RESEPI SAJIAN BIJAK RAYA KIMBALL GADO-GADO & TAUFU SUMBAT

RESEPI SAJIAN BIJAK RAYA KIMBAL INI MEMANG HEBAT! SIAPA YANG TIDAK MAHU JIMAT KAN? APATAH LAGI DI MUSIM RAYA. SEMUA ORANG NAK PAKAI DUIT. MACAM-MACAM NAK BELI. PENDEK KATA KALAU ADA PELUANG NAK JIMAT TENTU SEMUA ORANG SUKA.

 

Jadi, Kimball telah mengambil inisiatif membantu ibu-ibu dalam menyediakan resepi yang enak tetapi dengan kos yang murah. Berikut ialah 5 resepi Sajian Bijak Raya yang boleh disediakan dengan kos di bawah RM100. Jom kita cuba!

RESEPI SAJIAN BIJAK RAYA 1

 resepi sajian

 

GADO-GADO RAYA KIMBALL          

Masa Penyediaan: 30 minit

Masa Memasak: 20 minit

Saiz Penyediaan: 8 orang

Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Kos: +RM18.00

 

Bahan-bahan:

Untuk sos:

2 sudu besar minyak

2 sudu besar pes cili

½ cawan Sos Lada Hitam Kimball

½ cawan Sos Cili Kimball

½ cawan santan

2 cawan air

1 1/2 cawan (180g) kacang tanah panggang, tumbuk halus

 

Untuk salad:

6 batang kacang panjang, potong 5sm panjang, dicelur dan disejat

3 cawan hirisan kubis, dicelur dan disejat

1 ikat kecil kangkung, petik 5 sm, dicelur dan disejat

2 biji kentang, direbus dan dihiris tebal

3 biji telur rebus, dipotong baji

3 keping taufu, digoreng dan dipotong 2 sm kiub

1 biji sengkuang, diparut halus

2 keping tempe, digoreng dan dipotong 2 sm kiub

1 biji timun, diparut halus

1 tin Kacang Kuda Kimball, disejat

10-20 keping keropok melinjau

 

Cara memasak:

  1. Untuk sos: panaskan minyak dan tumis cili giling atas api perlahan sehingga masak dan naik minyak. Campur Sos Lada Hitam Kimball dan Sos Cili Kimball. Biar 5 minit, kemudian masukkan santan dan air. Bila didih, tambah kacang. Masak 10-15 minit lagi, kacau selalu sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan rasa.
  2. Letak semua bahan salad dalam pinggan besar.
  3. Hidang bersama sos dalam mangkuk lain.

 

 

RESEPI SAJIAN BIJAK RAYA 2

 resepi sajian

TAUFU SUMBAT GORENG KIMBALL

Masa penyediaan: 30 minit

Masa Memasak: 20 minit

Saiz Hidangan: 8 orang

Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Kos: +RM8.00

 

Bahan-bahan:

Untuk inti:

100 g Angel Hair Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan

2 sudu besar minyak

3 ulas bawang putih, dicincang halus

1 biji lobak merah, diparut halus

2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball

2 sudu besar Sos Tomato Kimball

Garam, secukup rasa

Lada, secukup rasa

30 keping taufu paf goreng

 

Untuk Bater:

150 g tepung beras

70 g tepung gandum

½ sudu teh garam

1/8 sudu teh serbuk kunyit

1 cawan air

1 sudu besar air kapur

3 helai daun limau purut, disiat halus

2 cawan minyak, untuk digoreng

 

 Untuk hidangan:

1 cawan  Sos Cili Thai Kimball

 

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih sehingga perang keemasan. Tambah lobak merah, goreng 5 minit sebelum masukkan Angel Hair Kimball, Sos Berperisa Tiram Kimball dan Sos Tomato Kimball Kimball. Perisakan dengan garam dan lada.
  2. Buat lubang pada setiap taufu paf dan sumbat inti. (Ini boleh dibuat sehari sebelum dan simpan dalam peti sejuk)
  3. Tuang bater dalam mangkuk adunan supaya senang dan konsisten bila menyalut. Panaskan minyak di dalam kuali anggaran 4 sm dalam. Celup taufu sumbat di dalam bater. Goreng sedikit demi sedikit sehingga garing dan perang keemasan. Sejat minyak dan hidang semasa panas bersama Sos Cili Thai Kimball.

resepi sajian

Dapatkan sambungan RESEPI SAJIAN BIJAK RAYA KIMBALL ini esok.  Mamanet akan kongsikan 3 lagi resepi iaitu Nasi Kerabu, Kek Black Velvet dan Ayam Masalah. Nantikan ya.

 

 

 

Back to top