Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
masak lemak ketam

Resepi Masak Lemak Ketam Letup Berapi

Posted on 10/05/201610/05/2016 by 123mamanet
masak lemak ketam
kredit foto: foodgawker

Tentu ramai di kalangan kita yang suka makan ketam. Pelbagai variasi masakan ketam dan salah satu resepi yang ingin dikongsikan dari Dapur Mamanet ialah Masak Lemak Ketam. Lagi pedas olahan cili padinya, lagi sedap!

Isi Kandungan hide
1 Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Masak Lemak Ketam:
2 Cara Membuat Masak Lemak Ketam Letup Berapi:

 

 

Sesekali masak lemak ketam memang menambat selera. Lagipun cara memasaknya sangat mudah. Kita tak perlu duduk di dapur lama-lama! Kelengkapan bahan-bahan untuk membuat masak lemak ketam ini juga mudah didapati. Selain itu, bahan-bahan yang perlu dikisar juga boleh dihiris-hiris sahaja jika mahu lebih pantas menyediakan hidangan masak lemak ketam ini. Mudah, kan…

 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Masak Lemak Ketam:

* 3 ekor ketam, cuci bersih, belah dua bahagian.Lumurkan dengan sedikit kunyit.

* 1 ½  cawan santan (asingkan sedikit santan yang pekat)

* 1 biji bawang merah (dihiris-hiris sahaja)

* 1 biji bawang putih (dihiris-hiris sahaja)

* 1 batang serai (diketuk-ketuk)

* 1 helai daun limau purut

* 6 biji cili api (ditumbuk/dikisar)

* Garam dan serbuk perasa secukupnya.

* 1/2 inci asam keping.

*  1 inci kunyit hidup (ditumbuk) ataupun boleh juga guna kunyit serbuk.

 

(P/S: Kalau nak gandingkan ketam ini dengan nanas, timun kuning, timun Jepun, tomato, bendi, kentang atau apa sahaja yang disukai pun boleh. Mana-mana yang jenis empuk, masukkan kemudian sikit ya. Kalau tak nanti lembik pula, jadi kena pandai agak-agak ok)

 

 

Cara Membuat Masak Lemak Ketam Letup Berapi:

  1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama rencah-rencahnya seperti bawang merah, bawang putih , serai, cili api dan kunyit yang telah ditumbuk tadi.

 

 

  1. Jerang santan bersama rencah-rencah tersebut hingga mendidih. Biar ia sebati dan barulah masukkan ketam, dan tuang santan pekat dan masaklah sehingga ketam tadi berubah warna dengan menggunakan api sederhana.

 

  1. Setelah itu, masukkan daun limau purut, asam keping, garam dan serbuk perasa secukupnya.

 

  1. Ok, dah siap pun. Jika rasanya sudah ok, bolehlah angkat dan hidangkannya. Selamat Mencuba Resepi Ketam Masak Lemak ini.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry

Recent Posts

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme