Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

SofaX Raikan Pengguna Setia dan Hadiah Bernilai RM27,000

Posted on 10/26/202310/26/2023 by 123mamanet

SofaX, aplikasi rekabentuk rumah maya perintis Malaysia, mentakrif semula dunia kelengkapan rumah dengan teknologi terkini dan perkhidmatan pembeli peribadi yang inovatif.

Isi Kandungan hide
1 Aplikasi SofaX Tawar Pengalaman Luar Biasa
2 Mengubah Impian Rumah Anda Menjadi Kenyataan
3 Meraikan Pengguna Setia dan Hadiah Bernilai RM27,000

Sebagai metaverse untuk pemilik rumah, aplikasi SofaX menawarkan pengalaman mendalam untuk membantu pelanggan membayangkan dan mencipta rumah impian mereka. Ia termasuk kemudahan pembelian langsung produk hiasan rumah dan perabot terkemuka.

Keazaman syarikat untuk meningkatkan pengalaman dalam hiasan rumah telah menghasilkan pangkalan pengguna yang berkembang pesat, melebihi semua batasan dalam bidang rekabentuk rumah maya.

SofaX

Aplikasi SofaX Tawar Pengalaman Luar Biasa

“Kami memulakan perjalanan ini dengan hasrat untuk mentakrifkan semula pengalaman rekabentuk rumah dengan menjadikannya lebih mudah dan inovatif. Matlamat kami adalah untuk mencipta satu platform yang menyatukan semua proses dengan lancar iaitu dari konseptualisasi sehingga pembelian dilangsungkan.

Mac Lai, Ketua Pegawai Operasi, menekankan pengalaman yang baik untuk pelanggan dengan menggabungkan dunia nyata dan maya melalui teknologi realiti maya dan pembeli peribadi yang mesra pelanggan.

Baca Juga:

Rahsia Sukses Dalam  Bisnes & Kehidupan

Cara Mudah Simpan Duit

SofaX
Mengubah Impian Rumah Anda Menjadi Kenyataan

Selain menawarkan perkhidmatan kepada pemilik rumah baru, SofaX turut menawarkan khidmat kepada pemilik hartanah subjualan. Keterangkuman ini memastikan semua individu, tanpa mengira jenis harta yang dimiliki. Di samping itu boleh menggunakan aplikasi dan perkhidmatan ini untuk mencipta dan melengkapi ruang impian mereka.

SofaX juga berperanan sebagai penghubung antara pemilik rumah dan peruncit perabot atau penyedia perkhidmatan rekabentuk dalaman dengan menawarkan perkhidmatan pembeli peribadi.

Perkhidmatan ini menggabungkan penyelidikan dalam talian dan vision board dengan pengalaman kedai, mewujudkan pengalaman phygital (fizikal + digital) bagi  pemilik rumah.

Menerusi model 3D dan teknologi fotorealistik, ia boleh menghasilkan  pelan rumah untuk kediaman  anda sambil  menyediakan hiasan perabot berkualiti tinggi. Perkhidmatan ini serta tawaran khidmat yang lain bukan sahaja memberi manfaat kepada pemilik rumah tetapi juga kepada pemaju hartanah, pereka dalaman dan peruncit kelengkapan rumah dan pembekal perkhidmatan.

Selain itu, SofaX juga memperkenalkan sistem mata ganjaran yang membolehkan pengguna memperoleh mata dengan setiap pembelian, yang kemudiannya boleh ditebus sebagai rebat tunai untuk pembelian akan datang.

 

Meraikan Pengguna Setia dan Hadiah Bernilai RM27,000

Bagi menzahirkan rasa terima kasih kepada pelanggan setia, SofaX telah menganjurkan pertandingan ‘Spend and Win’. Ia telah berlangsung dari 16 Mei hingga 15 Ogos 2023. Ternyata pertandingan ini  mendapat sambutan hebat dengan lebih 2000 penyertaan.

Objektif kempen  ini adalah untuk memberi ganjaran kepada pengguna yang berpindah ke rumah baru atau menaik taraf rumah sedia ada mereka dengan membeli perabot atau perkhidmatan lain daripada rakan kongsi aplikasi SofaX.

Para pengguna diberikan satu penyertaan bagi setiap RM1,000 yang dibelanjakan. Semakin  banyak penyertaan yang terkumpul, semakin tinggi peluang untuk memenangi hadiah. Pemenang telah diumumkan dan diraikan semasa Hari SofaX di ‘pusat beli-belah ‘the Curve’.

Tiga pemenang hadiah utama menerima hadiah menarik daripada rakan jenama SofaX, antaranya Cuckoo, Daikin, Dyson, Nespresso dan Sonos. Manakala 10 individu yang menerima hadiah saguhati dan 9 pemenang hadiah bulanan bertuah menerima hadiah, kesemuanya berjumlah RM27,000.

Selain daripada majlis penyampaian hadiah yang meriah, rakan media turut dijemput untuk menyertai dan meraikan Hari SofaX. Di samping turut diajar cara menggunakan aplikasi eksklusif serta  panduan tentang ciri terbaru aplikasi.

Mereka termasuk pengunjung  juga berpeluang menikmati ganjaran dari rakan kongsi acara seperti O’Briens, CookX Asia, dan Frank Laurent Coffee Roasters. Di samping mendapat mata ganjaran SofaX untuk memulakan kelengkapan rumah mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai SofaX dan khidmat yang ditawarkan, layari laman web rasmi  mereka di https://www.sofax.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme