidup yang lebih baik, menjimatkan masa dan memberikan peluang untuk insan tersayang,” katanya.

Teknologi Philips PerfectCare Steam Generator Mudahkan Kerja Menggosok
Apa yang menjadikan Philips PerfectCare Steam Generator istimewa ialah gabungan teknologi wap berkuasa tinggi dengan reka bentuk yang ringan dan mudah digunakan.
Seterika wap ini menghasilkan wap berkuasa tinggi yang membantu melicinkan kedutan dengan lebih cepat hanya dengan satu luncuran. Pengguna juga tidak perlu risau tentang fabrik rosak kerana ia dilengkapi dengan Teknologi OptimalTEMP yang dijamin tidak membakar fabrik.
Antara ciri utama Philips PerfectCare Steam Generator PSG 8000 Series termasuk:
✓ Penjana wap berkuasa tinggi dengan kadar wap sehingga 215g seminit
✓ Steam Boost antara 750g hingga 850g untuk kedutan lebih degil
✓ Mengeluarkan wap serta-merta apabila seterika digerakkan tanpa perlu menunggu lama
✓ Reka bentuk ringan yang boleh digunakan secara mendatar atau menegak
✓ Tangki air boleh ditanggalkan dengan kapasiti 1.4 liter
✓ Fungsi auto shut-off selepas empat minit tidak digunakan
Dengan ciri-ciri ini, rutin menggosok pakaian menjadi lebih selesa, cepat dan selamat untuk kegunaan harian.
Philips Membantu Meringankan Rutin Ibu Bapa Mengurus Pakaian Sekolah
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah, memastikan pakaian sekolah sentiasa kemas merupakan salah satu rutin yang perlu dilakukan setiap hari.
Menurut Philips, terdapat pelbagai jenis pakaian seragam sekolah di Malaysia termasuk kemeja, pinafore, baju kurung, tudung, jaket dan tali leher pengawas.
Bagi cabaran mencipta rekod ini, Philips memberi tumpuan kepada kemeja lengan pendek yang dipakai oleh murid lelaki sekolah rendah dan menengah serta murid perempuan yang memakai pakaian seragam pinafore.
Sehingga Januari 2026, Kementerian Pendidikan Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira lima juta kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun yang bersekolah di seluruh negara.
Melalui inovasi ini Philips berharap dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan keluarga Malaysia dengan membantu mengurangkan beban rutin harian ibu bapa.
Philips PerfectCare Steam Generator Bantu Nik Erwan Cipta Rekod
Cabaran mencipta rekod ini disempurnakan oleh Nik Erwan Nik Roseli, Perunding Kreatif dan Penggaya Fesyen yang mempunyai hampir 20 tahun pengalaman dalam bidang fesyen.
Beliau pernah bekerjasama dengan jenama terkenal seperti Uniqlo dan Rizman Ruzaini, selain menggayakan selebriti popular termasuk Merqeen, Hael Husaini dan Shiha Zikir.
Menurut Nik Erwan, penggunaan seterika yang sesuai bukan sahaja membantu menjaga fabrik. Malahan menjimatkan masa ketika menguruskan pakaian.
“Dengan menggunakan Philips PSG ini, saya berjaya menyiapkan sehelai kemeja dalam masa tidak sampai satu minit,” katanya.

Malaysia Book of Records Mengiktiraf Kejayaan Philips
Turut hadir menyaksikan pencapaian bersejarah ini ialah jurucakap Malaysia Book of Records, Megat Faris Megat Muzzafar Shah.
Beliau bertanggungjawab menilai keseluruhan cabaran sebelum membuat pengumuman rasmi mengenai rekod yang berjaya dicatatkan oleh Philips Domestic Appliances Malaysia.
Menurut beliau, pencapaian ini selari dengan misi Malaysia Book of Records yang telah mendokumentasikan serta meraikan pelbagai kejayaan rakyat Malaysia sejak lebih 30 tahun lalu.
Pengiktirafan ini juga mampu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap jenama yang sentiasa membawa inovasi praktikal dalam kehidupan seharian.

Harvey Norman Sokong Inovasi Peralatan Rumah Moden
Acara yang berlangsung di Harvey Norman Flagship Store, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh Yvonne Chin, Penolong Pengurus Besar Bahagian Peralatan Elektrik Kecil & Penjagaan Diri Harvey Norman Malaysia.
Turut memeriahkan acara ialah selebriti dan pempengaruh seperti Norreen Iman, Catriona Ross Bahrin dan Kenzo Katarmo, selain wakil media serta rakan strategik.
Menurut Yvonne Chin, Harvey Norman komited menawarkan jenama terkemuka dunia kepada pelanggan Malaysia dengan sokongan pakar produk bagi membantu pengguna mendapatkan penyelesaian terbaik mengikut keperluan masing-masing.
Philips PerfectCare Steam Generator Pilihan Untuk Keluarga Moden
Kejayaan mencipta rekod Malaysia Book of Records ini membuktikan bahawa teknologi moden mampu membawa perubahan besar dalam rutin harian keluarga.
Dengan teknologi wap berkuasa tinggi, reka bentuk mesra pengguna serta ciri keselamatan pintar, Philips PerfectCare Steam Generator menjadi pilihan sesuai untuk mereka yang mahukan kerja menggosok lebih mudah dan menjimatkan masa.
Bagi ibu bapa yang sentiasa sibuk menguruskan keluarga, inovasi seperti ini pastinya membantu menjadikan rutin harian lebih lancar dan teratur.
