Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
anak bangun tidur

Sambut Anak Bangun Tidur? Perlu kah?

Posted on 07/08/201607/08/2016 by 123mamanet

anak bangun tidurSAMBUT anak bangun tidur? Mungkin kedengaran agak pelik tetapi hakikatnya amat penting dalam perkembangan sosio-emosi anak dan keharmonian rumah tangga.  

Isi Kandungan hide
1 Perlukah Sambut Anak Bangun Tidur?

Ikuti rahsia sambut anak bangun tidur ini seperti yang dikongsikan oleh Sakinah Hamid dalam blognya sakinahhamid.com.

 

Perlukah Sambut Anak Bangun Tidur? 

 

“Jawapan saya, buat saja dulu. Pasti anda boleh melihat perubahan positif dalam keluarga, insya-Allah. Saya sendiri tak mulakan rutin sambut anak bangun tidur ni masa anak sulung pun. Tapi bila saya dah mula budayakan dalam keluarga, suasana waktu pagi keluarga kami pun mula berubah.

 

anak bangun tidur

Ceritanya bermula ketika saya menghantar anakanda Faqihah ke Hadanah Pusat Islam, USM ketika dia berusia 1 tahun. Pusat jagaan ini mengamalkan konsep terbuka di mana ibu bapa boleh datang menyusukan anak dan bermain pada bila-bila masa. Seringkali apabila saya sampai pada waktu petang untuk mengambil Faqihah, dia sedang tidur.

 

Jadi saya akan menunggu sehingga dia bangun kerana tidak mahu menggangu rutin tidurnya. Anak-anak saya kalau dah diangkat memang tak bersambung tidurnya. Sudahlah awal pagi saya dah ganggu tidur mereka, jadi kalau saya sampai pada waktu petang dan dia masih tidur saya akan tunggu dia bangun.

 

Di situ saya dapat melihat budaya sambut anak bangun tidur yang sungguh ceria. Apabila anak-anak di situ bangun dari tidur pengasuh akan terus mengucapkan salam dan menegurnya. “Assalamualaikum Nur Faqihah binti Shamsul Ery”. Nama penuh la kau! Dan basa basi teguran lain seadanya.

 

Dari situ saya belajar dan praktikkan untuk kedua-dua anak saya di rumah. Dan menakjubkan walaupun saya hanya mulakan kepada anakanda Fateh setelah dia berusia hampir 4 tahun, namun rutin itu cepat melekat padanya.

 

Apabila dia melihat adiknya terjaga, cepat-cepat dia akan panggil saya dan cakap “Ummi..cepat Assalamualaikum adik”. Dan dilanjutkan hinggalah apabila abahnya dan saya baru bangun tidur.

 

Iya..satu suasana yang positif pada saya. Jika kebiasaannya kalau kita ni jenis bangun tidur muka cong masuk bilik air, ambik masa pulak lepas tu nak mulakan perbualan. Tapi dengan kalimah salam suasana berubah dengan mudah. Pastinya salam dan senyum itu akan beriringan.

 

Tambahan apabila anak semakin membesar, biasanya saya sudah mula mengadap komputer pada awal pagi. Alhamdulilah dengan rutin ini, anak yang bangun akan datang ‘lapor diri’ kepada saya untuk mendapatkan ucapan salam. Sekurang-kurangnya tidaklah mereka melapor diri pada remote tv kan. Semoga amalan ini akan terus subur dalam keluarga kami dan anda yang membaca perkongsian ini. Amin.”

 

Dipetik dengan izin dari Sakinahhamid.com (Teks: Sakina Hamid)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu

Recent Posts

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme