Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu

PRODUK CELLAPY RED CICA+ TERBAIK UNTUK KULIT MUKA BERMASALAH

Posted on 04/15/202110/26/2021 by 123mamanet

Jika anda berhadapan dengan masalah kulit wajah sensitif, berjerawat ataupun berminyak, bolehlah cuba produk kecantikan berasal dari Korea,Cellapy Red Cica+

Rangkaian produk Cellapy diperluaskan oleh Dr. J.H. Kim, pakar dermatologi Korea yang mempunyai pengalaman klinikal selama 17 tahun. Beliau telah  merawat lebih daripada 50,000 pesakit, dan jenama ini digunakan oleh 2,500 pusat dermatologi di Korea Selatan.

Siri Cellapy Red Cica+ sememangnya dibuat khusus untuk anda yang memiliki kulit wajah mudah berjerawat/berminyak.Cellapy Red Cica+ Complex diformulasikan dari 5 ramuan utama iaitu Centella Asiatica Extract, Madecassoside, Madecassic Acid, Asiaticoside dan Asiatic Acid untuk memberikan kestabilan kulit yang bermasalah sambil memperbaiki serta memulihkan luka dan parut yang membekas.

Manakala kandungan Panthenol dan Betaglucan adalah untuk mengawal dan menjaga keseimbangan minyak dan air.Secara tak langsung kulit akan menjadi lebih kuat, terhalang dari rangsangan luar yang merosakkan kulit wajah dan tekstur kulit pun menjadi lebih baik.  

Siri Cellapy Red Cica+ Dirumus Khas Untuk:

  • Kulit berminyak yang mengalami keradangan kulit.
  • Kulit sensitif terdedah kepada kerengsaan akibat rangsangan luaran.
  • Kulit bermasalah dengan nisbah minyak-air yang tidak seimbang serta berjerawat.
  • Jenis kulit yang terkena masalah kulit kronik:-
  • Kulit rapuh dan kasar.
  • Kulit yang menghasilkan sebum berlebihan.

4 LANGKAH MUDAH PENJAGAAN WAJAH MENGGUNAKAN SIRI CELLAPY RED CICA+:

Langkah 1 – Bersihkan Wajah Dengan Cellapy Red Cica+ All Clear Cleansing Foam

Jika anda mempunyai kulit yang mudah berjerawat dan berminyak, ini bermakna liang pori-pori kulit wajah anda cenderung tersumbat oleh segala kekotoran dan sel-sel kulit mati.

Gunakan Cellapy Red Cica+ All Clear Cleansing Foam, dua kali sehari (pagi dan malam). Cellapy Red Cica+ All Clear Cleansing Foam menghasilkan buih yang sangat halus  dan cukup efektif uantuk membersihkan pori-pori tersumbat serta kotoran.

Cellapy Red Cica+ All Clear Cleansing Foam mengandungi AHA, BHA untuk pengelupasan kulit dan membuang semua sel kulit mati yang menyumbat liang pori.Selain membersihkan secara mendalam, pembersih muka ini juga berupaya  melembapkan serta menyegarkan kulit wajah.

Langah 2 – Gunakan Cellapy Red Cica+ All Clear Essence

Selepas mencuci muka, anda gunakan pula Cellapy Red Cica+ All Clear Essence, versi toner ini yang sangat berkesan untuk merawat masalah kulit/memperbaiki tekstur kulit sambil meningkatkan penyerapan nutrien supaya kulit menjadi lebih sihat.

Ini adalah langkah penting untuk mengawal nisbah minyak-air yang seimbang agar kulit tidak terganggu. Tekstur Cellapy Red Cica+ All Clear Essence. Ringan, jenis cecair dan mudah menyerap ke dalam kulit, menjadikan kulit wajah terasa lembut dan segar. 

Langkah 3 – Lembapkan Wajah Dengan Cellapy Red Cica+ All In One Cica Cream

Ucapkan selamat tinggal kepada masalah kulit berminyak atau berjerawat  dengan Cellapy Red Cica + All In One Cica Cream. Krim seperti gel ini cukup menyegarkan dan mampu mengawal nisbah minyak-air di kulit wajah.

Efektif untuk merawat kulit yang mudah teriritasi oleh rangsangan luaran,menghasilkan penghalang kulit yang kuat  serta memperbaiki tekstur kulit yang lebih baik.

Ia terdiri daripada 5 pati ramuan, iaitu 4 ekstrak tumbuhan dan sifat anti-radang yang berkesan. Ia juga dilengkapi dengan kemampuan kawalan sebum yang sangat baik. Seeloknya guna dua kali sehari ( pagi dan malam)

Langkah 4 – Sembuhkan Dengan Cellapy Red Cica+ All Clear Conditioning Cream

Jika kulit wajah anda agak teruk, dengan masalah jerawat dan berminyak, jangan abaikan untuk menggunakan  Cellapy Red Cica+ All Clear Conditioning Cream.

Ia dirumus khas untuk segera merawat kulit bermasalah dengan mengurangkan keradangan, melegakan kemerahan dan bengkak. Ia juga dilengkapi dengan kesan pemutihan untuk mencerahkan warna kulit kusam dan meringankan bekas jerawat. 

Di samping itu ia turut memberikan tahap kelembapan yang tepat untuk kulit anda sambil menstabilkan pengeluaran sebum untuk mencegah pembentukan jerawat yang tidak diingini.

Gunakan ini sebagai langkah terakhir rutin penjagaan kulit asas anda. Sapukan secara merata ke kawasan yang bermasala. Gunakan 2 kali sehari, siang dan malam. Sekiranya anda menggunakannya sebelum tidur, ia boleh memberikan kesan menenangkan pada kulit anda.

Nak tahu lebih lanjut layari: 

Website: https://cellapy.com.my/red-cica

Facebook: https://www.facebook.com/Cellapy.MY/

Instagram: https://www.instagram.com/cellapy_my/

Selamat mencuba produk Cellapy Red Cica+

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme