Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
sihat

Sihat Dengan Makanan Berkhasiat Yang Murah

Posted on 09/25/202309/24/2023 by 123mamanet

Sihat adalah kekayaan dan kesihatan adalah harta yang paling berharga dalam kehidupan kita.Salah satu cara terpenting untuk menjaga kesihatan adalah melalui pemakanan yang berkualiti.

Isi Kandungan hide
1 Sihat dengan Makanan Berkhasiat
2 Kurangkan Risiko Penyakit Kronik
3 Mencapai Kehidupan Yang Lebih Sihat
4 Jenis-Jenis Makanan Sihat
4.1 Bayam
4.2 Ubi Keledek
4.3 Tempe
4.4 Pisang
4.5 Telur

Makanan berkhasiat adalah konsep yang telah lama diakui dalam dunia kesihatan, yang mendorong kita untuk mengambil makanan yang memberi manfaat yang optimal kepada tubuh kita agar sentiasa sihat.

sihat

Sihat dengan Makanan Berkhasiat

Makanan berkhasiat merujuk kepada makanan yang kaya dengan nutrien penting seperti vitamin, mineral, serat, protein dan lemak sehat. Nutrien-nutrien ini adalah bahan bakar yang tubuh kita perlukan untuk menjalankan tugas harian, merawat kesihatan organ dan melindungi kita daripada penyakit.

Sambil kita menikmati hidangan yang sedap, makanan berkhasiat memastikan kita mendapatkan manfaat yang lebih daripada sekadar pengisian perut.Pentingnya makanan berkhasiat dalam menjaga kesihatan tidak dapat disangkal.

 Kurangkan Risiko Penyakit Kronik

Makanan berkhasiat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung dan obesiti. Selain itu, ia juga memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pemeliharaan sistem imun tubuh kita. Ini membolehkan kita melawan jangkitan dan penyakit.

Namun, pemilihan makanan berkhasiat bukanlah perkara yang mudah. Ia melibatkan pemahaman mengenai nutrien yang diperlukan oleh tubuh serta kesedaran tentang makanan yang terbaik untuk keperluan individu.

Selain itu, aspek seperti pengolahan makanan, saiz hidangan dan cara memasak juga berperanan dalam memastikan makanan kita dapat memberikan manfaat terbaik.

Baca Juga: 

Jenis-Jenis Teh Buat Usus Sihat

Apa itu Diet Keto

sihat

Mencapai Kehidupan Yang Lebih Sihat

Dalam zaman moden yang serba sibuk ini, pemakanan berkhasiat mungkin tampak mencabar, tetapi ia adalah langkah yang sangat penting untuk memastikan kita mengekalkan kesihatan yang optimum dan kualiti hidup yang baik.

Melalui pendekatan bijak dalam pemilihan makanan dan pemahaman yang lebih baik mengenai kaitan antara makanan dan kesihatan, kita dapat mencapai kehidupan yang lebih sihat, lebih bertenaga dan lebih produktif.

sihat

Jenis-Jenis Makanan Sihat

Tak kiralah beberapa teruknya keadaan kewangan kita, kita tetap perlu mengambil makanan berkhasiat untuk kesihatan tubuh kita.Apatah lagi jika kita semakin berusia, kita perlukan makanan berkhasiat untuk menjaga kesihatan dan juga mengekalkan tenaga. Makanan berkhasiat sememangnya tidak boleh kita pinggirkan dalam menu makanan kita pada setiap hari.

Berikut beberapa jenis makanan sihat  berkhasiat yang cukup murah dan senang didapati di sekeliling kita.

  • Bayam

Kandungan zat yang terkandung paa sayuran berdaun hijau ini diakui sebagai salah satu jenis sayuran terbaik.Ini adalah kerana bayam mengandungi terlalu banyak zat-zat penting yang sangat berguna untuk tubuh.

Antaranya folik, mangan,magnesium,besi, kalsium,kalium dan tryptophan. Selain itu, sayur bayam juga mengandungi vitamin A,K,C dan B2 serta antioksidan yang cukup bermanfaat.

  • Ubi Keledek

Ubi keledek ini memang termasuk dalam kategori makanan berkhasiat. Warna oren di dalamnya mengandungi beta karoten yang cukup berguna untuk pengolahan vitamin A dalam tubuh.

Di samping itu juga, ubi keledek juga merupakan sumber vitamin C, kolin, serat dan memiliki kandungan protein-antioksidan yang berkualiti tinggi.

  • Tempe

Manfaat tempe sebagai makanan berkhasiat memang luar biasa. Tempe mengandungi karbohidrat, protein dan juga lemak sihat yang mudah diserap serta dihadamkan oleh tubuh.

Serat yang terkandung dalam tempe juga mampu mengikat racun dan kolesterol yang boleh menjadi penyebab kanser serta membuangnya dari dalam badan.

Selain itu, tempe juga dapat meningkatkan kolesterol baik dalam darah serta mengandungi riboflavin atau vitamin B2. Riboflavin ini dikatakan memainkan peranan penting dalam metabolisme energi serta dapat mengurangkan rasa panas (hot flushes) di dalam badan dan rasa tidak selesa pada wanita menopause.

  • Pisang

Buah murah ini salah salah satu sumber terbaik potassium, elektrolit yang mampu membantu menjaga keseimbangan iar yang tepat dalam badan. Di samping itu, mengawal tekanan darah yang memberikan manfaat bagi kesihatan jantung.

Di samping itu, pisang juga mengandungi probiotik atau bakteria baik yang mana dapat memperbaiki sistem  penghadaman kita agar tetap sihat.

  • Telur

Telur adalah salah satu makanan berkhasiat yang sangat murah dan senang didapati serta disukai oleh ramai orang di seluruh dunia.

Telur juga merupakan salah satu daripada beberapa makanan yang mengandungi asid amino essential. Selain itu ia  juga kaya dengan zat besi, fostor, selenium dan vitamin A, B12,B2 dan B5.

Pengambilan telur rebus secara rutin baik untuk kesihatan mata. Ini adalah kerana ia memberikan kita banyak karotenoid yang memainkan peranan penting dalam melindungi mata daripada pelbagai masalah kesihatan mata.

Selain itu, telur juga bagus untuk meningkatkan kesihatan otak, yang mana dapat menurunkan risiko penyakit otak seperti alzheimer.

Semoga artikel mengenai makanan sihat ini bermanfaat kepada anda sekeluarga.

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme