Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Projek CSR

PROJEK CSR #DariHati123mamanet KEMBALI LAGI BERSEMPENA ULANG TAHUN BANDARAYA SHAH ALAM KE-22 TAHUN

Posted on 10/18/202201/31/2023 by 123mamanet

Projek CSR | Projek CSR #DariHati123mamanet kembali lagi setelah sekian lama tidak mengadakan program amal (CSR) bersama MBSA menerusi program Eco Free Market, bersempena Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam yang ke -22 tahun.

Isi Kandungan hide
1 Projek CSR #darihati123mamanet Kali ke – 9 Penganjuran

Sambutan tersebut diadakan pada 16 Oktober bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.Objektif program ini merupakan salah satu usaha 123mamanet.com untuk turut sama membantu meringinkan beban golongan yang memerlukan terutama yang terkesan dengan pendemik Covid-19.

Di samping itu, projek #dari hati123mamanet ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam serta para pembaca www.123mamanet.com agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban golongan susah yang lebih memerlukan sumbangan serta disantuni.

Projek CSR
Booth 123mamanet kena serbu!
projek csr
Barangan keperluan dapur sumbangan individu-individu turut diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Projek CSR
Booth 123mamanet turut menerima kunjungan Tuan Mohd Rashidi, Timbalan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Y.B. Tuan Mohd Najwan Halimi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik

Artikel Lain: Projek CSR #darihati123mamanet

Projek CSR #darihati123mamanet Kali ke – 9 Penganjuran

Projek CSR #darihati123mamanet ini merupakan kali ke – 9 penganjurannya dalam memenuhi tanggungjawan social korporat. Mudah-mudah lebih badan-badan korporat dan juga individu yang berkemampuan sudi bekerjasama serta menghulurkan bantuan untuk meringinkan beban golongan yang kurang bernasib baik ini.

Untuk usaha murni ini, 123mamanet.com rasa agak bertuah kerana selain menerima sumbangan kewangan daripada individu bagi membeli barangan keperluan dapur seperti gula, tepung, meehon dan lain-lain, kami juga turut mendapat tajaan daripada Ayamas Kitchen berupa santan kelapa kotak. Apa yang istimewanya santan Ayamas Kitchen ini dihasilkan melalui suhu ultra tinggi (UHT) dan tidak ada bahan pengawet.

Projek CSR
Santan Kelapa Ayamas Kitchen antara barangan yang disumbangkan
Projek CSR
Produk penjagaan diri tajaan Guardian Malaysia

Artikel Lain: Santan Kotak Ayamas Kitchen

projek CSR
Antara anak yatim dari Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras menerima sumbangan daripada IN.Deed Communications

Selain itu, IN.Deed Communications turut menghulurkan sumbangan berupa beg laptop, dumbbell squeeze untuk senaman tangan, set travel organizer bag, tuala wanita dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan Guardian Malaysia, turut menyumbangkan barangan penjagaan diri seperti mandian, syampu dan macam-macam lagi.

Projek CSR
Tuan Mohd Rashidi, Timbalan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Y.B. Tuan Mohd Najwan Halimi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik turut sama menyampaikan sumbangan para penaja.

Apa yang lebih mengembirakan, Tuan Mohd Rashidi, Timbalan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Y.B. Tuan Mohd Najwan Halimi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik sudi menyantuni anak-anak yatim dari Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras untuk menerima sumbangan daripada pihak penaja di booth kami.

projek CSR

Mudah-mudah untuk akan datang, projek CSR #darihati123mamanet dapat diteruskan lagi dan menerima lebih banyak lagi tajaan golongan korporat dalam menjayakannya. Terima kasih tak terhingga buat para penaja, Ayamas Kitchen, IN.Deed Communications, Guardian Malaysia dan individu-invidu berkemampuan kerana sudi menghulurkan sumbangan tersebut. Ada rezeki, tajalah lagi nanti!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme