Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
salad telur

Resepi Sihat Salad Telur Rebus

Posted on 11/18/201603/20/2017 by 123mamanet

Salad merupakan menu yang paling senang untuk disediakan.Lebih-lebih lagi jika kita sedang berdiet. Salad mungkin menjadi menu utama makan tengahari ataupun malam. Kali ini dari Dapur Mamanet dikongsikan Resepi Salad Telur yang sedap, sihat dan semudah A.B.C!

Isi Kandungan hide
1 Resepi Salad Telur

Kita akan memperoleh protein tambahan dari telur bagi melengkapi kandungan nutrisi dari sayur-sayuran lain yang digunakan sebagai penyedap Salad Telur.

salad telur
foto-healthy-waltham

Resepi Salad Telur ini menawarkan alternatif sajian yang segar.Salad dan telur rebus merupakan perpaduan rasa yang sangat enak.Kombinasi keduanya sangat tepat.Cukup berkhasiat dan elok untuk kesihatan. Ketahui juga cara buat salad buah.

 

Kombinasi perpaduan sayur-sayuran lain seperti tomato, kobis unggu, bayam, timun jepun, lada banggala, lobak merah dalam salad dan telur rebus ini menjadi hidangan ini lebih lengkap sempurna.

 

Telur rebus termasuk kuning telur dikatakan dapat membantu meningkatkan penyerapan carotenoid pada tubuh serta menurunkan risiko masalah jantung dan juga risiko kanser dengan adanya manfaat sebagai zat antioksidan.

 

Bagi anda yang menyukai salad telur yang menampilkan rasa klasik, boleh meletakkan taburan daun Basil dan daun Parsley (kering) yang menghasilkan rasa yang lebih ‘umpphhh’!

 

Jom semak Resepi Salad Telur yang sedap dan sihat serta boleh dibuat dalam tempoh kurang dari 10 minit!

 

Resepi Salad Telur

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

  • salad telur
    foto-pensacolafishingforum

    3 biji telur (direbus, dikupas kulitnya dan dipotong bulat)

  • 6 helai daun salad (dicuci sehingga bersih)
  • 2 biji tomato (dipotong nipis)
  • Mayonis (ikut suka kita nak letak banyak mana)
  • Sos Cili/Sos Tomato/Thousand Island (ikut suka kita nak letak banyak mana)
  • Daun Basil dan Parsley – kering (jika suka)

*** Anda juga boleh letak apa sahaja sayur-sayuran yang disukai.

 

 

Cara Membuatnya:

  1. Penyediaan salad telur sangat mudah. Susun daun salad dan semua jenis sayuran yang anda sukai di dalam pinggan.
  1. Kemudian tambahkan pula telur rebus yang sudah dipotong bulat-bulat tadi. Susunlah mengikut kreativiti anda.
  1. Setelah itu, tuanglah sos cili dan mayonis ataupun thousand island ke atasnya campuran sayuran dan telur.
  1. Jika suka, bolehlah tabur daun basil dan daun parsley (kering).
  1. Mudah sangat, kan… untuk membuat Salad Telur. Ok, selamat mencuba.salad telur

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu

Recent Posts

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme