Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Ratu Tiktok Puspa Gomen

Ratu TikTok Puspa Gomen Kini Jadi Ratu Dapur: Restoran Mai Kedaghah

Posted on 08/04/202308/24/2023 by 123mamanet

Ratu TikTok Puspa Gomen. Nama Puspa Gomen telah lama menghiasi platform Tiktok. Bermula sejak tahun 2018, beliau telah menjadi seorang comedian creator, memulakan langkah pertama dalam dunia TikTok dengan lawak-lawak yang bersahaja dan cukup menghiburkan.

Isi Kandungan hide
1 Siapa Sebenarnya Ratu Tiktok Puspa Gomen
2 Pengaruh Yang Membuktikan Kejayaan
3 Bakal Keluar Single Kedua
4 Ratu TikTok Puspa Gomen Pilih Bersara Awal
5 Padang Besar Delight
6 Terokai Pelbagai Hidangan Ala Thai
7 Mesti Cuba! Laksa
8 Jemput Datang Ke Restoran Mai Kedaghah

 

Ratu Tiktok Puspa Gomen

Namun, bukan hanya sekadar hiburan semata yang diberikan oleh Ratu Tiktok Puspa Gomen, tetapi dia juga telah mengambil langkah serius dalam bidang ini.

Siapa Sebenarnya Ratu Tiktok Puspa Gomen

Puspa Gomen juga telah mengukir nama Malaysia dalam The TikTok All-Star Southeast Asia 2019. Selain itu, beliau juga telah menerima pengesahan sebagai seorang influencer, menjadikan beliau wanita pertama yang mencapai tahap ini dengan pengiktirafan yang telah diberikan.

Beliau bukan sahaja seorang personaliti media sosial yang mahir dalam memberikan ulasan produk, tetapi juga mempunyai gaya tersendiri yang unik dan memikat. Populariti semakin meningkat dan telah mengundang perhatian ramai. Bukan hanya dari kalangan peminat setia, tetapi juga dari para usahawan dan syarikat yang terlibat dalam pemasaran produk.

Pada tahun 2019, Puspa telah membuat keputusan penting untuk membina sebuah keluarga dengan pasangan pilihannya, Abang Kasyah (@suamipilihan). Keduanya menjadi pasangan kegemaran di platform Tiktok.

 

Ratu Tiktok Puspa Gomen

Pengaruh Yang Membuktikan Kejayaan

Demi mengejar impian dan komitmennya terhadap bidang tersebut, Puspa telah membuat keputusan yang berani. Beliau yang bekerja dengan sebuah badan kerajaan telah memutuskan untuk mengambil cuti tanpa gaji selama setahun.

Ia bukanlah keputusan mudah, tetapi Puspa yakin bahawa ia adalah langkah yang perlu diambil demi mencapai matlamatnya. Dalam tempoh tersebut, beliau mempunyai lebih banyak masa untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang yang diminatinya

Pada tahun2022,  Puspa telah menyertai program realiti yang dikenali sebagai Muzikal Lawak Superstar, pada Musim Ke-3 di Astro. Mempertaruhkan kumpulan Abioso, bersama Sarip dan Amin, Puspa telah mengukir kenangan manis dalam dunia hiburan. Walaupun tidak berjaya keperingkat akhir, namun peluang tersebut tetap mempunyai makna buat dirinya.

Rezeki Puspa dalam bidang seni semakin melimpah ruah. Beliau telah terlibat dalam pelbagai program dan acara seni seperti Opocot Next Level dan Program Borak Hantu.

Bakal Keluar Single Kedua

Puspa juga merupakan seorang artis yang berada di bawah pengurusan MVM Music. Pada sekitar tahun 2022, Puspa telah melancarkan single pertamanya yang berjudul ‘Abiy Sayang’. Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang besar dalam kerjayanya sebagai artis yang kini dalam proeses untuk melahirkan single kedua.

Ratu TikTok Puspa Gomen Pilih Bersara Awal

Setelah bercuti tanpa gaji selama setahun, akhirnya dia memutuskan untuk bersara awal dari kerjayanya pada bulan ini. Baginya, memiliki perniagaan sendiri memberikan kepuasan tersendiri dan kebebasan untuk menguruskan perniagaan dengan cara yang diingini.

Puspa ingin menumpukan lebih banyak masa,tenaga dan juga usaha kepada perniagaan Restoran Mai Kedaghah yang mula beroperasi pada 16 Julai lalu.

Restoran Mai Kedaghah
    Jika anda ingin menikmati hidangan enak seperti di Padang Besar, jangan lepaskan peluang ke Restoran Mai Kedaghah

Padang Besar Delight

Jadi, jika anda ingin berasa seperti berada di Padang Besar dan menikmati hidangan-hidangan enak, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Restoran Mai Kedaghah, milik Puspa Gomen dan suaminya ini.

 

 

Restoran Mai Kedaghah
Kelazatan Tomyam Goong yang Menggoda Selera!

Terokai Pelbagai Hidangan Ala Thai

Anda berpeluang menerokai pelbagai hidangan enak yang Thailand tawarkan. Antara hidangan Thai yang pasti menggamit selera anda adalah Mukbang Seafood, Ikan Miang Pla Poa, Tomyam Goong serta Kerabu Maggie yang menyegarkan.

Restoran Mai Kedaghah
Kenyangkan perut dengan Mukbang Seafood

 

Restoran Mai Kedaghah
Ikan Miang Pla Poa,terasa kelazatannya dalam setiap gigitan

Di samping itu, jangan lepaskan peluang untuk merasa Kerang Rebus yang lazat, Ayam Kiecap Desik yang menggugah selera dan Ayam Penyet yang memukau lidah.

Restoran Mai Kedaghah
Kesedapan Ayam Kicap Desik untuk dirasai

 

Restoran Mai Kedaghah
Ayam Penyet pun ada!

 

Restoran Mai Kedaghah
Keli Penyet sentiasa mendapat perhatian pelanggan

Bagi pencinta ikan, Keli Penyet dan Talapia Penyet turut menjadi pilihan yang menggembirakan

Mesti Cuba! Laksa

Restoran Mai Kedaghah
Terpaling sedap! Wajib cuba Laksa di Restoran Mai Kedaghah

Satu menu yang menjadi pilihan utama di kalangan banyak orang yang berkunjung ke Restoran Mai ialah Laksa.Menu ini telah dicipta dengan tangan sendiri, dan hasilnya sungguh memukau. Kuahnya memiliki kepekatan yang luar biasa. Perpaduan rasanya cukup padu!

Restoran Mai Kedaghah
Hidang cukup istimewa…Char Kuey Teow

Di samping itu, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menikmati hidangan istimewa mereka – Char Kuey Teow Ayam, Char Kuey Teow Udang, Char Kuey Teow Kerang, Char Kuey Teow Sotong, Char Kuey Teow Ketam, dan Char Kuey Teow Kambing.

Baca Juga: Telur Rebus Bagus Untuk Diet

Untuk menambahkan sensasi pedas yang menggigit terdapat dua pilihan sambal. Sambal Desik yang menjentik lidah anda dengan kepedasan yang mengasyikkan. Manakala Sambal Manjah  memberikan sentuhan pedas yang lebih santai.

Restoran Mai Kedaghah
Garam Belacan Bini Aku, kuah colek buah ini cukup mantap

Tidak dapat disangkal bahawa Garam Belacan Bini Aku atau colek buah ini memang memikat selera. Kepuasan makan yang tiada tandingan.Boleh pilih nak buah mangga, jambu ataupun campur. Anda pasti rugi jika tidak mencuba hidangan ini.

Restoran Mai Kedaghah
Tiada tandingan… sedap Ayaq Kedaghah dan Milo Taboq Kedaghah.Cuba tauu!

Jangan ketinggalan untuk merasai keunikan minuman istimewa yang disajikan.Antaranya adalah Teh Tarik Kedaghah yang menggiurkan, kelazatan Milo Taboq Kedaghah serta kesegaran tiada tandingan Ayaq Kedaghah.

Nikmati pengalaman minum dengan penuh kenikmatan dan kenyang dengan setiap tegukan daripada gelas yang besar yang cukup memuaskan.

Baca Juga: Resepi Ayam Masak Merah Terlajak Sedap

 

Restoran Mai Kedaghah
Puas hati.Semua menu sedap. Nanti team 123mamanet pasti datang lagi!

Jemput Datang Ke Restoran Mai Kedaghah

Jadi, anda kena datang dan cuba sendiri menu-menu yang ada di Restoran Mai Kedaghah ini.Terletak dengan jarak yang berdekatan dengan Sepang dan KLIA, ia merupakan destinasi makan yang tidak boleh ditolak untuk disinggah!

Mula beroperasi dari jam 4 petang hingga 12 malam pada setiap hari kecuali hari Isnin. Ia adalah tempat yang sempurna untuk meluangkan masa santai dan menikmati hidangan yang lazat.

Restoran Mai Kedaghah
Warna pink terang menceriakan suasana dalam restoran ini

Suasana yang dipancarkan sangat santai. Tema restoran yang mengusung warna merah jambu terang dengan penuh gaya pasti akan menarik perhatian semua.

Pastinya setiap kunjungan anda ke restoran ini akan membangkitkan selera anda.Apatah lagi aroma keharuman makanan yang sedang disediakan telah mula menjalar  setiba anda melangkah masuk ke dalam restoran ini.

Jika bernasib baik, anda boleh berjumpa dengan pemilik Restoran Mai Kedaghah,  Ratu Titiktok Puspa Gomen. Jangan risau, orangnya peramah dan  sangat ‘humble’. Beliau turut melahirkan rasa syukur dan terharu atas sokongan ramai untuk usahanya ini.

Bahkan, ada peminat-peminat setia yang sanggup datang dari jauh seperti Kuantan, Johor dan Melaka hanya untuk berjumpa dan menikmati sendiri kelazatan hidangan di Restoran Mai Kedaghah.

Jika ingin membuat tempahan atau pertanyaan hubungi di talian 012-7020010 (admin untuk Restoran Mai Kedaghah).

Restoran Mai Kedaghah

22 Jalan KLIA Avenue

Kota Warisan Sepang

Nak tahu lebih lanjut, follow:

IG Link :

https://www.instagram.com/restorankedaghah/

Facebook Link :

https://www.facebook.com/people/Restoran-Mai-Kedaghah/100094711980528/

 

1 thought on “Ratu TikTok Puspa Gomen Kini Jadi Ratu Dapur: Restoran Mai Kedaghah”

  1. Pingback: - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme