Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kek pisang

Resepi Kek Pisang Ringkas dan Sedap!

Posted on 07/01/202407/02/2024 by 123mamanet

Tak pernah bosan menikmati kek pisang. Lebih-lebih lagi apabila diolah dengan rasa manis-manis buah. Buah pisang cukup berkhasiat dan kaya dengan mineral seperti kalium, magnesium, fostor, besi dan kalsium.

Isi Kandungan hide
1 Kek Pisang Lembut dan Moist
2 Cara Membuat Kek Pisang

Kek Pisang Lembut dan Moist

Dari Dapur Mamanet dikongsikan satu lagi resepi yang cukup mudah dibuat dan rasanya juga lazat iaitu Kek Pisang. Walaupun tidak menggunakan banyak bahan, namun kek pisang ini terasa lembut dan moist.

Gunakan pisang betul-betul masak ranum bagi menghasilkan kek pisang yang mempunyai rasa cukup mantap!

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • Sedikan loyang kek berukuran 8 X 17 X 6 cm
  • 3 biji pisang (lebih sedap jika pakai pisang Embun)
  • 50 gram gula pasir
  • 100 gram tepung serbaguna
  • 60 gram mentega (dicairkan)

Cara Membuat Kek Pisang

kek pisang

 

  1. Hancurkan pisang dengan menggunakan garpu sahaja dan jangan sampai lumat.

 

  1. Rendam telur di dalam air suam selama dua minit. Tujuannya adalah untuk membuatkan putih telur menjadi cair dan lebih mengembang apabila dipukul.

 

  1. Cairkan mentega di dalam periuk dengan api yang kecil dan tutup api sebelum ianya mendidih ya. Jangan lupa goyang-goyangkan periuk supaya mentega dapat cair dengan sempurna. Setelah itu, tuang mentega ke dalam mangkuk, biarkan ia sejuk seketika.

 

  1. Setelah itu, masukkan telur yang telah direndam air suam dan gula pasir. Pukul dengan kelajuan mixer yang paling rendah, kemudian naikkan ke kelajuan yang paling tinggi. Pukul telur dan gula tersebut sehingga mengembang, kental dan berwarna putih pucat.

 

  1. Bila kedua adunan tersebut telah ok, masukkan pisang yang telah dihancurkan tadi. Gaul perlahan-lahan sehingga rata.

 

  1. Kemudian masukkan pula tepung dengan cara diayak ke dalam adunan pisang dan telur tadi. Gaul adunan dengan spatula dengan teknik gaul aduk iaitu gaul dalam bekas lain dan masukkan kembali ke dalam mangkuk mixer tadi. Buat perlahan-lahan ok, supaya adunan tidak jadi cair dan lebih kental dan pekat.

 

  1. Kemudian, masukkan ½ adunan ke dalam mangkuk yang berisi mentega cair tadi. Gaul perlahan-lahan sehingga sebati.

 

  1. Masukkan pula sebahagian sisa adunan ke dalam dalam adunan yang telah dicampur dengan mentega tadi. Gaul rata dengan teknik gaul dalam bekas lain itu perlahan-lahan sehingga semuanya berbaur sebati.

 

  1. Setelah itu, barulah tuang adunan ke dalam loyang. Bakarlah selama 20 minit atau sehingga permukaan kek pisang nampak mengeras dan kekuningan.

 

  1. Setelah kek pisang masak, biarkan sehingga wap panasnya hilang. Selepas itu, bolehlah dinikmati.  Selamat mencuba!

Cuba Juga:

Resepi Puding Karamel

Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam
  • Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota 2025

Recent Posts

  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme