Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Posted on 06/30/202207/06/2022 by 123mamanet

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark.

Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan.

Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah.

Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung

Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri.

Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang setiapkali memandangnya.

Sungguhpun begitu, jangan risau masalah tersebut boleh diatasi jika kita merawatnya tepat pada masanya!Alami perjalanan sewaktu mengandung dan selepas bersalin dengan kebaikan serta keberkesanan produk Mustela ini! Selamat untuk digunakan oleh para ibu mengandung dan juga bayi.

Mustela Stretch Marks Cream 3 in 1 berikan keselesaan serta merta ketika disapu ke kulit
  • Mustela Stretch Marks Cream 3 in 1

Mustela Stretch Marks Cream 3 in 1ini mampu mencegah, merawat dan memperbaiki masalah stretch mark. Bahkan ia dirumus khusus untuk mencegah kemunculan stretch mark sepanjang tempoh mengandung. Krim ini berupaya melicinkan dan menenangkan kulit.

Formulanya dibuat untuk melembapkan secara mampan, menguatkan keanjalan kulit dan meredakan rasa tegang. Berkat gabungan unik bahan semulajadi seperti minyak maracuja sebagai bahan aktif utama dapat membantu memulih, meningkatkan keanjalan kulit serta menghalang kemuculan stretch mark. 

Teksturnya jenis krim memberikan keselesaan serta merta sewaktu disapu.Sebaiknya di sapu pada waktu pagi dan petang pada bahagian perut, pinggang, paha dan juga payudara.Gunakan secara konsisten untuk melindungi serta mengurangkan tanda stretch mark.

Mustela Stretch Marks Serum bertindak untuk mengurangan tanda regangan,menguatkan keanjalan kulit serta melembutkan

Mustela Stretch Marks Serum

Mustela Stretch Marks Serum mampu bertindak untuk mengurangkan tanda regangan para ibu mengandung  dan menguatkan keanjalan kulit serta melembutkan.

Formulanya merangkumi gabungan bahan aktif semulajadi, Dirumus dengan minyak maracujayang terkenal dengan sifat pelembabnya yang tinggi.

Serum ini mampu membantu memperbaiki kesan-kesan tanda regangan dengan menguatkan dan mendapatkan semula keanjalan kulit.Ia boleh digunakan sepanjang tempoh kehamilan dan selepas bersalin.Tekstur gelnya juga cepat meresap dan ia dirumus tanpa pewangi. 

Sapukan Mustela Stretch Marks Serum ini pada kesan regangan pada waktu pagi dan petang. Gunakan secara konsisten selama selama 8 minggu. 

Di samping itu serum ini juga tidak boleh digunakan pada parut pembedahan yang masih baru dan juga  penyusuan.

Mustela Stretch Marks Oil ini dirumus khas dengan 100% bahan organik

Mustela Stretch Marks Oil 

Mustela Stretch Marks Oil dirumus khas dengan 100% bahan organik.Bahan aktifnya yang dipatenkan diekstrak daripada minyak maracuja, minyak bunga matahari dan minyak avocado.

Minyak ini boleh digunakan sepanjang kehamilan untuk meningkatkan keanjalan kulit dan mengehadkan kemunculan tanda regangan.

Kandungan vitamin E juga turut membantu melembapkan, ia meningkatkan keanjalan dan keselesaan kulit para ibu yang berhadapan dengan masalah stretch mark ini.

Sapukan Mustela Stretch Marks Oil pada waktu pagi dan petang di bahagian perut, pinggang, paha dan payudara. Namun ia tidak boleh digunakan pada bahagian payudara semasa menyusu atau parut kesan pembedahan.Take note ya!

Sesuai digunakan untuk semua kerengsaan serta kemerahan kulit bayi dan kanak-kanak

Mustela Cicastela Moisture Recovery Cream 40ml

Mustela Cicastela Moisture Cream ialah krim pembaikan yang sesuai untuk semua kecederaan ringan bayi dan kanak-kanak seperti gigitan serangga,cacar air,ruam, calar dan sebagainya. 

Teksturnya tidak berminyak dan tidak melekit. Sesuai untuk semua kerengsaan, kulit kering dan kemerahan yang sederhana.Ia sangat membantu pembaikan kulit kerana formulanya diperkaya dengan ekstrak buah avokado yang melindungi kulit serta memelihara  sel kulit.

Manakala kandungan zink bertindak sebagai antibakteria, secara tak langsung akan membersihkan kulit dan panthenol pula meredakan rasa tidak selesa. 

Sapukan Mustela Cicastela Recovery Cream  dua kali sehari pada kawasan yang terjejas selepas membersihkannya. Sekiranya berasa was-was atau risau, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya. 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme