Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
PromasterSkill Academy menawarkan kelas kecantikan profesional di Malaysia

PromasterSkill Academy – TVET & Estetik Profesional Malaysia

Posted on 08/24/202508/24/2025 by 123mamanet

PromasterSkill Academy adalah institusi latihan kemahiran berdaftar di bawah pimpinan Is. Dr. Teacher Mastura Hj. Idris, fokus pada pembangunan bakat, kemahiran dan profesionalisme dalam industri kecantikan, estetik dan keusahawanan.

Isi Kandungan hide
1 TVET untuk Semua – Peluang Kerjaya Masa Depan
2 Pengalaman Lawatan 123mamanet
3 Kursus & Program TVET Profesional
4 Professional Diploma in Beauty Aesthetics Management
5 Fokus Kepada Anak Muda
6 Bukan Sekadar Pusat Latihan
6.1 Berita Baik!

Akademi ini menyediakan laluan pendidikan TVET Malaysia yang fleksibel dan profesional bagi anak muda yang ingin membina kerjaya atau menjadi usahawan dalam bidang kecantikan.

Is. (Dr) Teacher Mass bersama pasukan staf pusat kecantikan

TVET untuk Semua – Peluang Kerjaya Masa Depan

PROMASTERSKILL menekankan pendidikan TVET Malaysia sebagai laluan untuk:

  • Membina kemahiran praktikal dan profesional

  • Mengiktiraf pengalaman kerja melalui RPEL (Recognition of Prior Experiential Learning)

  • Memberi peluang kedua kepada lepasan SPM yang ingin berjaya tanpa bergantung sepenuhnya pada keputusan akademik

Program ini terbuka kepada lelaki dan perempuan, menggalakkan minat dan bakat individu untuk diterjemahkan menjadi kemahiran yang berdaya saing.

dr-teacher-mass-bersama-blogger-tiktokers-lip-scrub-workshop.jpg
Sesi bengkel lip scrub bersama Is.Dr.Teacher Mass, para blogger & TikTokers 

Pengalaman Lawatan 123mamanet

Baru-baru ini, 123mamanet dijemput ke Wisma PromasterSkill Academy di Bandar Tun Hussein Onn, iaitu cawangan ke-2 The Beauty Expert Aesthetic. Lawatan ini bukan sekadar memberi gambaran jelas tentang modul pembelajaran dan kemudahan moden yang ditawarkan.

Malah turut memperluaskan pemahaman masyarakat tentang visi akademi ini bahawa PromasterSkill bukan hanya pusat kemahiran kecantikan atau bengkel pendek, tetapi sebuah pusat transformasi kerjaya dengan peluang pendidikan lebih mendalam.

Menariknya, dalam lawatan ini 123mamanet juga berpeluang menyertai bengkel mini di ruang teori bersama Is. Dr. Teacher Mastura yang lebih dikenali sebagai Teacher Mass.

Kami belajar cara menghasilkan lip scrub organik menggunakan bahan semulajadi. Prosesnya ternyata tidak sukar, namun memerlukan sukatan tepat dan pemilihan bahan yang selamat, halal serta mesra pengguna.

Pengalaman ini memberi gambaran jelas bagaimana kaedah hands-on di PROMASTERSKILL membina kemahiran praktikal yang boleh terus diaplikasikan dalam dunia sebenar.

Bilik Teori dan Praktikal TVET di PromasterSkill Academy dengan kemudahan lengkap dan modul kecantikan

Level 1 – Bilik Teori & Praktikal TVET:

  • Kapasiti 50 pelajar dengan ruang selesa

  • Modul praktikal merangkumi facial, body massage, henna, rekaan kening, eyelash, makeup  dan lain-lain.

  • Semua peralatan disediakan, tidak perlu membawa kelengkapan sendiri

  • Kemudahan tambahan: dapur, bilik rehat, surau, tandas dan lain-lain lagi.

Ruang latihan pusat kemahiran Level 2 dengan fasiliti manicure, pedicure, reflexology dan hair spa

Level 2 – Pusat Kemahiran:

  • Fokus pada pedicure & manicure, reflexology, head spa dan servis estetika lain

  • Pelajar mempraktikkan kemahiran secara hands-on

  • Orang awam berpeluang mencuba rawatan dengan harga promosi

Kursus & Program TVET Profesional

PROMASTERSKILL  menawarkan lebih 25 kursus profesional dalam bidang kecantikan, estetika, digital dan perniagaan:

Bidang Kecantikan & Estetik:

  • Skincare & Facial Therapy

  • Body Therapy & Massage Techniques

  • Professional Makeup & Grooming

  • Hairdressing & Salon Management

  • Manicure, Pedicure & Nail Art

  • Head Spa (Japanese Style)

  • Henna Art & Eyebrow Embroidery

  • Advanced Facial & Aesthetic (BB Glow, Microneedling, PRP)

Digital & Perniagaan:

  • Digital Marketing & Social Media Branding

  • E-Commerce & Mobile Business Setup (Spa Bergerak)

  • Multimedia, Web Design, UI/UX

  • AI for Beginners

Pengurusan & SOP:

  • Spa Receptionist Professional

  • Client Care & Complaint Handling

  • SOP Urutan, Facial & Hygiene

Professional Diploma in Beauty Aesthetics Management

Program ini membolehkan individu dewasa tanpa sijil formal mendapat Diploma Profesional TVET melalui RPEL.

Modul Diploma:

  1. Skincare & Facial Therapy

  2. Body Therapy & Massage Techniques

  3. Professional Makeup & Grooming

  4. Beauty Equipment & Technology

  5. Salon & Spa Management

  6. Marketing & Branding for Beauty Business

  7. Customer Service & Professional Ethics

  8. Entrepreneurship in the Beauty Industry

Syarat kemasukan: minat dalam kecantikan, pengalaman tidak wajib dan berumur 21 tahun ke atas.

Fokus Kepada Anak Muda

PROMASTERSKILL  memberi peluang kepada:

  • Lepasan SPM, diploma dan graduan yang ingin memulakan kerjaya

  • Individu ingin meningkatkan kemahiran (upskill)

  • Usahawan baharu dalam industri kecantikan

  • Anak muda yang ingin mengubah minat menjadi kemahiran berbayar

Dengan pengiktirafan TVET Malaysia, RPEL, HRD Corp dan sokongan antarabangsa, akademi ini menyediakan laluan praktikal, profesional dan berdaya saing untuk generasi muda.

Bukan Sekadar Pusat Latihan

dr-teacher-mass pengasas spa kecantikan dan aesthetic

PromasterSkill Academy bukan sekadar pusat latihan, tetapi hab TVET & estetik bertaraf antarabangsa. Dari kursus asas hingga Diploma Profesional melalui RPEL, akademi ini membantu anak muda membina kerjaya, menjadi usahawan dan menguasai kemahiran berharga yang dicari industri.

Is. Dr. Teacher Mass

Berita Baik!

Promasterskill Academy turut menawarkan peluang eksklusif untuk anda yang ingin merasai sendiri pengalaman rawatan kecantikan dengan harga istimewa, hanya RM100 bagi 3 jenis rawatan pilihan.

Hubungi: 03-90815439 | 011-29821327 | 014-2247484 atau email kepada promasterskillglobal@gmail.com

TVET hari ini, kerjaya profesional masa depan di PromasterSkill Academy!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry

Recent Posts

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme