Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kebaikan halia

Sejuta Kebaikan Halia Untuk Kesihatan Tubuh

Posted on 07/13/201607/13/2016 by 123mamanet

kebaikan haliaHALIA adalah antara penawar yang dimasukkan di dalam makanan agar kita mendapat khasiatnya. Terima kasih pada orang tua-tua dulu yang mengenalkan kita dengan kebaikan halia.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa kebaikan halia yang mungkin belum anda ketahui:

Terdapat pelbagai jenis halia dan dinikmati juga dalam banyak cara. Kebaikan halia bukan setakat bagus untuk kesihatan tubuh, bahkan menambah citarasa dan menghilangkan bau hamis suatu masakan. Bagi anda yang masih belum tahu tentang kebaikan halia, Mamanet berkongsi info berguna ini.

 

Berikut beberapa kebaikan halia yang mungkin belum anda ketahui:

 

  1. Melancarkan Perjalanan Darah

Kandungan gingerol yang terdapat pada halia mampu menghalang terjadinya pembekuan darah. Pembekuan darah boleh mengakibatkan pembuluh darah menjadi tersumbat sehingga menjadi penyebab utama penyakit berbahaya seperti strok dan jantung.

 

  1. Mengawal Gula Darahkebaikan halia

Kebaikan halia juga mampu meningkatkan daya kerja insulin yang memainkan peranan sebagai pengatur metabolisme tubuh yang berupaya mencegah pengeluaran gula darah berlebihan pada hati dan buah pinggang. Apabila daya kerja hormon insulin menurun, besar kemungkinan tubuh terkena penyakit diabetis.

 

  1. Memperkuatkan Daya Ketahanan Tubuh

Antioksidan pada halia cukup tinggi dan dianggap baik untuk menghalang radikal bebas yang berbahaya untuk tubuh.

Jika diambil pada setiap hari ia akan memperkuatkan lagi daya ketahanan tubuh. Daya ketahanan tubuh yang kuat akan menendang pelbagai penyakit yang hendak menyerang tubuh kita.

 

  1. Mencegah Perut Buncitkebaikan halia

Kebaikan halia jika diambil secara rutin dan sebelum makan dapat mencegah terjadinya perut buncit. Halia sangat bermanfaat untuk melancarkan metabolisme dan penghadaman. Dengan adanya peningkatan metabolisme tersebut akan memberikan kesan yang lebih pantas untuk pembakaran kalori dan meratakan perut buncit.

 

 

  1. Meredakan Perut Kembung Dan Buang Angin

Bagi anda yang mengalami masalah perut kembung atau banyak angina dalam badan, halia boleh menjadi solusi untuk meredakan kesakitan tersebut. Caranya mudah sahaja, ambil pati halia dan campurkan dengan air panas. Pati halia cukup bermanfaat untuk mengatasi masalah perut kembung dan angin dalam badan.

 

Kebaikan halia memang tiada tandingannya, bukan hanya mampu memanaskan badan, halia juga mempunyai anti virus dan antioksidan yang mampu mengubati batuk, memecahkan dan menghilangkan lendir sehingga membuatkan sistem pernafasan menjadi kembali normal.

 

Teruskan bersama kami di facebook. Klik sini dan like page Mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry

Recent Posts

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme