Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Rambut Menawan

Rambut Menawan, Keyakinanmu, Bersama Sunsilk

Posted on 07/27/201607/27/2016 by 123mamanet

Rambut MenawanRAMBUT menawan memberikan keyakinan kepada kebanyakan wanita. Lebih-lebih lagi anak gadis dan remaja, kerana produk penjagaan rambut yang sesuai boleh membantu mereka menyerlahkan lagi penampilan masing-masing.

Isi Kandungan hide
1 Sunsilk Sebagai jenama syampu dan perapi rambut nombor 1

 

 

Rambut Menawan

Jadi sebab itulah Sunsilk sentiasa mendahului usaha untuk menyuntik keyakinan di kalangan wanita dan menghidupkan semangat persaudaraan untuk menyokong satu sama lain.

 

Dengan janji jenama “rambut menawan, keyakinanmu”, Sunsilk melancarkan semula lapan (8) varian utama produk penjagaan rambutnya, dengan memperkenalkan formula dan rupa bentuk yang terbaru.

Sunsilk Sebagai jenama syampu  dan perapi rambut nombor 1

Dari luar, rangkaian produk penjagaan rambut terbaru jenama yang berwajah baru tampak lebih menarik dan segar manakala di dalam botolnya terkandung formula yang ditambah baik dan memberi kesan lebih menakjubkan.

 

Rambut Menawan

Berucap di majlis pelancarannya, Vincent Chong, Pengarah Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. berkata, “Sebagai jenama syampu  dan perapi rambut nombor 1* di Semenanjung Malaysia, Sunsilk memikul tanggungjawabnya sendiri; dan komitmen kami adalah untuk sentiasa mencipta inovasi dan membawakan produk penjagaan rambut yang terbaik untuk pengguna kami. Kami sentiasa mengikuti perkembangan dan perubahan mereka.

 

Kami sedar bahawa sudah tiba masanya untuk kami menaik taraf pembungkusan Sunsilk dan memperkukuh formula produk kami dengan teknologi terbaru bagi membolehkan kami terus menjadi rakan penjagaan rambut yang diyakini gadis-gadis Sunsilk kami.”

 

Formula inovatif Sunsilk telah diperkukuh untuk memberi penyelesaian penjagaan rambut yang terbaik. Ditambah baik dengan teknologi terkini, lapan (8) varian jenama telah diperkaya dengan protein, vitamin dan minyak semula jadi yang berkhasiat dan berkesan untuk memenuhi keperluan penjagaan rambut yang berlainan. Setiap varian telah dicipta semula bersama barisan pakar penjagaan rambut yang terkenal, iaitu Yuko Yamashita, Dr. Francesca Fusco, Thomas Taw dan Jamal Hammadi untuk memastikan penjagaan terbaik untuk semua jenis rambut – sama ada lurus, kering, rosak, atau berhijab.

 

 

Rambut Menawan

“Sunsilk sedar bahawa bukan mudah untuk memiliki rambut menawan yang sihat. Lebih-lebih lagi pada hari yang sibuk, dengan kekangan masa dan cuaca panas dan lembap di Malaysia sepanjang tahun. Keperluan dan kepentingan pengguna sentiasa menjadi keutamaan jenama kami, dan kami berusaha  dan untuk membantu gadis-gadis kami memiliki rambut menawan yang cantik  dan sihat dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

 

Dengan rangkaian lapan (8) produk penjagaan rambut berwajah baru yang lebih segar, kami berharap untuk memperkasakan gadis-gadis bagi membolehkan mereka mencapai impian, dengan rambut menawan dan menyerlahkan keyakinan,” kata Phoenix Ho, Pengurus Kanan Jenama Sunsilk, Kategori Penjagaan Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

 

Lagu Persaudaraan Sunsilk, berjudul Sisters Forever, juga telah dipersembahkan di majlis pelancaran, buat pertama kali, oleh empat bintang Malaysia yang sedang mencipta nama – Najwa Latif, Daiyan Trisha, Lizz Chloe dan Jestinna Kuan. Sisters Forever merupakan cara jenama memperkasakan anak-anak gadis dengan lagu yang boleh dikongsi dengan kawan-kawan rapat.

 

Lagu ini membuka lembaran baru dalam sejarah jenama, di mana Sunsilk mewujudkan komuniti Sunsilk ‘sisters’ untuk menggalakkan anak-anak gadis menulis cerita mereka sendiri. Sunsilk bukan sekadar menekankan kepentingan komuniti anak-anak gadis Sunsilk – menyokong dan memberi semangat kepada satu sama lain –  tetapi juga memperlihatkan rambut menawan yang menyerlahkan keyakinan mereka akan memperkasakan mereka menjadi yang terbaik.

 

[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme