Baru-baru ini telah berlangsung satu majlis pengumuman kutipan zakat PPZ-MAIWP bagi tahun 2018. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof bersama Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Abd Kadir, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan / Setiausaha MAIWP, Tuan Hj Mohd Ajib Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.
Apa yang lebih membanggakan pencapaian kutipan zakat PPZ-MAIWP untuk tahun 2018 memperlihatkan peningkatan, berbanding tahun-tahun yang lepas iaitu pertambahan 6% berbanding tahun 2017 dengan jumlah kutipan sebanyak RM615,199,108.06. Hal ini jelas menunjukkan semakin ramai masyarakat, khususnya yang beragama Islam sedar akan kepentingan melaksanakan tanggungawab rukun Islam ketiga ini.
REKOD KUTIPAN ZAKAT PPZ-MAIWP BAGI TAHUN 2018
Bil | Perkara
|
2018(RM) | 2017(RM) | Kenaikan 2018/2017 % |
1. | Kutipan Zakat | 651,228,032.94 | 615,199,108.06 | +6% |
Bil | Perkara
|
2018 (Jumlah Orang) | 2017 ( Jumlah Orang) | Kenaikan 2018/2017 % |
1. | Pembayar Zakat | 180,958 | 169,372 | +7% |
Bil | Kutipan Zakat Mengikut Jenis Zakat | 2018 | 2017 | Kenaikan 2018/2017 % |
1. | Zakat Pendapatan | 445,442,587.94 | 408,848,038.25 | +9% |
2. | Zakat Perniagaan | 118,140,629.41 | 122,142,889.95 | -3% |
3. | Zakat Simpanan | 45,951,227.27 | 42,812,531.38 | +7% |
4. | Zakat Harta | 38,021,846.21 | 37,738,539.11 | +1% |
5. | Qadha Zakat | 777,187.41 | 1,071,490.83 | -27& |
6. | Lain – lain kutipan | 2,894,554.70 | 2,585,618.54 | +12% |
Ternyata pelbagai inisiatif yang telah dibuat oleh PPZ-MAIWP bagi membantu meringankan beban golongan fakir miskin atau asnaf (yang layak menerima zakat) ini.Sekurang-kurangnya inisiatif yang dilaksanakan PPZ-MAIWP seumpama ini dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka yang yang amat memerlukan.
PERANAN SEBENAR PPZ-MAIWP
Untuk pengetahuan semua yang masih belum jelas atau keliru dengan peranan dan juga tanggungjawab PPZ-MAIWP, diperjelaskan di sini, bahawa PPZ-MAIWP merupakan badan yang bertanggungjawab mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Manakala Baitulmal-MAIWP pula bertanggungjawab bagi pengagihan zakat.
Jadi, sebelum menyalahkan mana-mana institusi adalah lebih baik kita fahami terlebih dahulu tentang peranan, fungsi ataupun objektif mereka terlebih dahulu. Kena baca dan buat research sedikit sebelum lantang bersuara!
PENGAGIHAN KUTIPAN ZAKAT
Kesemua kutipan zakat yang telah diterima itu akan diagihkan oleh pihak Baitulmal MAIWP mengikut:
- Bantuan kewangan bulanan
- Bantuan sewa rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah
- Bantuan pelajaran kepada anak-anak
- Bantuan perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan
- Bantuan perniagaan sekiranya mreka ada membuat perniagaan kecil-kecilan
Di samping itu demi kelangsungan pendidikan kepada semua golongan, pihak Baitulmal juga turut menyediakan pelbagai kemudahan.Antaranya:
- Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri.
- SMA- MAIWP Labuan
- Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bandar Tun Razak.
- Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan
- Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan
- Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda
- Darul Ilmi di Sungai Penchala
- Pondok moden Al-A’Baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak
- Ma’alim al – Sunan Li dirasati al-Sunnah al- Nabawiyyah
Manakala bagi Institusi Perlindungan dan Kebajikan pula:
- Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak untuk anak-anak yatim
- Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk pemulihan wanita yang terjebak dalam gejala sosial.
- Darul Hidayah – perlindungan untuk muallaf
Untuk tahun 2019 ini, PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan sebanyak RM710 juta dengan pembayar seramai 190 orang di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan.
Antara Perancangan PPZ-MAIWP Bagi Tahun 2019:
- Mengadakan program–program untuk mendapatkan pembayar baru zakat.
- Kempen Penambahan Potongan Gaji.
- Kempen VVIP dan VIP di sektor awam dan swasta.
- Program khas untuk syarikat GLC dan GLIC bagi zakat perniagaan.
- Projek khas bagi mengekalkan pembayar sedia ada.
- Pembangunan sistem baru untuk menyokong kutipan zakat.
- Kempen syarikat-syarikat SME untuk membayar zakat perniagaan.
- Pelantikan ejen kutipan zakat baru di universiti.
- Penjenamaan semula Kaunter Zakat menjadi Pusat Perkhidmatan Zakat.
- 10.Kajian-kajian syariah untuk memperkemaskan fatwa-fatwa berkenaan zakat.
- Pembangunan modal insan yang berterusan bagi memberi teknik-teknik terkini berkenaan pemasaran berkesan.
- Meningkatkan prospek dan sahabat zakat untuk menjadi pembayar zakat.
- Kempen Skim Thohir di sektor awam.
- Kolaborasi bersama pihak luar.
- Menambahbaik saluran bayaran zakat.
- Mempromosikan pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan sendiri oleh pembayar zakat (Wakalah).
- 17.Mempromosikan larangan mengutip zakat oleh ejen yang tidak bertauliah di Wilayah Persekutuan.
- Merealisasikan kewujudan Akta Zakat Wilayah Persekutuan.
- Program–program bersama pembayar besar di Wilayah Persekutuan.
- Menjalankan promosi Tabung Didik Zakat.
Nampaknya Pusat Pungutan Zakat begitu komited untuk membantu golongan asnaf keluar dari kepompong kemiskinan. Sekiranya anda tergolong dalam asnaf yang benar-benar memerlukan bantuan,jangan teragak-agak untuk menghubungi PPZ-MAIWP. Begitu juga buat anda yang mahu berzakat atau inginkan pencerahan yang lebih jelas tentang zakat, hubungi pihak PPZ-MAIWP kerana mereka sentiasa bersedia untuk membantu anda.
Berzakat (jika cukup syaratnya) yang telah kita lakukan ini bukan hanya memberikan manfaat kepada kehidupan kita dan juga asnaf yang berhak. Malahan turut menjana ekonomi umat Islam itu sendiri. Alangkah ruginya jika kita tidak merebut peluang baik ini untuk sebuah kehidupan yang lebih berkat dan mulia di sisi Nya!
Untuk keterangan lanjut, sila layari
Website: www.zakat.com.my