Guardian Malaysia mengukir sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai Health & Beauty Retailer of the Year (Malaysia) di Retail Asia Awards 2025 yang berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura.
Selain itu, dua lagi anugerah disandang oleh Guardian Malaysia ialah:
-
Health & Wellness Initiative of the Year (Malaysia)
-
Supply Chain Innovation of the Year (Malaysia)
Pengiktirafan Usaha & Komitmen Pasukan Guardian
Menurut Priscilla Wu, Pengarah Urusan Guardian Malaysia, kemenangan ini adalah hasil usaha berterusan sejak 58 tahun lalu:
“Kami bekerja setiap hari untuk menawarkan produk terbaik, perkhidmatan berkualiti, dan pengalaman beli-belah yang menyeronokkan buat pelanggan kami.”
Guardian bukan sahaja memberi fokus pada jualan, tetapi turut memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk mendekatkan diri dengan pelanggan.
Inisiatif & Kempen Sepanjang Tahun
Antara kempen yang memikat perhatian sepanjang tahun lalu termasuk:
- Get.Set.Glow! – Inisiatif kesejahteraan pelanggan
- Own Your Beautiful – Kempen keyakinan diri
- #IYKYK – Sorotan jenama terkini dan popular
- Guardian Awards – Pengiktirafan produk kecantikan & kesihatan
- #LoveforLocal – Sokongan kepada jenama tempatan
Semua inisiatif ini menyasarkan pengalaman menyeluruh untuk pelanggan. Bukannya sekadar membeli, tetapi juga belajar, melibatkan diri dan merasa dihargai.
Baca Juga:
Hairppiness By Guardian, Solusi Rambut Sihat 2025
5 Buah Untuk Diet Yang Bantu Turunkan Berat Badan

Panel Juri dan Keunggulan Retail Asia Awards 2025
Retail Asia Awards ialah platform tahunan yang mengiktiraf pencapaian terbaik dalam industri peruncitan Asia Pasifik. Panel juri profesional terdiri daripada pakar-pakar industri seperti:
-
David Eu (RSM Singapore)
-
Anson Bailey (KPMG)
-
Olivier Gergele (EY-Parthenon)
-
Quan Yao Peh (Euromonitor)
-
Brian Man (PWC)
-
Siddarth Pathak (Kearney)
Komitmen Guardian Malaysia Kepada Pelanggan
“Walaupun kami bukan yang terbesar, kami percaya bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat penjagaan dan pilihan terbaik,” kata Priscilla.
Dengan kemenangan ini, Guardian Malaysia terus komited untuk memberikan yang terbaik – dari rangkaian produk, inovasi perkhidmatan hingga ke pengalaman membeli-belah pelanggan.