Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
PROJEK DMR-CSR

PROJEK DMR-CSR ZIARAH RAMADAN #DARIHATI123MAMANET BERSAMA MPP Zon 15 SHAH ALAM

Posted on 05/25/201906/10/2019 by 123mamanet

Mengambil kesempatan keindahan dan keberkatan bulan Ramadan, DMR telah menganjurkan Projek DMR-CSR, Ziarah Ramadan #darihati123mamanet.

Projek DMR-CSR Ziarah Ramadan #darihati123mamanet adalah kolaborasi bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 15, Shah Alam dan QSR Brands(M) Holding Bhd selaku penaja utama. Kami berkunjung ke-5 buah rumah orang kurang upaya (OKU) yang kurang berkemampuan dan amat memerlukan bantuan di sekitar Kg. Sg Kandis, Seksyen 36 Shah Alam.

  • Projek DMR-CSR
  • Projek DMR-CSR

Program Ziarah Ramadan yang julung kali diadakan oleh DMR ini adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan berupa keperluan asasi serta menyelami kelangsungan hidup keluarga tersebut menjelang Hari Lebaran.

Projek DMR-CSR

Turut hadir sewaktu majlis penyerahan sumbangan Projek DMR-CSR ini ialah Encik Abdul Manaff Yusoff, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA), MaJlis  perwakilanPenduduk (MPP) Zon 15 dan Encik Ahmad Fahmi Hanafiah, Setiausaha Ke Hormat MPP Zon 15 serta individu-individu yang terlibat dalam projek amal ini.

Projek DMR-CSR Bantu Pesakit Terlantar Akibat Diserang Strok

  • Projek DMR-CSR
  • Projek DMR-CSR

Kunjungan pertama kami ialah ke rumah Encik Khairuddin Saleh, berusia 60 tahun. Sudah hampir setahun dia terlantar akibat diserang strok pada bulan puasa tahun lepas. Di samping itu, beliau yang dijaga oleh anak saudaranya ini juga menghidap penyakit kencing manis.

  • Projek DMR-CSR
  • Projek DMR-CSR

Rumah kedua yang kami kunjungi ialah Puan Sian Hassan, 83 tahun yang tinggal bersama anak perempuannya. Setahun lalu, dia telah diserang strok sehingga membuatkan dia terlantar sebegitu. Segala makan minumnya hanya melalui tiub sahaja.

  • Projek DMR-CSR
  • Projek DMR-CSR

Rumah ketiga yang kami kunjungi ialah Encik Mohd Yusof Ishak,74 dan Puan Zabedah Mohd, 66 yang mempunyai seorang anak yang kurang upaya.

Ketabahan pasangan suami isteri ini amat dikagumi, walaupun Mohd Mahathir, 26 tahun terlantar sejak kecil lagi namun mereka tidak mahu menyerah kalah. Jauh sekali menyesali ketentuan takdir. Segala kasih sayang dan perhatian tetap dicurahkan kepada anak kesayangannya ini.

Sumbang Bakti Menjaga Ibu

  • Projek DMR-CSR
  • Projek DMR-CSR
  • Projek DMR-CSR
  • Projek DMR-CSR

Rumah keempat yang kunjungi adalah milik Puan Yan Maliki, 87 tahun yang dijaga oleh anaknya, Nina Abdul Samad. Nina yang tinggal bersama Puan Yan, berasa bertuah kerana dapat menyumbangkan bakti untuk menjaga ibunya itu. Penglihatan Puan Yan semakin kabur dan turut menghidap sakit lutut kronik.

  • Projek DMR-CSR
  • Projek DMR-CSR

Seterusnya kami menyampaikan sumbangan tersebut ke rumah terakhir iaitu milik pasangan warga emas. Encik Zailan Saroji, 74, dan Suminah Hj. Ali, 70 tahun.

Pasangan veteran ini mempunyai 16 orang anak dan mereka tinggal berdekatan. Kesihatan pakcik Zailan yang dahulunya bekerja sebagai pengali kubur ini agak terjejas sejak 3 tahun lalu. Selain sakit lutut kronik, kini penglihatannya di sebelah kanan sudah tidak jelas lagi.

Selain berasa gembira kerana dapat berkongsi rezeki, sedikit sebanyak sumbangan yang dihulurkan ini dapat membantu meringankan persediaan mereka untuk menyambut lebaran nanti.

Projek DMR-CSR

Insya-Allah ada rezeki nanti projek amal sebegini akan kami teruskan. Mudah-mudahan lebih ramai lagi yang sudi menderma ataupun berminat untuk bersama-sama kami menjayakan Projek DMR-CRS #darihati123mamanet ini.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme