Spaghetti merupakan masakan ala Itali yang digemari oleh ramai orang. Bagi yang suka seafood, Chef Mamanet kongsikan satu resepi yang sungguh istimewa iaitu Spaghetti Goreng Seafood.
Kombinasi sayuran segar melengkapkan lagi keenakan Spaghetti Goreng Seafood ini.Jika kurang menggemari spaghetti, boleh sahaja ganti dengan macaroni ataupun fettucini. Semuanya sedap!
Spaghetti Goreng ini mudah disediakan dan dipek serta sesuai untuk dijadikan bekal untuk anak sekolah. Jika dimasak dengan betul dan disejukkan sebelum dipek, ia boleh tahan sampai tengah hari. Sesuai untuk anak yang stayback di sekolah sampai petang.
Anda juga boleh buat sos dan bekukan. Jadi, mudah untuk anak yang lebih besar menyediakan hidangannya di rumah. Dia cuma perlu merebus speghetti dan panaskan sos. Anda tidak perlu risau kalau anda pulang lewat kerana anak anda sudah kenyang dengan masakan air tangan anda.
Bahan-Bahan
* Sebungkus spaghetti, didihkan atau rebus sehingga matang. Tos dan ketepikan.
* 2 sudu makan minyak zaitun untuk menumis
* 5 ulas bawang putih – dicincang halus
* Sebiji bawang besar – dipotong dadu kecil-kecil.
* Sedikit daging ayam, sosej, udang, sotong dan meatball
* Chili flakes (kalau nak pedas letak banyak sikit)
* Sayur-sayuran (mengikut kegemaran sendiri)
* Sebiji cili capsicum merah dan hijau – potong ikut suka.
* Sedikit serbuk pati ayam/kicap ikan
* Serbuk oregano
* Sedikit garam
* Keju parmesan
Cara Membuat Spaghetti Goreng Seafood:
-
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
- Masukkan pula chili flakes, biar kekuningan dan masukkan daging ayam,sosej,meatball, udang, sotong (tapi kalau guna sotong dan udang masuklah kemudian sikit ya. Nanti lama-lama masak tak sedap pula)
- Apabila daging ayam atau sosej tu dah masak, letakkan pula garam, serbuk pati ayam/kicap ikan dan serbuk oregano.
- Gaul rata kemudian barulah masukan sayur-sayuran tersebut.
- Terakhir barulah masukan spaghetti serta keju parmesan.
- Ok, done! Bolehlah dihidangkan Spaghetti Goreng Seafood yang cukup lazat ini dan makan bersama keluarga tersayang. Lebih sedap dimakan ketika masih panas. Selamat Mencuba!
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]