Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
potong kuku bayi

Potong Kuku Bayi Dengan Tepat Dan Selamat

Posted on 10/17/201610/17/2016 by 123mamanet
potong kuku bayi
kredit foto-1-bp-blogspot

Potong kuku bayi adalah antara perkara atau saat yang paling stress bagi sesetengah ibubapa, termasuklah yang berpengalaman. Ini adalah kerana kuku bayi sangat lembut dan nipis. Tambahan pula, jika bayi kita tu sangat aktif, makin susahlah untuk memotongnya.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa tip potong kuku bayi:

 

 

Kuku bayi perlu dipotong secara teratur. Biasanya di awal-awal kelahiran, kukunya akan tumbuh dengan begitu cepat sekali, terutama kuku jari tangan. Jadi, kita perlu bersedia untuk memotong kukunya, paling kurang dua kali seminggu. Jika tidak dipotong, alamatlah bercalar di sana sini kerana terluka akibat digarunya.Faham-faham sahajalah kulit bayi sangat sensitif pada ketika ini.

 

Berikut beberapa tip potong kuku bayi:

 

  1. Peralatan Yang Tepat
potong kuku bayi
kredit foto-bpc-h-cdn

Guna ketip atau gunting kuku untuk bayi, atau peralatan manicure pedicure khas untuk bayi. Seeloknya guna gunting kuku berukuran kecil dan gunting bulat.

 

 

 

 

  1. potong kuku bayi
    kredit foto-aolcdn

    Suasana Mesti Terang

Pastikan kita potong kuku bayi di tempat yang terang. Pencahayaan yang terang membolehkan kita melihat dengan lebih jelas kuku bayi yang akan dipotong.

 

 

 

 

 

 

3.

potong kuku bayi
kredit foto-parents-mdpcdn

Potong Selepas Bayi Mandi

Waktu terbaik  untuk potong kuku bayi adalah selepas bayi mandi. Pada ketika itu kuku bayi lebih lembut sehingga lebih mudah untuk dipotong.

 

Selain itu, kita juga  disarankan potong kuku bayi ketika dia  tidur atau sedang leka menyusu. Bayi tidak banyak bergerak ketika ini sehingga mempermudahkan kita memotong kukunya.

 

 

 

  1. potong kuku bayiPotong Bentuk Lurus Rata

Potong kuku bayi dengan bentuk lurus rata, dan bukannya dengan bentuk melengkung seperti kuku dewasa. Usahakan agar memotongnya tidak terlalu pendek atau  kuku masih terlalu panjang.

 

Tinggalkan kuku sedikit saja agar jari tidak sampai terluka. Asah (nail files ) kuku jari tangan dengan bentuk melingkar untuk menghindari hujung kuku menjadi tajam. Sementara itu, potong lurus kuku kaki.

 

 

  1. potong kuku bayi
    kredit foto-agoramedia

    Jangan Panik!

Salah satu peraturan penting ketika potong kuku bayi adalah dengan bersikap tenang. Kita tidak perlu panik ketika telah melakukan kesilapan, seperti tidak sengaja melukai jarinya.

 

Basuh kawasan yang terluka dengan air mineral dan sapukan dengan ubat antiseptik. Jangan balut atau tutup luka tersebut dengan plaster untuk menghindari bayi menarik atau memasukannya ke dalam mulut.

 

Bagi menghentikan pendarahan tersebut, celupkan kuku yang berdarah ke dalam air sejuk.Kemudian keringkan dengan menggunakan tisu dan pegang kuku bayi anda dengan sedikit tekanan. Insya-Allah dalam masa 1-2 minit pendarahan tersebut akan berhenti.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme