KINI FUNGSI BEG TANGAN WANITA BUKAN HANYA UNTUK MENYIMPAN BARANG-BARANG PENTING SEPERTI DOMPET, TELEFON BIMBIT DAN ALAT MEKAP, TETAPI JUGA UNTUK MENYERLAH KAN LAGI PENAMPILAN KITA SEBAGAI SEORANG WANITA.
Kadang-kadang kita boleh jadi pening atau rambang mata mahu memilih atau membeli beg tangan yang sesuai dengan kita.
5 TIP APABILA INGIN MEMILIH ATAU MEMBELI BEG TANGAN WANITA:
- UKURAN ATAU SAIZ
Pastikan ukuran atau saiz beg tangan yang kita sukai itu sesuai dengan bentuk badan kita.
Jika kita termasuk dalam kategori wanita yang tinggi dan langsing, tak jadi masalah jika kita memilih beg tangan wanita yang ukurannya agak besar kerana ia akan membuatkan kita nampak lebih sempurna.
Jika kita memiliki bentuk badan yang besar dari bahagian pinggang ke bawah, cara terbaik untuk menyamarkannya adalah dengen memilih beg tangan bersaiz kecil dengan tali yang pendek. Beg tangan wanita jenis ini sesuai dikepit di bawah lengan.
Jika kita termasuk dalam kategori yang mempunyai bentuk badan yang agak besar di bahagian atas, beg tangan wanita yang lebih besar dan bertali panjang lebih sesuai.
- WARNA YANG SERASI
Efek yang paling menonjol daripada sebuah beg tangan adalah warnanya.
Penampilan kita akan jadi lebih sempurna atau terserah apabila menggayakan pakaian yang sesuai dengan warna beg tangan.
Jika kita memakai pakaian yang berwarna gelap, padanan warna yang sesuai adalah beg tangan wanita berwarna terang. Begitulah sebaliknya, andaikata kita memilih untuk mengenakan pakaian berwarna terang, pastikan kita memadupadankan dengan beg tangan berwarna gelap.
Warna beg tangan wanita yang paling selamat untuk digayakan dengan mana-mana warna pakaian adalah warna hitam dan coklat. Biasanya kedua warna ini serasi dengan mana-mana baju yang kita ada.
- REKAAN ATAU JENIS BEG TANGAN
Ada pelbagai jenis atau rekaan beg tangan wanita, dan tentu ramai diantara kita yang belum mengetahui namanya dengan pasti.
* TOTE BAG
Jika kita jenis wanita yang suka menyumbat banyak barang ketika bersiar-siar, tote beg boleh menjadi pilihan yang tepat. Beg tangan jenis ini boleh memuat banyak barang dan boleh dijinjing dengan sebelah tangan.
* CLUTCH BAG
Clutch bag adalah jenis beg tangan wanita yang berbentuk seperti kotak. Ciri khas clutch bag adalah penutup yang diperbuat dairpada stainless steel yang kuat dan elegan.
Rekaannya juga sangat variatif dan boleh dipilih sesuai dengan keperluaan. Ada juga clutch bag yang dilengkapi denga tali supaya kita jadi lebih mudah untuk memakainya.
* WRISTLET WALLET
Digayakan dipergelangan tangan (wrist), beg tangan kecil atau pouch dompet ini dipanggil wristlet.
Bentuknya seakan clutch nipis dengan tambahan tali untuk digayakan di pergelangan tangan. Dompet ini dikenali sebagai wristlet wallet dan memang sesuai digayakan untuk kita menyempurnakan penampilan ketika menghadiri udangan majlis.
* MINI BACKPACK
Beg tangan wanita jenis ini mampu membuatkan kita nampak lebih sporty dan sesuai digayakan ketika beraktiviti sangat.
Terdapat banyak pilihan material daripada mini backpack, daripada kulit sampailah ke material jenis denim. Jadi, tidak hairanlah beg tangan ini disukai oleh remaja dan juga wanita matang.
* SHOULDER BAG
Shoulder bag ini dipakai dengan cara meletakkannya pada salah satu bahu. Bahagian tali ada yang pendek atau panjang. Biasanya shoulder bag yang bertali panjang dipanggil sling bag.
*QUILTED BAG
Semua jenis beg tangan wanita, sama ada diperbuat daripada material kulit ataupun kain yang bermotif (dijahit seperti selimut daripada kain perca) dipanggil quilted bag.
Motif kotak-kotak diamond pada permukaan beg merupakan ciri-ciri khas beg ini. Quilted bag ini sesuai dipakai ketika kita menghadiri majlis-majlis formal. Pilihan warna beg ini cenderung neutral dan kelihatan cukup elegan.
* BAGUETTE BAG
Merupakan beg tangan dengan ukuran tali yang pendek dan bentuknya memanjang. Bagi kita yang tidak suka membawa banyak barang sesuai sangat menggayakan baguette bag ini.
Beg jenis baguette ni juga mempunyai pelbagai corak, warna dan rekaan yang mampu memenuhi selera kita.
- MATERIAL DAN KUALITI
Sebenarnya dalam memilih beg tangan wanita, kita bukan sekadar melihat pada bentuk, warna dan juga rekaannya sahaja. Meterial dan kualiti beg tersebut perlu juga diambil kira.
Beg tangan daripada material kulit original lebih tahan berbanding material biasa. Tetapi harganya lebih mahal berbanding dengan beg tangan material lain seperti pvc, plastik, kanvas ataupun denim.
Nasihat Mamanet, jadilah pengguna yang bijak. Sebaiknya jika anda mahu berjimat tetapi pada masa yang sama mementingkan kualiti, elakkan membeli beg tangan semata-mata kerana jenama.
Banyak jenama terkenal (di Malaysia) menggunakan metarial yang murah semata-mata mahu menarik lebih ramai orang membeli beg mereka. Apa gunanya anda membeli beg berjenama C atau G dengan harga beribu sedangkan anda hanya dapat PVC atau kulit campuran?
Sedangkan anda boleh membeli beg tangan kulit tulen yang sangat berkualiti daripada Oroton (Australia) yang sering mengadakan sales sehingga 70%. Orotan ini ada di Johore Premium Outlet (JPO). Sangat berbaloi.
Itulah beberapa info berguna tentang beg tangan wanita. Semoga bermanfaat untuk semua.