ORANG TUA-TUA KATA KALAU NAK TENGOK ORANG TU MUKA CANTIK ATAU TIDAK TENGOK DIA LEPAS BANGUN TIDUR. BERTUAH KAN KALAU MEMPUNYAI KULIT MUKA YANG LICIN, GEBU DAN SIHAT SEMULAJADI. BILA BANGUN TIDUR PUN NAMPAK SEGAR DAN CANTIK! NATURAL BEAUTY LAH KATAKAN.
Tapi bukan semua di antara kita yang cukup bertuah memiliki kulit muka cantik tanpa sebarang cela, noda dan masalah. Jadi, kita perlulah lebih menitik beratkan soal menjaga kesihatan kulit supaya muka kekal cantik dan sihat. Paling penting, jangan lupa merawat muka kita sebelum tidur!
Elakkan tidur dengan solekan atau sisa-sisa mekap seperti foundation, bedak, maskara, eyeliner, lipstik dan sebagainya yang masih melekat di muka.
Kulit muka yang ditutupi oleh sisa-sisa kotoran mekap boleh membuatkan liang pori-pori tertutup sehingga kulit tidak boleh bernafas dengan sempurna. Kebiasaan ini bakal mengundang pertumbuhan jerawat dan kedutan di muka.
SOLUSI CANTIK YANG BOLEH DILAKUKAN SEBELUM TIDUR BAGI MENDAPATKAN KULIT MUKA YANG SEGAR DAN SIHAT:
- BERSIHKAN KESAN MEKAP
Sekalipun kita penat, pastikan kita telah membersihkan semua kesan mekap yang melekat di wajah sebelum kita tidur.
Muka yang kurang bersih berpontensi menyebabkan jerawat, pori-pori tersumbat serta pelbagai masalah kulit lainya. Jadi, untuk mendapatkan kulit muka cantik tanpa sebarang masalah, jangan lupa bersihkan muka dengan pembersih muka sebelum tidur dan pastikan tidak ada lagi sisa-sisa mekap yang melekat di muka.
- EKSTRA PELEMBAB
Setelah muka dibersihkan daripada segala kotoran dan sisa-sisa mekap, pakailah krim pelembab atau krim malam.
Ketika tidur terutama jika kita memakai penghawa dingin, kulit kita akan lebih cepat kehilangan kelembapan.
Penggunaan krim malam ini dapat menjaga kulit muka kita supaya tidak kering, tetap kenyal dan anjal. Hasilnya kulit muka akan nampak lebih sihat dan awet muda.
Oleh sebab itu, jangan lupa untuk memakai krim pelembab dan pilihlah yang mampu mengunci kelembapan sehingga lapan jam.
Memakai pelembab bukan sahaja akan membuatkan kulit muka cantik, malahan mampu menghindarkan dari proses penuaan kulit.
- KRIM MATA
Tidak ramai yang suka memakai krim mata, sedangkan pemakaian krim mata pada malam hari sangat penting.Usah menunggu sehingga usia kita sudah tua baru hendak memakai krim mata.
Sebaiknya ketika usia mengijak 20-an lagi kita telah mempraktik memakai krim mata. Garis-garis halus dan juga kedutan akan muncul terlebih dahulu di kawasan mata kerana cenderung lebih kering kerana pengeluaran kelenjar minyak yang semakin berkurangan.
Penggunaan krim mata secara rutin akan membantu menghilangkan tanda-tanda penuaan terutama di kawasan mata.
- MASKER MUKA
Penggunaan bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan atau oatmeal sebagai masker yang diaplikasi ke muka sebelum tidur banyak manfaatnya.
Kita juga boleh menggunakan makser dalam bentuk ‘sheet’, tapi jangan lupa membaca serta mematuhui cara pemakaiannya. Jika memang perlu muka kita dibasuh selepas memakainya, jangan biarkan masker tersebut melekat di muka sampailah ke pagi ya!
- MINUM JUS BUAH-BUAHAN
Untuk mendapatkan muka cantik, sebaiknya sebelum tidur kita menjaga kesihatan badan dan kulit.
Ada beberapa jenis buah-buahan yang bagus dimakan, antaranya epal, oren,betik, strawberi dan avocado.
Minum salah satu jus buah-buahan tersebut sejam sebelum kita tidur, sehingga pada ketika kita bangun tidur pada keesokan harinya badan akan terasa lebih segar dan sihat. Begitu juga dengan kulit muka cantik kita. Nampak lebih fresh dan tidak lagi kusam!
Demikianlah solusi muka cantik lepas bangun tidur. Moga artikel ini bermanfaat untuk anda.
- Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook
- Anda Pasti Ingin Tahu Cara Untuk Menjadi Cantik Sepanjang Hari
- [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]