Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
segera tunaikan zakat

SEGERA TUNAIKAN ZAKAT, JANGAN BERLENGAH LAGI

Posted on 07/28/201812/12/2018 by 123mamanet

Segera tunaikan zakat setiap kali mendapat gaji atau keuntungan. Namun, ia bukan perkara mudah bila ramai yang mengeluh tidak cukup pendapatan. Tekanan hidup sekarang membuatkan kebanyakan orang selalu berasa tidak cukup. Bukan hanya yang bergaji bawah RM3000 sahaja yang sering kesempitan wang, bahkan yang bergaji RM10 ribu ke atas pun turut berasakan perkara yang sama.

Kenapa hidup kita tidak pernah rasa cukup? Hakikatnya kerana kita selalu mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding yang penting. Misalnya sementara menunggu gaji, kita sudah berangan-angan hendak membeli telefon baru, baju baru dan sebagainya.

Sedangkan dalam hal menunaikan zakat, tidak kita letakkan sebagai keutamaan. Meskipun hanya 2.5 peratus sahaja gaji iaitu RM25 daripada setiap RM1000, kita selalunya gagal menunaikannya.

Bagi mereka yang menyertaikan skim potongan gaji atau Skim Thohir, hal ini tidak menjadi masalah kerana potongan telah dilakukan oleh majikan sebelum gaji dimasukkan ke dalam akaun. Namun, untuk mereka yang bekerja sendiri atau pun yang tidak melakukan potongan gaji, hal inilah yang selalu berlaku.

Oleh itu, anda perlulah mendisiplinkan diri iaitu dengan membuat bayaran zakat sekali setiap bulan di mana-mana kaunter zakat mahu pun secara perbankan online. Jadikan ia rutin anda. Setelah selesai menunaikan zakat, barulah anda lakukan pembayaran yang lain pula. Ingatlah dalam rezeki yang anda miliki, ada rezeki orang lain di dalamnya.

segera tunaikan zakat

Segera Tunaikan Zakat di Institusi Zakat

Meskipun anda boleh memberi zakat kepada golongan asnaf tetapi berilah sepenuh kepercayaan kepada pihak zakat untuk melakukan kerja mereka. Bayangkan kesusahan dan masa yang anda perlukan untuk mencari asnaf. Jadi, biarlah pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) dan Baitulmal yang melakukan tugas itu.

Tugas anda mudah sahaja. Segera tunaikan zakat anda kepada badan bertauliah yang telah dilantik kerajaan agar pungutan dan agihan zakat dapat diselaraskan.  Kepekaan anda menunaikan zakat pada setiap bulan merupakan rantaian rezeki kepada golongan asnaf. Jadi, ingatlah SATU sahaja tanggung jawab anda. Tunaikan zakat tepat pada masanya!

segera tunaikan zakat

Bantu Orang Lain Tunaikan Zakat

Sebagai orang Islam yang bertanggungjawab terhadap diri dan agamanya, anda perlu memastikan teman atau saudara anda telah menunaikan kewajipan mereka. Jika terlupa tolong ingatkan. Janganlah anda pula yang menjadi orang yang cuba melalaikan orang lain. Itu sahabat syaitan namanya.

Bantulah mereka untuk sedar betapa hebatnya  kelebihan zakat hingga ia perlu diutamakan berbanding hal-hal yang lain. Berzakat bukan sekadar menyucikan harta benda tetapi mendidik hati kita juga. Menunaikan zakat dapat mendidik kita untuk rasa bertanggung jawab.

Oleh itu, sifat itu pun pasti tertanam dalam rutin harian dan pekerjaan kita. Dengan adanya sikap sebegini, maka kita akan sentiasa bijak untuk membuat keputusan dan kehidupan dan pekerjaan kita sehari-harian.

Hiduplah dengan cara sederhana dan segera tunaikan zakat untuk hidup yang lebih tenang dan damai. Syukur selalu.

Ikuti video ini.

segera tunaikan zakat

Kredit: Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)

Tunai zakat anda segera di zakat2u.com.my/bayar-zakat

Cepat, Mudah, Selamat

#123mamanet

#jangantangguh

#segeratunaizakat

#Tuhantahu

#ppz

#maiwp

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha
  • Pelancaran Garis Panduan Optometris Malaysia

Recent Posts

  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme