Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
NASI TOMATO

Resepi Nasi Tomato Menyelerakan

Posted on 06/25/201606/28/2016 by 123mamanet
Nasi Tomato
Foto: Internet

ANDA suka makan nasi tomato? Teringin untuk membuatnya sendiri? Jom, try resepi dari Dapur Mamanet ini. Masakan ini diperbuat daripada bahan utamanya beras yang dimasak dengan air daripada perahan buah tomato atau pes tomato.

Isi Kandungan hide
1 Selamat Mencuba Resepi Nasi Tomato

Nasi tomato sedap dinikmati untuk makan tengahari ataupun makan malam bersama hidangan serasinya Ayam Masak Merah dan Acar Timun.

 

Selain daripada rasanya yang unik, masakan ini mudah untuk dibuat sendiri dan ada berbagai-bagai cara atau resepi untuk membuat nasi ini. Dari Dapur Mamanet, dihasilkan satu resepi nasi tomato yang ringkas, senang untuk dimasak serta dijamin sedap!

 

Selamat Mencuba Resepi Nasi Tomato

 

Bahan-BahanNasi Tomato

* 500 gram beras, basuh dan toskan (boleh juga guna beras Basmathi)

* 5 sudu besar mentega cair

* 6 biji tomato (dibelah empat setiap satu)

* 2 kuib ayam

* 5 sudu besar sos tomato/pes tomato

* 2 biji bawang besar (dihiris halus)

* 4 biji bawag putih (dihiris halus)

* 2 cm halia (dititik)

* 4 cm kulit kayu manis

* 3 kuntum bunga lawang

* 3 kuntum bunga cengkih

* 3 biji buah pelaga

* Garam dan air secukupnya

* 1 helai daun pandan (disimpul)

 

Untuk Hiasan:

  • Bawang goreng
  • Daun bawang/sup/pudina (ikut kesukaan sendiri.
  • Kismis, kacang peas, gajus (ikut kesukaan sendiri )

 

BACA INI

  • 6 Cara Hilangkan Sakit Kepala Dengan Pantas
  • Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Sedap Menyengat

 

Cara Membuat Nasi Tomato:

 

  1. Rebus buah tomato bersama kuib ayam dengan air sehingga hancur.

 

  1. Setelah itu, tapis dan buang hampasnya. Ketepikan.

 

  1. Panaskan mentega, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Kemudian masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga sehingga kekuningan dan berbau harum.

 

  1. Selepas itu masukkan beras ke dalamnya dan kacau biarkan sehingga ia bersalut dengan mentaga serta sebati dengan bahan-bahan lain tadi.

 

  1. Kemudian masukkan air rebusan tomato dan kiub ayam tadi dan sos tomato/pes tomato. Biarkan mendidih seketika.

 

  1. Pastikan air dengan sukatan yang betul, letak daun panda dan biarkan nasi tersebut masak.

 

  1. Untuk mendapat hasil nasi tomato yang lebih sempurna, selang 15 minit kacau nasi tomato supaya kandungannya berbaur sebati.

 

  1. Setelah masak, taburlah di atasnya dengan bahan-bahan hiasan agar nasi tomato anda berbau wangi dan kelihatan lebih menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry

Recent Posts

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme