Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
SagaCloud

SagaCloud Mahu Jadi Pelopor Perisian Awan Di Malaysia

Posted on 06/01/202311/19/2023 by 123mamanet

Pelancaran syarikat teknologi SagaCloud yang berlangsung petang tadi bertujuan untuk memenuhi keperluan negara yang sedang meningkatkan perkhidmatan e-kerajaan kepada rakyat dan merangka rancangan pembangunan ekonomi digital.

Isi Kandungan hide
1 Majlis Pelancaran SagaCloud
2 Objektif Penubuhan SagaCloud
3 Teknologi Cloud

Teknologi melintasi sempadan berfungsi untuk memudahkan urusan perhubungan dalam menjalankan tugas harian dengan lebih efektif dan tanpa melibatkan kos yang tinggi.

Kebanyakan negara di dunia kini memanfaatkan dengan sepenuhnya kemajuan teknologi yang terus berkembang pesat.

Sistem pentadbiran kerajaan semakin mampu menyesuaikan diri dengan sistem teknologi, termasuk penyimpanan dan penggunaan data, serta bergantung pada sumber digital untuk maklumat dan perkhidmatan.

Pelancaran syarikat teknologi SagaCloud hari ini bertujuan untuk memenuhi keperluan negara yang sedang meningkatkan perkhidmatan e-kerajaan kepada rakyat dan merangka rancangan pembangunan ekonomi digital.

Baca Juga: 

Havoc Street Food Fest 2023

 Kempen Be #GumProud

 

SagaCloud

Majlis Pelancaran SagaCloud

Pengasasnya, Datuk Samsul Husin, menyatakan bahawa teknologi pengkomputeran awan akan berfungsi sebagai salah satu pemboleh utama dalam peralihan ini. Ia membantu menyampaikan perkhidmatan kerajaan melalui saluran yang lebih pantas, berkesan, dan kos efektif.

Majlis pelancaran tersebut, turut dihadiri rakan-rakan strategik SagaCloud iaitu Starvision Sdn Bhd, Eceo Sdn Bhd dan juga OpenSoft Sdn Berhad.

Pengguna tidak perlu membeli sebarang bentuk perkakasan dan perisian, hanya perlu melanggan melalui pembayaran bulanan. Tiada perbelanjaan modal, tiada perbelanjaan penyelenggaraan, dan tiada perbelanjaan kemas kini setiap 5 tahun. Sagacloud akan diletakkan di pusat data di Malaysia dengan jaminan SLA 99.9%.

Modul-modul yang ada akan ditawarkan pula adalah secara ala carte, di mana pelanggan dapat memilih apa yang diperlukan mengikut keperluan mereka, dan juga secara berperingkat melaksanakan modul-modul baharu mengikut kehendak dan masa yang sesuai.

SagaCloud

Objektif Penubuhan SagaCloud

Datuk Samsul Husin menjelaskan bahawa objektif penubuhan SagaCloud adalah:

– Menyediakan pilihan terkini untuk Sistem Kewangan, Perakaunan, Pengurusan, dan Akruan.

– Membantu mengurangkan kos operasi bagi agensi dengan mengesyorkan sistem dengan modul yang bersesuaian.

– Membantu dalam menyebarkan amalan terbaik dan perkembangan terkini dalam perakaunan melalui teknologi awan.

– Bertujuan untuk mempromosikan penggunaan Teknologi Awan dalam SAGA.

Teknologi Cloud

Beliau menekankan bahawa pengkomputeran awan adalah model yang membolehkan capaian rangkaian atas permintaan di mana-mana tempat dengan mudah, kepada sumber-sumber pengkomputeran yang boleh dikonfigurasi seperti rangkaian, pelayan, storan, aplikasi, dan perkhidmatan.

“Penjimatan kos adalah salah satu faedah utama pengkomputeran awan kerana ia menyediakan lebih banyak ruang penyimpanan maklumat. Perisian dan sistem akan dikemas kini dengan kerap tanpa melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi,” katanya.

Beliau menambah bahawa syarikat-syarikat besar semakin banyak menggunakan Cloud Computing sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika mereka menjalankan tugas tanpa perlu bertemu wajah, tetapi tetap dapat berinteraksi dengan pihak-pihak yang berkaitan.

“Mereka juga menggunakan Cloud Computing sebagai tempat untuk menyimpan data-data penting. Ia mengurangkan penggunaan kertas, masa, tenaga, dan wang,” katanya.

Dari segi fleksibiliti, beliau menyatakan bahawa pengkomputeran awan dapat mengurangkan kebimbangan kerajaan mengenai sumber-sumber yang terhad. Contohnya seperti pelayan dan perkakasan, serta memperbaharui perisian dan menjaga keselamatan data dengan lebih mudah

” Teknologi cloud juga membantu meningkatkan kerjasama antara agensi kerajaan dengan menghapuskan had komunikasi model IT tradisional dan menjadikannya lebih pantas. Ia memudahkan perhubungan dan komunikasi antara pekerja yang bekerja di lokasi yang berbeza untuk mengakses maklumat, berkolaborasi dengan ahli pasukan, dan kakitangan utama” jelas beliau lagi.

1 thought on “SagaCloud Mahu Jadi Pelopor Perisian Awan Di Malaysia”

  1. Pingback: Raja Muda Selangor Berkenan Beri Geran Perniagaan Kepada 30 Usahawan OKU - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme