Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Bahan Untuk Membuat Jam Nenas Sebiji nenas, dikisar atau diparut 200 gram gula pasir 3 biji bunga cengkih 2 batang kulit kayu manis sedikit garam Cara Membuat Jam Nenas: Masak terlebih dahulu nenas yang sudah diblendar/diparut, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga surut airnya. Kemudian masukkan gula pasir dan garam, kemudian kacau sehingga jam tersebut menjadi pekat, padat dan boleh dibentuk. 3. Setelah itu bentukkan jam tadi menjadi bulat dengan ukuran yang sesuai dengan selera anda. Cuma jangan bentukkannya terlalu besar kerana akan menyebabkan jam tersebut terkeluar dan membuatkan kulit tart tersebut menjadi retak.

Resepi Tart Nenas Gebu

Posted on 07/01/201607/03/2016 by 123mamanet

resepi tart nenasKALI ini Dapur Mamanet berkongsi Resepi Tart Nenas Gebu. So delicious rasanya dan tak syok Raya tanpa kuih yang satu ini! Tart Nenas merupakan salah satu jenis kuih yang paling banyak digemari, terutama pada hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan juga Aidiladha.

Isi Kandungan hide
1 Berikut Resepi Tart Nenas Gebu yang nikmat dan wajib dicuba:

Boleh dikatakan hampir di setiap rumah pasti menyediakan kuih ini. Resepi Tart Nenas Gebu yang dikongsikan ini mempunyai tekstur yang sangat lembut. Bahkan ketika masuk ke dalam mulut, anda pasti akan merasakan sensasi nikmatinya meleleh di mulut.

 

Berikut Resepi Tart Nenas Gebu yang nikmat dan wajib dicuba:

Bahan-Bahan Untuk Kulit Tart Nenas:

  • 300 gram tepung gandum (rendah protein)- diayak
  • 250 gram mentega/majerin
  • 50 gram tepung jagung – diayak
  • 100 gram gula halus – diayak
  • 1 sudu besar susu tepung – diayak
  • 4 biji kuning telur
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • sedikit garam

Bahan Untuk Sapuan

  • 2 biji kuning telur
  • ½ sudu teh air masak
  • ½ sudu teh madu
  • Sedikit pewarna kuning/nenas

Bahan Untuk Membuat Jam Nenasresepi tart nenas

  • Sebiji nenas, dikisar atau diparut
  • 200 gram gula pasir
  • 3 biji bunga cengkih
  • 2 batang kulit kayu manis
  • sedikit garam

 

 

 

Cara Membuat Jam Nenas:resepi tart nenas

  1. Masak terlebih dahulu nenas yang sudah diblendar/diparut, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga surut airnya.

 

  1. Kemudian masukkan gula pasir dan garam, kemudian kacau sehingga jam tersebut menjadi pekat, padat dan boleh dibentuk.

 

3. Setelah itu bentukkan jam tadi menjadi bulat dengan ukuran yang sesuai dengan selera anda. Cuma jangan bentukkannya terlalu besar kerana akan menyebabkan jam tersebut terkeluar dan membuatkan kulit tart tersebut menjadi retak.

 

Cara Membuat Kulit Tart Nenas

resepi tart nenas

1.Campurkan tepung gandum, tepung jagung, gula halus, susu tepung dan garam. Kacau dengan menggunakan spatula sehingga  rata.

 

  1. Kemudian masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan masukkan pula mentega/marjerin. Kacau dan ulinya sehingga dapat membentuk adunan yang tak melekat di jari.

resepi tart nenas

  1. Kemudian betukkan doh seperti selinder supaya senang untuk dimasukkan ke dalam acuan.

 

  1. Bila dah siap, letakkan inti jam nenas tadi dan gulung memanjang dan padatkan.

 

tart nenas

  1. Atur adunan yang sudah dibentuk di atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Sapu permukaan tart nenas dengan bahan sapuan tadi.

 

  1. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160 darjah Celsius selama 25 minit atau sehingga masak.

resepi tart nenasresepi tart nenas

  1. Keluarkan dari ketuhar, sejukkan dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

p/s: Tart sebenarnya ada banyak rekaan contohnya tart gulung, tart landak, tart melati, tart bunga dan tart kepit. Terpulanglah pada kreativiti anda untuk menghasilkan rekaan yang menarik dan mudah.

Nota Editor: Ejaan sebenar Resepi Tart Nenas ialah Resipi Tat Nanas. Bagaimanapun untuk tujuan SEO, carian yang paling banyak ialah dengan menggunakan ejaan resepi tart nenas. Harap maklum.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur

Recent Posts

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme