Anda mempunyai kulit wajah yang sensitif? Anda boleh cuba rangkaian produk Nutox Youth Restoring. Ia adalah penyelesaian revolusioner bagi memenuhi keperluan anti-penuaan dan kulit sensitif.
Kemerahan, ruam, jerawat dan gatal-gatal merupakan sebahagian daripada petanda kulit sensitif. Dengan konsep tiada kompromi dalam satu inovasi, rangkaian Nutox Youth Restoring mensasarkan dua masalah kulit, diperkaya dengan tiga teknologi anti-penuaan yang menjadi tanda pengenalan Nutox untuk kulit sensitif anda.
Anti Penuaan
Dihasilkan untuk memberi manfaat anti-penuaan yang sama tahapnya dengan produk utama Nutox, barisan baru Nutox Youth Restoring ini berupaya meningkatkan penghasilan kolagen.
Bukan itu sahaja, bahkan dapat memperbaiki keanjalan kulit tanpa menimbulkan masalah keradangan kulit. Secara tak langsung, membuatkan produk ini selamat dan berkesan bagi kulit sensitif.
Lagipun ia diformulasi secara teliti supaya hipoalergenik dan mempunyai pH seimbang agar dapat melindungi pertahanan kulit. Dihasilkan tanpa bahan pewangi berbahaya, paraben, pewarna dan alkohol, rangkaian Nutox Youth Restoring ini juga telah menjalani ujian dermatologi untuk melawan tanda anti-penuaan tetapi masih kekal lembut pada kulit.
Meresap Jauh Ke Dalam Kulit
Rangkaian produk terbaru ini terdiri daripada Nutox Youth Restroring Advance Serum Concentrate yang diperkaya dengan bahan penentang-umur yang boleh meresap jauh ke dalam kulit, memperbaiki struktur kulit dan mempercepatkan penghasilan kolagen dan elastin.
Walaupun tekstur serum ini ringan dan cukup lembut, ia juga mampu menyokong keperluan kulit sensitif yang sedang menua, membuatkan kulit ketara lebih lembut, licin dan muda selepas digunakan.
Di samping itu, ia dihasilkan menggunakan teknologi yang menjadi tanda pengenalan Nutox, barisan Nutox Youth Restoring ini mengandungi Oxyfusion dan Actigenic+ sebagai tambahan kepada Kolagen Sarang Burung yang memang banyak manfaatnya.
Menurut Vicky Lim, Ketua Pemasaran Tohtonku Sdn Bhd, di Nutox, mereka sentiasa menginovasi untuk menghasilkan formula yang lebih baik bagi memenuhi keperluan kulit yang berbeza.
“Untuk memastikan produk penjagaan kulit anti-penuaan boleh dicapai oleh pengguna yang mempunyai kulit sensitif, kami teruja untuk melancarkan produk baru kami Rangkaian Nutox Youth Restoring yang menawarkan hasil Nutox yang sama iaitu lembut pada kulit sensitif anda!
Kami percaya bahawa kami tidak patut berkompromi dalam soal penjagaan kulit sensitif dan mengekalkan kulit muda dan segar seperti mana kami percaya wanita moden perlu diperkasakan untuk menjalani kehidupan sebaik mungkin tanpa ada kompromi.”
Bagi mencerminkan kemampuan barisan produk baru ini menangani dua masalah kulit ini secara serentak tanpa beralah, Rangkaian Nutox Youth Restoring menegaskan mesej kempen “Tiada Kompromi”, bertujuan untuk memberi inspirasi dan menggalakkan wanita di mana sahaja supaya tidak berkompromi dalam soal nilai diri dan gaya hidup mereka.
Antara produk Nutox Youth Restoring adalah:
- Nutox Youth Restoring Cleansing Gel 150ml berharga RM39.00
- Nutox Youth Restoring Treatment Lotion 150ml berharga RM69.90
- Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate 30ml berharga RM95.90
- Nutox Youth Restoring Eye Refiner 15ml berharga RM69.90
Jom, Beli Sekarang!
Rangkaian produk Nutox Youth Restoring dipasarkan pada harga runcit RM 39 hingga RM 95.90 dan boleh didapati secara online di Watsons, Guardian dan Lazada.