Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
skim thohir

Skim Thohir Permudahkan Bayaran Zakat Pendapatan

Posted on 12/08/201612/14/2016 by 123mamanet

skim thohirDalam keadaan ekonomi sekarang, anda perlu lebih berdisiplin ketika menguruskan kewangan dan pendapatan setiap bulan. Jika kewangan tidak diurus dengan baik, pasti anda akan hadapi masalah kebocoran di sana-sini.  Atas sebab itu maka Pusat Pungutan Zakat (PPZ)  menyediakan Skim Thohir atau skim potongan gaji untuk semua pembayar zakat.

Isi Kandungan hide
1 Kenapa perlu bayar zakat melalui Skim Thohir?
2 Bagaimana membuat bayaran zakat melalui Skim Thohir?
3 Kemudahan pembayaran yang disediakan PPZ-MAIWP bagi Skim Thohir

 

Kenapa perlu bayar zakat melalui Skim Thohir?

 

skim thohir

Pembayar yang sudah cukup syarat untuk membayar zakat boleh menunaikannya sama ada dengan cara konvensional iaitu datang sendiri ke kaunter atau pun terus melalui Skim Thohir. Malah dengan Skim Thohir, urusan pembayaran zakat menjadi lebih mudah, cepat dan praktikal. Apatah bagi para pekerja seperti kita semua yang sentiasa sibuk dengan urusan seharian.

 

Penggunaan cara potongan gaji ini dapat mengelakkan masalah daripada terlupa atau tidak ada masa untuk membuat bayaran. Potongan gaji pula dilakukan setiap kali pembayaran gaji dibuat pada setiap bulan. Jadi, ia akan dipotong secara automatik tanpa mengganggu masa dan ketenangan anda.

 

Skim Thohir dapat membantu anda membuat bayaran zakat tanpa rasa terbeban. Ia adalah pilihan bagi anda yang sentiasa sibuk dan kesuntukan masa.

 

 

Bagaimana membuat bayaran zakat melalui Skim Thohir?

 

skim-thohir

Pekerja yang mendapat gaji tetap perlu menjadikan Skim Thohir ini sebagai kaedah paling selamat dan cekap dalam membayar zakat. Hanya dengan sekali daftar saja urusan pembayaran zakat anda selesai sampai bila-bila. Jika anda ingin menambah kadarnya selaras dengan kenaikan gaji, anda hanya perlu maklumkan kepada Pihak Sumber Manusia/Bahagian Gaji di tempat anda bekerja,

 

Borang Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) juga boleh dimuat turun di portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my atau anda boleh ke 11 kaunter PPZ-MAIWP untuk mendapatkan borang tersebut.

 

Selain itu, borang tersebut juga boleh didapati di tujuh lokasi tetap Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP atau menghubungi Talian Zakat PPZ-MAIWP di 1300-88-5757 untuk maklumat lanjut.

 

 

Terdapat tiga langkah mudah untuk sertai Skim Thohir:

 

  1. Quarterly Tax PaymentsLakukan taksiran zakat.

 

  1. Isi borang Kebenaran Potongan Gaji (PPZ052) dan serahkan borang yang sudah lengkap dan tepat kepada Jabatan Sumber Manusia/Bahagian Gaji di syarikat masing-masing untuk membuat potongan.

 

  1. Pastikan slip gaji tertera potongan gaji zakat dan anda menerima penyata bayaran zakat dua kali setahun dari PPZ-MAIWP.

 

 

Kemudahan pembayaran yang disediakan PPZ-MAIWP bagi Skim Thohir

 

Majikan boleh menghantar pembayaran tersebut ke 11 kaunter PPZ-MAIWP atau melalui kiriman pos ke Wisma PPZ di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur atau melalui e-majikan di bank yang berdaftar, antaranya di Maybank2e, CIMB Bizchannel dan OCBC EasiCheck, HSBC Amanah eStatutory Payment dan Bank Islam e-majikan.

 

Selain itu, penghantaran bayaran juga boleh dibuat melalui e-mel menggunakan Pindahan Telegrafik (TT) atau sistem pemindahan wang secara elektronik (EFT) dan slip bank ke akaun bank PPZ-MAIWP.

 

 

UNTUK MAKLUMAN LANJUT:

Talian Zakat 1- 300 – 88 – 5757

Portal Zakat www.zakat.com.my

Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP ke premis anda, boleh menghantar email ke udpkhas@zakat.com.my

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan agihan pula, sila hubungi Baitulmal-MAIWP di talian 03-2617 5222 / 012-518 3614 / 012-512 7614

 

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF thovercolor=#FF00FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry

Recent Posts

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme